Sebagai mukmin, kita bertanggungjawab memelihara, mempromosi dan mempertahankan setiap inci ajaran agama suci ini. Perlu disedari sikap tidak peduli umat islam bukan saja akan merosakkan diri sendiri, malah dari segi dakwah khususnya amat merugikan islam.
Islam mengambil berat memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mengenai sesuatu perkara menjadi jelas.
Hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati mengenai dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah swt dan meninggalkan tegahan-nya . Ini bermakna kepercayaan tanpa ibadat atau tanpa meniggalkan maksiat, maka belum dikira sempurna iman.
Firman Allah swt bermaksud:
" Sesungguhnya orang yang benar2 beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan RAsul-nya, kemudian mereka tidak ragu2 lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang benar:. (surah al-hujurat :15)
Oleh itu, iman sebenar adalah penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.
Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umat-nya, tetapi hendaklah melalui saluran dibenarkan syarak.
Cinta yang utama adalah kepada Allah swt, Rasul-nya dan berjihad di jalan -Nya. Cinta berlandaskan iman akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.
Justeru, umat islam diseru memperkasakan akidah diri, keluarga dan masyarakat demi masa depan agama, ummah dan negara dengan langkah berikut:
Ibubapa bertanggungjawab memastikan anak dididik dengan akidah yang benar dan dihayati.
Umat islam khususnya remaja dilarang meniru amalan atau budaya kaum musyrik.
Menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah dan Rasul-nya.
Menjauhi aktiviti bebas dengan pasangan buka mahram dalam manyambut majlis tertentu.
Meniggalkan sembutan atau perayaan yang tiada dalam syariat islam.
Firman Allah swt bermaksud:
"Dan jika penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari lagit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan ". (surah al-A'raf : 96)

No comments:
Post a Comment