CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (2)



Photobucket


6..KEUNGGULAN PERIBADI

KEJAYAAN SESEORANG INDIVIDU BERGANTUNG KEPADA USAHA YANG GIGIH DAN SIFAT KETAHANANNYA. INDIVIDU YANG BERPERIBADI TINGGI MENJALANKAN TUGAS2NYA DENGAN RAPI DAN CEKAL SEPANJANG HAYAT. INI LAH YANG DINAMAKAN KEUTUHAN PERIBADI. DAN SETIAP KEGIATAN YANG MELATIH INDIVIDU UNTUK MEMBENTUK PERIBADI YANG KUKUH TERPAKSA DIJALANKAN SECARA TERATUR DAN TETAP. SOLAT YANG MESTI KITA DIRIKAN SETIAP WAKTU ITU MEMERLUKAN SIKAP YANG GIGIH DAN TARAF KETAHANAN YANG TINGGI. JUSTERU ITU TIDAK ADA MEKANISME YANG LEBIH BERKESAN DARIPADA SOLAT UNTUK PEMBENTUKAN PERIBADI YANG TINGGI. ABU DAUD MENCERITAKAN BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW PERNAH BERSABDA :

"PERBUATAN YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH IALAH PERBUATAN YANG DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN, WALAUPUN IA KECIL".

SOLAT MEMBENTUK TAQWA DAN ORANG YANG BERTAQWA MEMPUNYAI PERIBADI YANG TINGGI. JIKA SEBUAH ORGANISASI ITU DIANGGOTAI OLEH MUTTAQIN DAN DIKETUAI OLEH MUTTAQIN, INSYA ALLAH ORGANISASI ITU AKAN MENDAPAT KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

7. MEMELIHARA KESUCIAN DIRI (AL-IFFAH)
SIFAT AL-IFFAH BERERTI MENJAGA DIRI DARIPADA SEGALA KEBURUKAN SUPAYA TERPELIHARA KEHORMATAN DIRI. SESEORANG MUSLIM HARUS SENTIASA BERUSAHA MEMELIHARA KESUCIAN DIRINYA. IA HARUS BERUSAHA MENJAGA HAWA NAFSU, LIDAH, DAN JUGA HATINYA DARIPADA MELAKUKAN PERKARA2 YANG DILARANG OLEH ALLAH SWT . SEHUBUNGAN ITU ALLAH SWT BERFIRMAN :

"BERBAHAGIALAH ORANG YANG MEMBERSIHKAN JIWANYA DAN RUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA." (SURAH AS-SHAMS : 9-10)

8. MERENDAH DIRI (TAWADUK)
SIFAT INI ADALAH MUSTAHAK KERANA SESEORANG LEBIH TERTARIK KEPADA ORANG YANG BERTAWADUK DARIPADA ORANG YANG MENYOMBONG DIRI. IA DAPAT DITIMBULKAN DENGAN MENGENALI KEAGUNGAN ALLAH SWT DAN MENGINSAFI KEJADIAN DIRI SENDIRI. PARA DAI HARUS MENGETAHUI BAHAWA APA YANG ADA PADA DIRINYA HANYALAH MERUPAKAN KURNIAAN DAN NIKMAT ALLAH SWT BELAKA. OLEH ITU TIDAK AKAN TIMBUL PERASAAN TAKBUR DAN SOMBONG SERTA MENGANGGAP DIRINYA MEMPUNYAI KELEBIHAN DARIPADA ORANG LAIN.

DALAM AL-QURAN TELAH DIPERINTAHKAN SUPAYA KITA MEMPUNYAI SIFAT TAWADUK INI. FIRMAN ALLAH SWT :

"RENDAHKANLAH SAYAPMU (BERHINA DIRILAH, JANGAN SOMBONG) KEPADA ORANG YANG BERIMAN YANG MENGIKUTIMU." ( SURAH ASY-SYU'ARA : 215)

SEMENTARA ITU PULA ORANG TAKBUR DIKUTUK, FIRMAN ALLAH SWT :

" SESUNGGUHNYA ORANG YANG SOMBONG DARIPADA MENYEMBAH-KU BAKAL MASUK KE DALAM NERAKA SERTA TERHINA". (SURAH GHAFIR : 60)

9. SEMANGAT BERMASYARAKAT DAN BERGAUL
KITA PERLU MENYEDARI BAHAWA BERGAUL ATAU SEMANGAT BERMASYARAKAT ADALAH SATU DARIPADA MEDIA YANG SANGAT PENTING DALAM KEWAJIPAN KEAGAMAAN KITA, YAKNI BERDAKWA. MENGIKUT KAEDAH SYARAK, SESUATU YANG PERLU UNTUK MENYEMPURNAKAN YANG WAJIB MAKA PERKARA ITU JUGA MENJADI WAJIB. UMPAMANYA BERWUDUK ITU TIDAK WAJIB, TETAPI KERANA IA MENJADI SATU DARIPADA SYARAT SAH SOLAT, HUKUMNYA JADI WAJIB. OLEH ITU BERGAUL ADALAH WAJIB BAGI PARA DAI.

DALAM PERGAUALAN ,PARA DAI HENDAKLAH SENTIASA MEMPUNYAI FIKIRAN YANG TAJAM DAN DAPAT MEMPERGUNAKAN APA JUA KESEMPATAN YANG ADA UNTUK BERDAKWAH.

10. BENAR
ALLAH SWT MENYERU ORANG YANG BERIMAN SUPAYA BERLAKU BENAR DAN MENYERTAI KUMPULAN YANG BENAR. ALLAH SWT BERFIRMAN :

" WAHAI SEKALIAN ORANG YANG BERIMAN, BERBAKTILAH KEPADA ALLAH SWT DAN JADILAH KAMU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG YANG BENAR." (SURAH AT-TAUBAH : 119)

SESEORANG MUSLIM DIHENDAKI BERLAKU BENAR DALAM PERKATAAN DAN JUGA PERBUATAN. BENAR DALAM PERKATAAN IALAH MENYATAKAN PERKARA YANG BENAR DAN TIDAK MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT KECUALI UNTUK MENJAGA NAMA BAIK SESEORANG. BENAR DALAM PERBUATAN IALAH MENGERJAKAN SESUATU DENGAN TUNTUTAN AGAMA.

11. IKHLAS
IKHLAS BERERTI MELAKUKAN SESUATU PERKERJAAN KERANA ALLAH SWT SEMATA-MATA DAN BUKAN KERANA MENGHARAPKAN BALASAN, PUJIAN DAN KEMASYHURAN . DALAM AL-QURAN , ALLAH SWT MEMINTA SETIAP MUSLIM SUPAYA SENTIASA IKHLAS DALAM BERIBADAT. FIRMAN ALLAH SWT :

"DAN MEREKA HANYA DIPERINTAHKAN SUPAYA MENYEMBAH ALLAH DENGAN TULUS IKHLAS ." (SURAH AL-BAYYINAH : 5)

DI SAMPING IKHLAS MENYEMBAH ALLAH SWT DAN JUGA DALAM HAL2 KEAGAMAAN YANG LAIN SEPERTI SOLAT, ZAKAT, HAJI DAN PUASA SESEORANG MUSLIM HARUS JUGA IKHLAS DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SEHARI-HARI.

12. PEMAAF
SIFAT SEDIA MEMAAFKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN LAIN SANGATLAH DIANJURKAN OLEH ISLAM. ALLAH SWT BERFIRMAN :

"DAN HENDAKLAH MEREKA MEMAAFKAN DAN MERELAKAN , TINDAKAN KAMU INGIN BAHAWA ALLAH MENGAMPUNI DOSAMU ? ALLAH MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PENGASIH." (SURAH AN-NUR : 22)

SIFAT INI PERLU ADA PADA SETIAP MUSLIM KERANA DALAM HIDUP INI, KITA BERHUBUNG DENGAN MANUSIA DAN MANUSIA BERSIFAT DAIF, TIADA TERLEPAS DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN.

13. TANGGUNGJAWAB
MENGENAI TANGGUNGJAWAB, HADIS NABI MUHAMMAD SAW MENEGASKAN:

"SEMUA KAMU ADALAH PENGEMBALA, DAN SEMUA KAMU BERTANGGUNGJAWAB ATAS GEMBALAANMU. IMAM BERTANGGUNGJAWAB ATAS RAKYATNYA. LELAKI PENGEMBALA AHLI RUMAHNYA, DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS RAKYATNYA. PEREMPUAN PENGEMBALA RUMAH SUAMINYA DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS RAKYATNYA. KHADAM PENGEMBALA HARTA TUANNYA DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS RAKYATNYA. BAHKAN SELURUH KAMU ADALAH PENGEMBALA, DAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS RAKYAT GEMBALANYA. (BUKHARI DAN MUSLIM)

JIKA SEMUA KITA ADA MEMPUNYAI RAKYAT. KUMPULAN DARIPADA RAKYAT YANG BANYAK ITU, ADALAH DI BAWAH PENGEMBALA BESAR, IAITU IMAM, KETUA NEGARA YANG BOLEH BERGELAR KHALIFAH, SULTAN , RAJA ATAU PUN PRESIDEN. TANGGUNGJAWAB TERTINGGI ADALAH DALAM TANGAN MEREKA.

URUSAN MENGETUAI SESUATU KEDUDUKAN, KHUSUSNYA SEBAGAI KETUA NEGARA SANGAT2 DITITIKBERATKAN PERHATIANNYA OLEH NABI MUHAMMAD SAW . AISHAH RA BERKATA BAHAWA DIA PERNAH MELIHAT BAGINDA SAW BERDOA DI DALAM RUMAHNYA (AISHAH RA ) :

"YA ALLAH, SESIAPA SAJA YANG MENJADI KETUA DARI SATU2 URUSAN UMATKU, JIKA MEREKA MEMECAH-BELAH, MAKA PECAH-BELAHKAN DIA. TETAPI JIKA DIA MENGETUAI SESUATU URUSAN LALU DIA BERLAKU BAIK, SUDIKANLAH TUAHN MEMBERINYA BANTUAN."

14. KETETAPAN MASA
MENJAGA MASA ADALAH SATU SIFAT YANG BAIK. SOLAT MENGAJAR KITA MENGENAI KETEPATAN MASA. LATIHAN INI KITA JALANKAN SECARA BERTERUSAN DAN TETAP. JIKA KITA SENTIASA TEPAT DENGAN SOLAT BERJAMAAH SETIAP HARI, INSYA ALLAH KITA AKAN TEPAT DALAM SEGALA KEGIATAN YANG KITA LAKUKAN. LATIHAN INI JUGA AKAN MEMBUATKAN KITA MENJADI SISTEMATIK DALAM SEGALA URUSAN YANG KITA JALANKAN. KITA BELAJAR UNTUK MEMBUAT SESUATU PERKARA PADA WAKTU YANG BERSESUAIAN. KITA TIDAK AKAN MEMINDA KERJA YANG PATUT DIBUAT PADA SATU MASA YANG DITENTUKAN. KITA JUGA AKAN MELAKUKAN SESUATU KERJA ITU SABAIK YANG MUNGKIN DAN MENYIAPKANNYA DALAM JANGKA MASA YANG TELAH DITENTUKAN.

15. DISIPLIN
RUKUN ISLAM MENYEDIAKAN SATU RANGKA LATIHAN YANG AMAT BERKESAN UNTUK KITA AGAR DAPAT MEMBERIKAN KHIDMAT KEPADA AD-DIN DAN MASYARAKAT. MISALNYA, SOLAT DAPAT MEMBENTUK PERSONALITI YANG UNGGUL KERANA SETIAP KELEMAHAN YANG MUNGKIN ADA PADA SESEORANG ITU DIAMBIL KIRA. KITA KADANG2 MEMAHAMI KEBENARAN SESUATU HUKUM, TETAPI KELEMAHAN YANG ADA PADA KITA MENAHAN KITA MEMPRATIKKAN HUKUM TERSEBUT. SOLAT MEMASTIKAN BAHAWA SETIAP KELEMAHAN ITU DAPAT DIBETULKAN .

SEPERTI YANG KITA SEMUA MAKLUM, SOLAT ADALAH WAJIB BAGI SEMUA MUKMIN YANG BALIGH DAN WARAS. TIADA PENGECUALIAN YANG DIBERIKAN, KECUALI UZUR YANG MEMBOLEHKAN MENINGGALKANNYA. KETEGASAN HUKUM ALLAH SWT INI MEMERLUKAN SETIAP MUKMIN MEMPUNYAI DISIPLIN YANG TINGGI. JIKA LATIHAN DISIPLIN YANG DIANJURKAN OLEH SOLAT DAPAT DISERAPKAN KE DALAM KEGIATAN SEHARIAN KITA, INSYA ALLAH MASALAH DISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS DAPAT DIBANTERAS.

16. AMANAH
TANGGUNGJAWA MENEGAKKAN MASYARAKAT DENGAN SEGALA CABANG KEGIATANNYA DINAMAKAN AMANAH. AMANAH ITU AMAT BERAT SEKALI DILAKSANAKAN. ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD:

"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN AMANAH KEPADA LANGIT, BUMI DAN GUNUNG2, MAKA SEMUANYA ENGGAN UNTUK MEMIKULNYA DAN MENOLAKNYA, LALU IA DIPIKUL OLEH MANUSIA". (SURAH AL-AHZAB :72)

DI SINI NYATALAH BAGAIMANA BERATNYA AMANAH DAN KEINSAFAN, BERATNYA AMANAH ITULAH YANG MENJADI PENDORONG BUAT MENYEMPURNAKAN MASYARAKAT YANG ADIL DAN MAKMUR.

DENGAN ITU DITEGASKAN DALAM HADIS YANG DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI DAN MUSLIM JUGA BAHAWA TIGA TANDA ORANG MUNAFIK ITU IALAH, APABILA BERCAKAP DIA BERBOHONG, APABILA BERJANJI TIDAK MENEPATI, DAN APABILA DISERAHKAN AMANAH DIKHIANATINYA AMANAH ITU.



Photobucket


No comments:

Post a Comment