PEMBUKAAN KOTA MAKKAH
PERDAMAIAN HUDAIBIAH HANYA BERJALAN SELAMA DUA TAHUN SAHAJA. KEAMANAN DIPEROLEHI SELAMA INI SUDAH MEMBERI KESAN DAN MEMBAWA KEUNTUNGAN BESAR BAGI PERKEMBANGAN ISLAM.
SEMENTARA ITU ORANG QURAISY MAKKAH, TIDAK BERASA SENANG HATI KERANA PEMELUK ISLAM KIAN BERTAMBAH. TAMBAHAN PULA ADANYA SUKU2 YANG SETIA DENGAN UMAT ISLAM SEPERTI BANI KHUZAAH.
MENURUT SEJARAH , BANU BAKR YANG SETIA DENGAN PIHAK QURAISY TELAH DIHASUT SUPAYA MENYERANG BANU KHUZAAH YANG SETIA DENGAN NABI MUHAMMAD SAW, SEDANGKAN MEREKA TERIKAT KEPADA PERDAMAIAN HUDAIBIAH. BANU BAKR DENGAN BANTUAN QURAISY TELAH MENYERANG SUKU KHUZAAH DI LEMBAH AL-WATIR, MENYEBABKAN LEBIH DARIPADA 20 ORANG DARI SUKU TERSEBUT TERBUNUH. KEMUDIAN SEBAHAGIAN MEREKA PERGI BERLINDUNG KE KAABAH. AMR BIN SALIM AL-KHUZAI MENGADU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW DI MEADINAH DAN KEMUDIANNYA MENYUSUL PULA UTUSAN BANI KHUZAAH SENDIRI DIKETUAI OLAH BUDAIL BIN WARAQA'. ORANG QURAISY BIMBANG PERDAMAIAN HUDAIBIAH AKAN TERBATAL. OLEH ITU ABU SUFIAN TELAH DIUTUSKAN MENGADAP BAGINDA SAW, DALAM KEADAAN CEMAS, TERHINA DAN HAMPA.
MENURUT SEJARAH , BANU BAKR YANG SETIA DENGAN PIHAK QURAISY TELAH DIHASUT SUPAYA MENYERANG BANU KHUZAAH YANG SETIA DENGAN NABI MUHAMMAD SAW, SEDANGKAN MEREKA TERIKAT KEPADA PERDAMAIAN HUDAIBIAH. BANU BAKR DENGAN BANTUAN QURAISY TELAH MENYERANG SUKU KHUZAAH DI LEMBAH AL-WATIR, MENYEBABKAN LEBIH DARIPADA 20 ORANG DARI SUKU TERSEBUT TERBUNUH. KEMUDIAN SEBAHAGIAN MEREKA PERGI BERLINDUNG KE KAABAH. AMR BIN SALIM AL-KHUZAI MENGADU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW DI MEADINAH DAN KEMUDIANNYA MENYUSUL PULA UTUSAN BANI KHUZAAH SENDIRI DIKETUAI OLAH BUDAIL BIN WARAQA'. ORANG QURAISY BIMBANG PERDAMAIAN HUDAIBIAH AKAN TERBATAL. OLEH ITU ABU SUFIAN TELAH DIUTUSKAN MENGADAP BAGINDA SAW, DALAM KEADAAN CEMAS, TERHINA DAN HAMPA.
BAGINDA SAW INGIN MENGUSAI KOTA MAKKAH SECARA AMAN TANPA PERTUMPAHAN DARAH.
PADA 10 RAMADAN, TAHUN KE 8 HIJRAH, BAGINDA SAW DENGAN KEKUATAN 10,000 ORANG TENTERA ISLAM TELAH BERANGKAT KE KOTA MAKKAH. MEREKA BUKAN SAHAJA TERDIRI DARIPADA ORANG MUHAJIRIN DAN ANSAR, TETAPI TERMASUK JUGA SUKU ARAB YANG TINGGAL DI SEKITAR KOTA MADINAH SEPERTI SUKU ASLAM , GHIFAR, MUZAINAH, JUHAINAH, ASYJA DAN SULAIM. SETIAP KABILAH DIBERI BENDERA AGAR MEREKA MUDAH DIARAH.
TUJUAN ANGKATAN TERSEBUT TIDAK DIUMUMKAN, BAIK KEPADA TENTERA ATAU PENGLIMA2 ISLAM SENDIRI. JADI TENTERA ISLAM TERSEBUT TIDAK MENGETAHUI KE MANA MEREKA AKAN DIBAWA DAN SIAPA YANG AKAN DISERANG. MEREKA PATUH SAHAJA KEPADA PERINTAH PANGLIMA TERTINGGI, NABI MUHAMMAD SAW.
WALAU BAGAIMANA PUN, KEBERANGAKATAN TENTERA ISLAM INI KEMUDIANNYA DAPAT DIKESAN OLEH ABU SUFIAN. PIHAK QURAISY TIDAK SEMPAT BERSIAP ATAU MEMPERTAHANKAN DIRI. OLEH ITU ABU SUFIAN TELAH KELUAR DARI KOTA MAKKAH UNTUK MENGINTAI KEKUATAN TENTERA ISLAM YANG SEDANG BERKHEMAH DI MARRU ADZ-DZAHRAN, TIDAK JAUH DARI MAKKAH. BELIAU BERASA KAGUM MELIHAT KEKUATAN TENTERA ISLAM YANG SIBUK MEMBUAT PERSIAPAN. BELIAU MENGAMBIL JALAN SELAMAT, TERUS MEMELUK ISLAM DI HADAPAN NABI MUHAMMAD SAW . KEDATANGAN ABU SUFIAN ITU IALAH PADA WAKTU MALAM KETIKA TENTERA ISLAM DIPERINTAH MEMASANG LAMPU ATAU PELITA MASING2.
KEESOKANNYA ABU SUFIAN SEBAGAI KETUA DAN PANGLIMA QURAISY YANG TERKENAL ITU DIBERI MANAT OLEH NABI MUHAMMAD SAW AGAR SEGERA PULANG KE MAKKAH UNTUK MENYAMPAIKAN AMANAT NABI MUHAMMAD SAW YANG BERMAKSUD :
"SESIAPA YANG MASUK KE RUMAH ABU SUFIAN DIA AMAN. SIAPA YANG MENGUNCI PINTUNYA DIA AMAN. SIAPA YANG MASUK DALAM MASJIDIL HARAM DIA AMAN."
KEESOKAN HARINYA TENTERA ISLAM DI BAWAH PIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW BERGERAK MENUJU KE KOTA MAKKAH. APABILA SAMPAI DI DZI TUWA, BAGINDA MENGATURKAN ANGKATANNYA YANG BESAR ITU KEPADA EMPAT KETUMBUKAN DAN DIPERINTAHKAN MEMASUKI MAKKAH MENGIKUT JURUSAN2 TERTENTU. KETUMBUKAN ITU DIPIMPIN OLEH PANGLIMA KHALID BIN AL-WALID, AZ-ZUBAIR BIN AL-AWWAM, ABU UBAIDAH BIN AL-JARRAH DAN SAAD BIN UBADAH. MEREKA BERJAYA MEMASUKI MAKKAH TANPA HALANGAN, KECUALI YANG DI BAWAH PIMPINAN KHALID MENERIMA SEDIKIT TENTENGAN YANG MENGORBANKAN 24 ORANG QURAISY DAN DUA ORANG ISLAM.
PENAKLUKAN KOTA MAKKAH
NABI MUHAMMAD SAW MEMASUKI KOTA MAKKAH DENGAN PENUH RASA TAWADUK SERTA MENUNDUKKAN KEPALA RASA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT ATAS MEMENANGAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT KEPADA BAGINDA SAW. BAGINDA SAW MEMASUKI KOTA MAKKAH PADA PAGI JUMAAT, 10 RAMADHAN, TAHUN KE 8 HUJRAH. KETIKA SAAD BIN UBADAH BERSAMA PASUKAN ANSAR SEDANG MELEWATI ABU SUFIAN SAMBIL BERSERU MAKSUDNYA:
"HARI INI ADALAH HARI PERTARUNGAN , PADA HARI INI DIBATALKAN SEGALA YANG DILARANG (DIBOLEHKAN MEMBUNUH DAN SEBAGAINYA) PADA HARI INI ALLAH MENGHINAKAN KAUM QURAISY."
KETIKA NABI MUHAMMAD SAW BERSERTA PASUKANNYA LALU DI HADAPAN ABU SUFIAN, ABU SUFIAN MENGELUH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW TENTANG UCAPAN SAAD BIN UBADAH. KETIKA BAGINDA SAW DIBERITAHU TERHADAP APA YANG TELAH DIUCAPKAN OLEH SAAD BIN UBADAH, BAGINDA SAW SEGERA MEMBALASNYA DENGAN UCAPAN YANG BERMAKSUD:
"HARI INI HARI PELIMPAHAN KASIH SAYANG, PADA HARI INI ALLAH SWT TELAH MEMULIAKAN KAUM QURAISY. PADA HARI INI ALLAH SWT TELAH MENGAGUNGKANK KAABAH".
DALAM KITAB (ZADUL-MAAD) ADA DINYATAKAN , SETELAH BERHASIL MEMASUKI KOTA MAKKAH DENGAN AMAN, NABI MUHAMMAD SAW SEGERA MENUJU KE KAABAH UNTUK BERTAWAF. TANGAN BAGINDA SAW SEDANG MEMBAWA BUSUR PANAH, DI SEKITAR KAABAH PADA MASA ITU TERDAPAT SEBANYAK 360 BERHALA. BAGINDA SAW MENYUCUK BERHALA2 ITU DENGAN BUSUR PANAHNYA SATU PERSATU SAMBIL BERKATA MAKSUDNYA:
"KATAKANLAH : TELAH DATANG KEBENARAN DAN TELAH HANCUR KEPALSUAN, SESUNGGUHNYA KEPALSUAN ITU DAPAT MUNCUL TETAPI PASTI HANCUR, TIDAK AKAN KEMBALI LAGI." (SURAH AL-ISRA' : 81)
BERHALA2 ITU JATUH TERSUNGKAUR SATU PERSATU DI HADAPAN BAGINDA SAW. SIRAH BANI HASHIM MENYATAKAN, " KETIKA NABI MUHAMMAD SAW MELIHAT DI SEKITAR DINDING KAABAH ITU TERDAPAT PELBAGAI GAMBAR DAN PATUNG2 KECIL. BAGINDA SAW MENYURUH PARA SAHABATNYA MENYINGKIRKAN GAMBAR2 PATUNG2 KECIL ITU DARI KAABAH".
PERISTIWA PENAKLUKNA KOTA MAKKAH INI TELAH DINYATAKAN OLAH ALLAH SWT MELALUI FIRMANNYA:
"APABILA DATANG PERTOLONGAN ALLAH DAN KEMENANGAN (SEMASA ENGKAU WAHAI MUHAMMAD BERJAYA MENGUASAI NEGERI MAKKAH). DAN ENGKAU MELIHAT MANUSIA MASUK DALAM AGAMA ALLAH BERAMAI-RAMAI". (SURAH AN-NASR : 1-2)
HAJI WIDA (HAJI PERPISAHAN)
MUSTAFAH AS-SIBA'I MENYATAKAN HAJI WIDA MERUPAKAN SATU-SATUNYA HAJI YANG SEMPAT DIKERJAKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW SEJAK BAGINDA SAW DIUTUS MENJADI RASUL. SETELAH MENGETAHUI RANCANGAN BAGINDA SAW INGIN MENUNAIKAN HAJI, RATUSAN RIBU KAUM MUSLIMIN DARI PELBAGAI PENJURU TELAH BERKUMPUL UNTUK MELAKUKAN HAJI BERSAMA-SAMA BAGINDA SAW.
SEMASA HAJI WIDA INILAH NABI MUHAMMAD SAW MENYAMPAIKAN KHUTBAH YANG TERKENAL, DAN TELAH DIHAFAL OLAH SETIAP PENUNTUT ILMU PENGETAHUAN, KERANA DALAMNYA TERKANDUNG DASAR2 UMUM ISLAM. BAGINDA BERSABDA :
"WAHAI SEMUA MANUSAI, DENGARLAH KATA2KU INI SEBAIK-BAIKNYA , KERANA BOLEH JADI SESUDAH HAJI TAHUN INI AKAU TIDAK BERSAMA-SAMA KAMU LAGI DI SINI. WAHAI SEMUA MANUSAI, SESUNGGUHNYA DARAH DAN HARTA KAMU ITU ADALAH SUCI BAGI KAMU, HNIGGA KAMU MENJUMPAI TUHANMU DALAM KESUCIAN, SESUCI HARI INI, DAN SESUCI BULAN INI. DAN SESUNGGUHNYA KAMU SEMUA AKAN MENJUMPAI TUHANMU, DI MANA DIA AKAN MENANYAIMU TENTANG SEMUA AMAL PERBUATANMU. ITU SEMUA TELAH KU SAMPAIKAN KEPADA YANG BERHAK MENERIMANYA. DAN SETIAP KEUNTUNGAN ADALAH DIBAHAGIKAN, TETAPI BAGI KAMULAH MODALNYA DAN UNTUK ITU KAMU TIDAK AKAN MENZALIMI DAN DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENENTUKAN TIDAK ADANYA KELOMPOK ATAU KELEBIHAN. BAHAWA KELOMPOK ABBAS BIN ABDUL MUTALIB ITU SELURUHNYA TELAH DIHAPUSKAN DAN SEMUA DENDAM BERDARAH PADA MASA JAHILIYAH TELAH DIHAPUSKAN. DAN BAHAWASANYA PERTAMA KALI DARAH KAMU TERTUMPAH ADALAH DARAH IBNU RABIAH BIN HARITH BIN ABDUL MUTTALIB. DIA DIASUH DI BANI LAITS DAN DIBUNUH OLEH HUZEL. ITULAH AWAL TUNTUTANKU ATAS PERTUMPAHAN DARAH PADA MASA JAHILIYAH.
WAHAI SEMUA MANUSIA, SESUNGGUHNYA SYAITAN TELAH BERPUTUS ASA UNTUK DISEMBAH ORANG DI BUMI INI SELAMA-LAMANYA. AKAN TETAPI DALAM HAL SELAIN, DIA MASIH AKAN DITURUTI ORANG. SESUNGGUHNYA DIA TELAH DISENANGKAN OLEH AMAL2 KAMU YANG JAHAT. MAKA WASPADALAH ATAS KEAGAMAAN KAMU.
WAHAI SEMUA MANUSAI, SESUNGGUNYA PENANGGUHAN MERUPAKAN PERBUATAN YANG MENAMBAHKAN KEKUFURAN. DENGAN PERBUATAN ITU ORANG KAFIR INGIN MENYESATKAN KAMU, DENGAN MENGHALALKANNYA SETAHUN DAN MENGHARAMKAN SETAHUN, AGAR MEREKA MEMUDAHKAN APA2 YANG TELAH DIHARAMKAN ALLAH SWT, DAN MENGHARAMKAN APA2 YANG SUDAH DIHALALKAN-NYA. ZAMAN TELAH BERPUTAR KEMBALI, SEPERTI KEADAAN KETIKA ALLAH SWT MENJADIKAN BUMI DAN LANGIT, JUMLAH BULAN DI SISI ALLAH SWT ADALAH 12 BULAN , DENGAN EMPAT BULAN ANTARANYA MERUPAKAN BULAN HARAM, TIGA DARI YANG EMPAT INI BERSIFAT BERTURUT-TURUT DAN BULAN REJAB MERUPAKAN YANG BAIK DI ANTARA JAMADIL AWAL - JAMADIL AKHIR DENGAN BULAN SYAABAN.
WAHAI SEMUA MANUSAI, SESUNGGUHNYA KAMU BERHAK ATAS ISTERI2 KAMU DAN MEREKA PUN BERHAK ATAS KAMU. HAK KAMU ATAS MEREKA ADALAH HENDAKNYA MEREKA TIDAK MENERIMA SESEORANG YANG KAMU TIDAK SUKAI DAN KEWAJIPAN MEREKA IALAH TIDAK BOLEH MELAKUKAN KEJAHATAN YANG NYATA. JIKA MEREKA MELAKUKANNYA, MAKA ALLAH SWT TELAH MENGIZINKAN KAMU UNTUK MENINGGALKAN MEREKA DI TEMPAT TIDURNYA DAN MEMUKULNYA DENGAN PUKULAN YANG TIDAK MENCEDERAKAN. JIKA MEREKA BERHENTI DARIPADA KEMAKSIATANNYA, MAKA BAGILAH MEREKA REZEKI DAN PAKAIAN YANG SEBAIK-BAIKNYA. DAN BERILAH MEREKA ITU NASIHAT, SEBAB MEREKA ITU DI SISI KAMU ADALAH PENDAMPING. KEREKA TIDAK BERHAK ATAS DIRI MEREKA SENDIRI DAN SESUNGGUHNYA KAMU MENGAMBILNYA SEBAGAI AMANAH ALLAH SWT DAN KAMU MENGHALALKAN FARAJ2 (KELAMIN) DENGAN KALIMAH2 ALLAH SWT.
RENUNGKANLAH KATA2KU INI WAHAI SEMUA MANUSIA, AKU TELAH MENYAMPAIKANNYA. DAN AKU TELAH TINGGALKAN UNTUK KAMU SESUATU YANG JIKA KAMU BERPEGANG TEGUH KEPADANYA, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, SESUATU YANG BESAR, IAITU KITABULLAH DAN SUNNAH RASUL-NYA. SEMAK DAN RENUNGKANLAH KATA2 INI, WAHAI SEMUA MANUSIA.
KAMU SEMUA SUDAH MENGETAHUI, BAHAWA SETIAP MUSLIM ADALAH SAUDARA BAGI MUSLIM LAINNYA DAN BAHAWA SELURUH KAUM MUSLIMIN ITU ADALAH BERSAUDARA. OLEH KERANA ITU TIDAKLAH HALAL BAGI SEORANG HARTA KAWAN DAN SAUDARANYA ITU KECUALI APA YANG TELAH ALLAH SWT BERIKAN KEPADANYA MELALUI CARA YANG BAIK DAN DENGAN RELA. JANGANLAH KAMU BERBUAT ANIAYA TERHADAP DIRIMU SENDIRI. INI SEMUA TELAH KU SAMPAIKAN".
NABI MUHAMMAD SAW WAFAT
SEBELAUM WAFAT, BAGINDA SAW TELAH MENGETAHUI MELALUI WAHYU ALLAH SWT, BAHAWA AJALNYA SUDAH KIAN HAMPIR. BAGIANDA SAW MEMENGGIL SELURUH UMAT ISLAM UNTUK BERSAMA-SAMA MENGERJAKAN HAJI, YANG TERNYATA MERUPAKAN HAJI PERPISAHAN. MEMANG PARA SAHABAT TELAH MERASAKAN SESUATU DAN KHUATIR KALAU2 SAAT PERPISAHAN DENGAN NABI MUHAMMAD SAW AKAN TIBA.
KHABAR KEMATAIN NABI MUHAMMAD SAW AMAT MENGEJUTKAN PARA SAHABAT SEHINGGA DI KOTA MADINAH PADA HARI ITU TERJADI HIRUK-PIRUK . ADA YANG TIDAK SANGGUP LAGI BERBICARA, KERANA SANGAT SEDIH. ADA YANG TIDAK SANGGUP BERBUAT APA2 DAN ADA PULA YANG KEHILANGAN PEDOMAN, IAITU SYAIDINAH UMAR BIN KHATTAB. BELIAU MENGHUNUSKAN PEDANG KE SANA KE MARI DI SEKELILING KOTA MADINAH SERAYA BERTERIAK :
"SIAPA YANG MENGATAKAN RASULULLAH SUDAH MENINGGAL MAKA PEDANG INILAH MUSUHNYA. RASULULLAH SUNGGUH TIDAK MATI, TETAPI HANYA PERGI UNTUK SEKETIKA. DIA PASTI KEMBALI, KHABARNYA TAK SEDARKAN DIRI".
BAGAIMANAPUN, SYAIDINA ABU BAKAR MENGHADAPI PERISTIWA KEWAFATAN NABI MUHAMMAD SAW DENGAN TENANG DAN TABAH. SETELAH MENERIMA BERITA KEWAFATAN BAGINDA SAW, BELIAU SEGERA PERGI KE RUMAH BAGINDA SAW. DICIUMNYA BAGINDA SAW YANG SUDAH DISEMAYANKAN ITU , SERAYA MENGUCAPKAN KATA2 MAKSUDNYA:
"WAHAI ENGKAU YANG SANGAT KUCINTAI, ALANGKAH HARUMNYA ENGKAU INI SEWAKTU HIDUP DAN JUGA SETELAH WAFAT. KEMATIAN YANG DITENTUKAN ALLAH SWT ATASMU SUDAHLAH KU RASAKAN DAN TAK AKAN BERULANG LAGI BUAT SELAMA-LAMANYA. WAHAI RASULULLAH , KENANGLAH KAMI DI SISI TUHANMU."
KEMUDIAN BELIAU KELUAR MENEMUAI ORANG RAMAI YANG SEDANG BERKERUMUN SERTA DIBERIKANNYA KHUTBAH MAKSUDNYA :
"WAHAI MANSIA SEMUANYA, SIAPA YANG MENYEMBAH MUHAMMAD, MAKA KINI MUHAMMAD SUDAH WAFAT. DAN SIAPA YANG MENYEMBAH ALLAH SWT, MAKA ALLAH SWT SELALU HIDUP, TIDAK MATI."
PIDATO INI DILANJUTKAN DENGAN MEMBACA FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
" MUHAMMAD ITU ADALAH SEORANG RASUL YANG TELAH DATANG DAHULU SEBULUMNYA RASUL2. APAKAH JIKA DIA WAFAT ATAU TERBUNUH, KAMU AKAN BERBALIK KE BELAKANG (MURTAD), BARANG SIAPA YANG BERBALIK KE BELAKANG, MAKA DIA TIDAK AKAN MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA ALLAH SWT, DAN ALLAH SWT AKAN MEMBERI BALASAN KEPADA ORANG YANG BERSYUKUR". (SURAH AL-IMRAN:144)
NABI MUHAMMAD SAW MEMBAWA SERUAN ISLAM, IAITU RISALAH ALLAH SWT, YANG TIDAK MUNGKIN DITOLAK LAGI OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI AKAL, KERANA SERUANNYA BERDASARKAN KEPADA HUJAH YANG KUAT DAN TEPAT. APA YANG DISAMPAIKANNYA ADALAH HAK DAN KEBENARAN, WALAUPUN SELURUH MANUSIA MENAFIKAN HAK DAN KEBENARAN ITU. OLEH SEBAB IA DATANG DARIPADA ALLAH SWT, MAKA RISALAH YANG DIBAWA ITU TELAH MELEDAKKAN KEBANGKITAN ISLAM YANG TELAH MEMBAWA KEPADA PERLAKSANAAN ISLAM YANG SYUMUL DAN MENYELURAH , MENEPATI TUJUAN IA DIWAHYUKAN OLEH ALLAH SWT MAKSUDNYA:
" DAN TIDAKLAH KAMI MENGUTUSKAN ENGAKU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN UNTUK MENJADI RAHMAT BAGI SEKALIAN ALAM". (SURAH AL-ANBIYA' : 107)
DALAM KEPIMPINAN , NABI MUHAMMAD SAW BERADA DI BARISAN HADAPAN. INI MENUNJUKKAN BAHAWA KEPIMPINAN ITU TIDAK MUNGKIN DIJALANKAN OLEH ORANG YANG PENGECUT, ATAU ORANG PENAKUT KERANA MEREKA INI TIDAK LAYAK DIJADIKAN PEMIMPIN MASYARAKAT, MENGETUAI PASUKAN PERANG, PENGGERAK GERAKAN PEMBAIKAN DAN PEMIMPIN DAKWAH. KEPIMPINAN YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENYEBABKAN BAGINDA SAW MAMPU MEMBANGKITKAN SEMANGAT PENGIKUTNYA. KEBERANIAN BAGINDA SAW ITU DIJADIKAN CONTOH DAN IKUTAN OLEH ORANG YANG TERKEMUDIAN. KEPIMPINAN BAGINDA SAW MERUPAKAN FAKTOR UTAMA KEJAYAAN DAN KEMENANGAN TENTERANYA DALAM MENGHADAPI MUSUH ISLAM DAN MUSUH ALLAH SWT.
SEKITANYA MANUSIA INGIN MENCARI SUATU CONTOH TERBAIK, BERSIFAT UNIVERSAL, MEREKA AKAN MENDAPATNYA DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW. MAKA TIDAK HAIRANLAH MENGAPA ALLAH SWT MENJADIKAN NABI MUHAMMAD SAW ITU SEBAGAI CONTOH KEPADA UMAT MANUSIA.
No comments:
Post a Comment