CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

AKHIR HAYAT NABI SAW




Photobucket




Photobucket

Photobucket

Nabi saw dan seluruh kaum muslimin gembira kerana islam telah menyebar ke seluruh tanah arab, kekuasaan syirik dan penyembahan berhala telah berakhir di seluruh Hijaz, dan semua penghalang di jalan dakwah telah dihancurkan.

Walau muncul nabi palsu seperti Musailamah al-Kazzab, namun gerakan yang dipelopori si pendusta ini tidak membahayakan keamanan kaum muslimin secara keseluruhan. Malahan kelak pemberontakan musailamah dan kaum murtad lainnya berhasil dibasmi di zaman kahlifah Abu Bakar.

Nabi saw sebenarnya lebih memikirkan tentang kekuasaan Rom yang menguasai syria dan Palestin sebagai jajahannya. Rom sebagai sebuah empayar besar tentu merasa curiga kepada kekuatan islam kerana agama kristian telah mulai kehilangan pengaruhnya di Tanah Arab dan nerara Islam telah mewajibkan orang2 kristian yang berada di bawah kekuasaannya untuk membayar jizyah.





Oleh itu Nabi saw menghimpunkan pasukan yang besar yang terdiri dari kaum muhajirin dan ansar, yang meluputi sahabat2 utama seperti Abu Bakar , Umar, Abu Ubaidah , Sa'ad bin Waqqas, Usamah bin Zaid dan lain2. Tujuan menghimpunkan pasukan di bawah panglima Usamah ini adalah untuk menaklukkan kawasan2 yang dikuasai Rom. Untuk membangkitkan semangat jihad ini, Nabi saw memasang panji untuk Usamah dengan tangan baginda saw sendiri dan memberinya arahan2 perang.

Keesokan harinya, setelah memasang panji peperangan untuk Usamah, Nabi saw diserang demam dan sakit kepala. Sakit ini berterusan selama beberapa hari, dan para sahabat telah mengkhuatirkan kesihatan Nabi saw.

Madinah diliputi kegelisahan dan kesedihan. Kebingunan dan kecemasan melanda seluruh kaum muslimin. Para sahabat Nabi saw telah berkompul dengan berlinang air mata dan hati yang sedih. Laporan 2 yang sampai kepada kaum muslimin menunjukkan bahawa kesihatan Nabi saw semakin memburuk, dan amat sedikit harapan untuk sembuh. Ini menunjukkan bahawa kehidupannya tinggal beberapa saat lagi. Sejumlah sahabat Nabi saw sangat ingin melihatnya dari dekat, tetapi keadaanya yang parah tak mengizinkan siapa pun untuk melihat ke ruangan pembaringannya, kecuali ahli keluarganya yang terdekat.

Putri Nabi saw yang mulia dan satu2nya peninggalan baginda saw, Fatimah , duduk di sisi Nabi saw. Ia menatap wajah suci ayahnya dan melihat peluh mengalir di wajah dan dahinya. Dengan hati berat, air mata berlinangan, dan kerongkongan tersumbat, ia membacakan bait2 syair yang dahulu dibacakan Abu Thalib ketika memuji Nabi saw :

"Wajah cemerlang yang dalam kemuliaannya diharapkan hujan dari awan. Peribadi tempat berlindung kaum yatim piatu dan pengawal para janda".

Photobucket



Pada saat itu, Nabi saw membuka mata seraya berkata kepada puterinya dengan suara perlahan,

"Muhammad tidak lain hanyalah seorang Rasul. Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul , Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berpaling ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang2 yang bersyukur".

Photobucket




NABI BERBICARA KEPADA PUTERINYA

Kecintaan Nabi saw pada anak satu2nya yang masih hidup adalah salah satu bukti luhur dari perasaan manusia. Tak pernah baginda saw melakukan perjalanan sebelum mengucapkan selamat berpisah kepada puterinya; ketika kembali, puterinya pula akan pertama-tama baginda saw temui. Baginda saw memberikan kehormatan besar kepadanya, lebih daripada para sahabatnya.

"Fatimah adalah bahagian dari diri saya. Kesenangannya adalah kesenangan saya dan kemarahannya adalah kemarahan saya".

Photobucket



Bila Nabi saw melihat Fatimah , baginda saw teringat kepada Khadijah, wanita yang paling taqwa dan mulia di dunia, yang telah menanggung kesukaran luar biasa dan menafkahkan kekayaannya yang besar di jalan suci suaminya.

Sepanjang masa sakitnya Nabi saw, Fatimah tetap di sisi baginda saw dan tak pernah jauh darinya. Tiba2 Nabi saw memberi isyarat kepadanya untuk berbicara dengan baginda saw. Puteri Nabi saw membongkok sedikit, mendekatkan kepalanya kepada baginda saw, lalu bercakap-cakap dengan suara perlahan. Orang2 yang hadir di sekeliling Nabi saw , tak tahu apa yang mereka cakapkan itu. Ketika nabi saw berhenti berkata,, Fatimah menangis dengan sedih. Namun setelah itu Nabi saw mengisyaratkannya lagi, lalu ia pun kembali berbicara dengan suara berbisik. Kali ini, Fatimah mengangkat kepala dengan rasa bahagia dan bibir tersenyum. Orang2 yang hadir terkejut melihat dua keadaan berlawanan pada saat yang bersamaan itu, dan mereka meminta Fatimah untuk memberitahukan percakapannya dengan Nabi saw itu. Fatimah berkata ," saya tak akan membuka rahsia Nabi saw".

Setelah wafatnya Nabi saw, Fatimah memberitahukan kepada mereka tentang percakapannya dengan Nabi saw atas desakan Aisyah, isteri Nabi saw. Ia mengatakan ,

"pertama , ayah saya memberitahukan kematiannya dan mengatakan bahawa baginda saw rasanya tak akan sembuh dari penyakitnya. Kerana itulah saya menangis. Namun pada kali kedua, Baginda saw mengatakan bahawa sayalah orang pertama di antara Ahli baitnya yang akan menyertai baginda saw di syurga. Ini membuat saya bahagia, dan saya sedar akan segera bergabung dengan ayah saya yang tercinta".

Photobucket




MENGGOSOK GIGI

Nabi saw biasa menggosok gigi sebelum tidur dan setelah bangun pagi. Berus gigig Nabi saw dibuat dari sepotong kayu yang sangat bermanfaat untuk menguatkan gusi dan membersihkan gigi, kayu sugi. Pada suatu hari, Abd ar-Rahman , saudara Aisyah datang menayakan kesihatan Nabis saw. Pada waktu itu, ia memegang sepotong ranting. Aisyah segera mengetahui bahawa baginda saw hendak menggosok giginya dengan ranting itu. Maka Aisyah segera mengambil ranting itu dari saudaranya lalu memberikannya kepada Nabi saw yang lalu menggosok giginya dengan ranting itu.

Photobucket




WASIAT NABI SAW

Ketika dalam pembaringan , Nabi saw sangat menekankan pentingnya menginatkan umat akan hal2 yang wajib. Dan pada hari2 terakhir sakitnya, baginda saw mewasiatkan supaya tetap menegakkan solat dan berlaku baik kepada para hamba. Baginda saw bersabda :

" Berlaku baiklah kepada hamba2 sahaya kamu, berhati2lah dalam hal makanan dan pakaian mereka, berbicara ramahlah dengan mereka, dan jadikanlah keramahan dalam pergaulan sebagai bahagian hidup kamu".

Photobucket





HARI TERAKHIR

Jiwa Rasulullah saw yang suci dan luhur akhirnya naik ke syurga setelah mengabdikan sepenuhnya jiwanya di jalan islam. Sehelai kain Yaman dibentangkan menutupi jasadnya yang suci yang untuk sementara waktu, berada di suatu sudut bilik rumahnya. Dari tangisan para wanita dan tangisan karib kerabat Nabi saw, orang2 di luar bilik mengetahui bahawa baginda saw telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Segera setelah itu tersiarlah berita kewafatan Nabi saw ke seluruh kota.

Mendengar itu, Umar bin Khattab berteriak di luar rmah bahawa Nabi saw tidak mati. Terapi , pada saat itu, Abu Bakar membacakan ayat ini di hadapannya :

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul sungguh telah berlaku sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik kebelakang (murtad)? Barang siapa berpaling ke belakang, ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan Allah akan memberi balasan kepada orang2 yang bersyukur".

Ketika mendengar ayat ini, Umar menghentikan teriakannya dan menjadi tenang, seolah-olah ia belum pernah mendengar ayat itu sama sekali.

Ali memandikan tubuh suci Nabi saw dan mengafaninya, kerana Nabi saw telah memberi petunjuk agar jenazahnya dimandikan olah orang yang paling dekat dengannya, dan orang itu tak mungkin lain dari Ali. Kemudian ia membuka penutup wajah Nabi saw sambil menangis dengan pedih, lalu berkata,

"Wahai Nabi saw Allah! saya mencintai tuan lebih daripada kedua orang tua saya. Kewafatan tauan mengakhiri kenabian, wahyu dan para Rasul Tuhan, sedang kematian para Nabi saw lain tidak berakibat demikian. Kewafatan tuan begitu menyedihkan sehingga segala kesedihan lainnya dilupakan. Kesedihan berpisah dengan tuan menjadi kesedihan umum; semua orang merasakannya. Sekiranya tuan tidak memerintahkan kami untuk bersabar dan jangan meratapi dan berkabung dengan suara keras, kami akan terus menangis dan berkabung dengan suara keras, kami akan terus menangis dan meratap tanpa henti, walaupun semua ratapan itu tak dapat dibandingkan dengan kerugian yang sesungguhnya kerana berpisah dengan tuan. Tetapi, maut adalah peristiwa yang tak dapat dielakkan dan tak seorang pun dapat menghentikan kedatangannya".

Orang pertama yang menyembahyangkan Nabi saw ialah Ali. Setelah itu. para sahabat datang berkelompok2 dan turut menyembahyangkannya. Selepas itu, diputuskanlah bahawa tubuh suci Baginda saw akan dimakamkan di rumah itu juga, di mana baginda saw menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kubut itu dipersiapkan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah dan Zaid bin Sahal, manakala pemakaman dilakukan oleh Ali dengan dibantu Fadhal dan Abbas.

Kewafatan baginda saw merupakan peristiwa yang amat menyedihkan . Peribadi besar yang mengubah nasib umat manusia dengan usaha2 dan pengorbanannya dan membuka lembaran baru dalam sejarah peradaban manusia , kini telah pergi.

Sejarah umat manusia belum pernah menyaksikan seseorang yang mencapai darjat kesempurnaan seperti ini. Nabi saw memberikan sumbangan yang menakjubkan bagi keselamatan umat manusia seluruhnya.

Maka, mengapakah kita tidak lagi ke bawah naungannya agar umat manusia selamat dari kehancuran dan dapat mencapai kedamaian , kemajuan dan kebahagiaan??







No comments:

Post a Comment