CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

KEAGUNGAN AL-QURAN


Photobucket

KEAGUNGAN AL-QURANPhotobucket


SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG TERHADAP SETIAP MAKHLUK CIPTAA-NYA.Photobucket

SAYA BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH DAN DIPUJI HANYA PADA-MU YA ALLAH, DAN SAYA BERSAKSI NABI MUHAMMAD SAW ITU UTUSAN-MU YANG BIJAKSANA LAGI TERPUJI.

SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA BAGINDA SAW YANG MULIA , PARA SAHABAT YANG SAMA2 BERJUANG DI BAWAH PANJI2 ISLAM.Photobucket

ISLAM AGAMA KEDAMAIAN, DI SITU LAHIRNYA KASIHSAYANG SESAMA MANUSAIA BERKASIHSYANG DAN BERSATU HATILAH KITA AGAR AMAN MAKMUR DUNIA INI...INSYAALLAH..

PENINGGALAN RASULULLAH SWT ADALAH AL-QURAN DAN SUNNAH. JANGANLAH KITA MELUPAINYA...SAMA2 BERUSAHA DAN BERAMAL DENGANNYA...

PERINGATAN ALLAH SWT KEPADA KITA MAKSUDNYA:

"DAN KALAU KAMU ADA MENARUH SYAK TENTANG APA YANG KAMI TURUNKAN (AL-QURAN) KEPADA HAMBA KAMI (MUHAMMAD), MAKA CUBALAH BUAT DAN DATANGKANLAH SATU SURAH YANG SETANDING DENGAN AL-QURAN ITU, DAN PANGGILLAH ORANG YANG KAMU PERCAYA BOLEH MENOLONG KAMU SELAIN ALLAH, JIKA BETUL KAMU ORANG YANG BERNAR. MAKA KALAU KAMU TIDAK DAPAT MEMBUATNYA, DAN SUDAH TENTU KAMU TIDAK AKAN DAPAT MEMBUATNYA, MAKA PELIHARALAH DIRI KAMU DARIPADA API NERAKA YANG BAHAN2 BAKARNYA MANUSIA DAN BATU2 (BERHALA) YANG DISEDIAKAN UNTUK ORANG KAFIR." (SURAH AL-BAQARAH : 23-24)

DALAM AYAT DI ATAS, ALLAH SWT MENYATAKAN BAHAWA MASIH ADA MANUSIA YANG RAGU2 TENTANG AL-QURAN YANG MENYEBABKAN MEREKA MENJADI MUNAFIK, SEHINGGA ADA YANG PADA MULANYA PERCAYA TETAPI MEREKA TETAP RAGU. KERAGUAN MEREKA DINYATAKAN OLEH ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :

"MAKA DATANGKANLAH SEBUAH SURAH YANG SETANDING DENGANNYA". PhotobucketPhotobucket

ALLAH SWT MENYATAKAN AYAT INI KERANA MASIH ADA ANTARA YANG RAGU ITU MENYATAKAN BAHAWA AL-QURAN ITU HANYALAH KARANGAN NABI MUHAMMAD SAW SAHAJA, SEDANGKAN HAMBA ALLAH SWT, NABI MUHAMMAD SAW ITU MANUSIA SEPERTI MEREKA JUGA.

SEKIRANYA MEREKA RAGU SAMA ADA AL-QURAN ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT, ATAUPUN HANYA KARANGAN CIPTAAN NABI MUHAMMAD SAW SAHAJA, MAKA ALLAH SWT MENCABAR MEREKA SUPAYA MEMBUAT SEUMPAMA AL-QURAN ITU. JIKA PERLU , SAKSI2 MEREKA BOLEH DIPANGGIL BAGI MENOLONG MEMBERI ILHAM DAN INSPIRASINYA SELAIN DARIPADA PERTOLONGAN ALLAH SWT, SEKIRANYA MEREKA MENGATAKAN AL-QURAN ITU BUATAN NABI MUHAMMAD SAW, MEREKA BOLEH CUBA PULA MEMBUATNYA, KERANA PADA ZAMAN MAKKAH ATAUPUN PADA ZAMAN MADINAH, TERDAPAT RAMAI AHLI2 SYAIR DAN KAHIN ATAU TUKANG MENTERA YANG DAPAT MENGELUARKAN KATA2 TERSUSUN. NAMUN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG DAPAT MENANDINGI AL-QURAN. BAHKAN HINGGA ZAMAN SEKARANG PUN BANGSA ARAB TETAP MEMPUNYAI PUJANGGA BESAR. MEREKA JUGA TIDAK SANGGUP MEMBANDINGKAN DAN MENGADAKAN TANDINGAN DENGAN AL-QURAN.

CUBAAN MENYUSUN DAN MENGARANG NASKHAH SEPERTI AL-QURAN PERNAH DIBUAT OLEH NABI2 PALSU YANG MEMBUAT AL-QURAN PALSU. KITAB YANG MEREKA SUSUN DAN MEREKA CIPTA ITU MERUPAKAN KARANGAN YANG TIDAK BERNILAI JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SUSUNAN AL-QURAN KERANA ADA SAHAJA CACAT DAN CELANYA. KADANG2 SUSUNANNYA MENGANDUNGI KATA2 YANG JANGGAL DIDENGARI OLEH TELINGA. ADA PULA YANG MENGANDUNGI KATA2 YANG TIDAK SOPAN DAN SESETENGAHNYA SANGAT LUCAH. KADANG2 MENGANDUNGI TAMSIL IBARAT YANG SANGAT RENDAH DAN TIDAK BERMUTU LANGSUNG. MAKA DENGAN ADANYA KELEMAHAN2 NASKHAH INI BAGI MENANDINGI AL-QURAN, BERMAKNA AL-QURAN ADALAH MUKJIZAT ( YANG MELAMAHKAN ) KEBOLEHAN SESEORANG YANG HENDAK MEMBUAT KARANGAN SEPERTI AL-QURAN.

SEKIRANYA MEREKA SUDAH NYATA TIDAK SANGGUP MENANDINGI AL-QURAN, DAN MEMANG SELAMA-LAMANYA TIDAK AKAN SANGGUP MENCIPTA SUSUN KATA ATAU MAKNA YANG TERKANDUNG DALAMNYA, MAKA JANGANLAH TERUSKAN JUGA PENENTANGAN ITU. LEBIH BAIK MEREKA TUNDUK, PETUHI DAN TERIMA DENGAN TULUS IKHLAS.

JIKA MEREKA MASIH MENOLAK KEBENARAN AL-QURAN, BERERTI MEREKA MEMILIH JALAN LAIN YANG MEMBAWA KESESATAN DAN AKHIRNYA MEMBAWA KE NERAKA. NERAKA DINYALAKAN DENGAN MANUSIA YANG DIHUKUM DIMASUKKAN KE DALAMNYA BERCAMPUR DENGAN BATU.

HADIS NABI MUHAMMAD SAW MENERANGKAN KEADAAN NERAKA ITU ANTARANYA, PANAS API NERAKA MELEBIHI PANASNYA API DI DUNIA INI SEBANYAK 70 KALI GANDA. DISEBUTKAN JUGA, APABILA ALLAH SWT TELAH MEMASUKKAN AHLI SYURGA KE DALAM SYURGA DAN AHLI NERAKA KE DALAM NERAKA, MAKA TERDENGARANLAH SUARA YANG MENYERU, "HAI PENDUDUK SYRUGA. MULAI SEKARANG KAMU TIDAK LAGI AKAN MATI. WAHAI PENDUDUK NERAKA , MULAI SEKARANG KAMU TIDAK LAGI AKAN MATI. TIAP2 SEORANG YANG BERADA DI SYURGA ATAU NERAKA AKAN

HIDUP KEKAL SELAMA-LAMANY".Photobucket



PERKARA2 PENTING

AL-QURAN MENJADI SEBESAR-BESAR MUKJIZAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SEBAB GAYA BAHASA DAN ALIRAN SASTERANYA TERLALU TINGGI DAN BOLEH MENIMBULKAN GETARAN JIWA, PERASAANN KHUSYUK DAN KEINSAFAN YANG TIDAK ADA BANDINGANNYA DALAM MANA2 KITAB SUCI YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA NABI2 HINGGA AHLI2 SASTERAWAN ARAB YANG BIJAK TERPEGUN MENDENGARNYA.

ANTARA MUKJUZAT AL-QURAN IALAH TIAP2 PEMBACACANNYA TIDAK BERASA JEMU, PENDENGARNYA TIDAK BERASA BOSAN, MALAH SEMAKIN BANYAK DIBACA SEMAKIN BANYAK DIDENGAR BERTAMBAH LAGI KHUSYUK DAN KESEDARAN DALAM JIWA DAN PERASAAN. INI MENJADI BUKTI YANG TERANG BAHAWA AL-QURAN DATANG DARIPADA ALLAH SWT.

AL-QURAN ADALAH PETUNJUK , PENGAJARAN DAN PERATURAN YANG SESUAI UNTUK SEKALIAN TEMPAT, UMAT DAN MASA HINGGA SEKARANG. KITA TIDAK MENEMUI ORANG YANG PANDAI MENGARANG SAMA ADA ORANG BARAT ATAU TIMUR. LEBIH MENAKJUBKAN IALAH NABI MUHAMMAD SAW BOLEH MENGUBAH UMAT ARAB YANG BIADAP MENJADI UMAT YANG BERBUDI PEKERTI SERTA HALUS. UMAT YANG BERPECAH -BELAH BERSATU PADU DALAM MASA LEBIH KURANG 23 TAHUN SAHAJA. PERUBAHAN INI TIDAK LAIN ADALAH DENGAN PETUNJUK AL-QURAN YANG SUCI. INI ADALAH SATU BUKTI BAHAWA AL-QURAN ITU BUKANLAH KARANGAN NABI MUHAMMAD SAW , BAHKAN WAHYU ALLAH SWT DAN MERUPAKAN MUKJIZAT YANG BESAR BAGI NABI MUHAMMAD SAW.









Photobucket

No comments:

Post a Comment