SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG TERHADAP MAKHLUK CIPTAAN-NYA.
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT YANG MAHA ESA DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH SWT YANG BIJAK LAGI JUJUR.
SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA BAGINDA YANG MULIA , PARA SAHABAT YANG SAMA2 BERJUANG DALAM MENINGGIKAN SYIAR2 ISLAM DI BAWAH PANJI2 ALLAH SWT SERTA UMAT2NYA YANG MENGIKUT JEJAK BAGINDA.
ISLAM AGAMA ALLAH SWT YANG SUCI, SEMPURNA, BERKASIH SAYANG DAN AGAMA KEDAMAIAN. MAKA PELIHARALAH AGAR MELAHIRKAN INSAN2 YANG BERIMAN DAN BERTAQWA.
SETIAP PERJUNGAN MEMERLUKAN PENGORBANAN. BERJUANGAN KERANA MENEGAKKAN AGAMA ALLAH SWT ADALAH PERJUANGAN YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA...
PERJUANGAN BUKAN SAHAJA MEMERLUKAN ALAT2 SENJATA, KUDA2, PARAJURIT2, PELURU2 , KELENGKAPAN SENJATA DAN PENYUSUNAN STATEGI2 PERANG SAHAJA.
TETAPI BUKAN PULA SATU PERJUANGAN DI MEDAN PERANG SAHAJA, MALAH SATU PERJUANGAN DI MEDAN YANG LEBIH BESAR LAGI, IAITU PERJUANGAN DI MEDAN JIWA MANUSIA, PERJUANGAN DI MEDAN KEHIDUPAN DI ALAM REALITI.
IA MENYENTUH TENTANG KETAATAN KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL-NYA DAN MENJADIKAN KETAATAN ITU SEBAGAI ASAS UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT.
IA MENYENTUH TENTANG MENGAWAL KEMARAHAN DAN MEMBERI KEMAAFAN KEPADA ORANG LAIN. IA MENYENTUH TENTANG IHSAN DAN TENTANG USAHA MEMBERSIHKAN DIRI DARI DOSA DAN MEMOHON KEAMPUNAN.
IA MENYENTUH TENTANG TAUBAT DAN TENTANG SIKAP YANG TIDAK TERUS BERDEGIL MELAKUKAN MAKSIAT DAN MENJADIKAN TAUBAT ITU SEBAGAI ASAS UNTUK MENCAPAI KEREDHAAN ALLAH SWT.
IA MENYENTUH TENTANG RAHMAT ALLAH YANG DAPAT DILIHAT PADA SIFAT LEMAH LEMBUT HATI RASULULLAH SAW TERHADAP ORANG RAMAI. IA MENYENTUH DASAR BERMESYUARAT DAN MENETAPKAN DALAM WAKTU2 YANG PALING GAWAT.
IA MENYENTUH TENTANG AMANAH YANG MENGHALANGKAN PENGKHIANATAN DAN SETERUSNYA IA MENYENTUH PENGORBANAN DAN MELARANG BERSIFAT BAKHIL.
DI SINI SAYA AMBIL PETIKAN DARI TAFSIR FI ZILALIL QURAN SUASANA SEMASA RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT HENDAK MENGHADAPI PEPERANGAN UHUD..
KAUM MUSLIMIN TELAH MENCAPAI KEMENANGAN DI DALAM PEPERANGAN BADAR, IAITU SATU KEMENANGAN YANG SEMPURNA DAN NAMPAK JELAS BERBAU MUKJIZAT, DILIHAT DARI SUASANA2 BERLAKUNYA PEPERANGAN ITU- DAN DI DALAM PEPERANGAN ITU ALLAH SWT TELAH MEMBUNUH MELALUI TANGAN MEREKA KETUA2 DAN PEMIMPIN2 KEKAFIRAN DARI KAUM QURAISYS. SELEPAS KEHILANGAN PEMBESAR2 MEREKA ITU DI DALAM PEPERANGAN BADAR, ABU SUFFIAN BIN HARB TAMPIL MENGETUAI KAUM QURAYSY DAN MENGEMBELING MEREKA UNTUK MENENTANG KAUM MUSLIMIN SEBAGAI MEMBELAS DENDAM. ANGKATAN UNTA YANG MEMBAWA BARANG2 DAGANGAN QURAYSY TELAH TERSELAMAT DAN TIDAK TERJATUH KE DALAM TANGAN ORANG2 MUSLIMIN . OLEH ITU KAUM MUSYRIKIN TELAH MENGADAKAN PAKATA MENGGUNAKAN HARTA2 YANG TERSELAMAT ITU UNTUK MEMERANGI KAUM MUSLIMIN.
ABU SUFIAN TELAH BERJAYA MENGUMPUL HAMPIR2 3000 ORANG2 QURAYSY DAN SUKU2 SEKUTU MEREKA TERMASUK ORANG2 BADWI AHBASY . DIA KELUAR MEMIMPIN MEREKA DI DALAM BULAN SYAWAL TAHUN YANG KE 3 HIJRAH. MEREKA MEMBAWA PEREMPUAN2 MEREKA BERSAMA-SAMA MEREKA SUPAYA MEREKA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMPERTAHANKAN MEREKA DAN TIDAK LARI. DIA MEMBAWA MEREKA MENUJU KE MADINAH. KEMUDIAN BERHENTI BERHAMPIRAN BUKIT UHUD.
RASULULLAH SAW TELAH MENGADAKAN MESYUARAT DENGAN PARA SAHABATNYA APAKAH MEREKA PATUT KELUAR MENENTANG MEREKA ATAU TINGGAL DI MADINAH? MENGIKUT PENDAPAT BELIAU MEREKA JANGAN KELUAR DARI MADINAH DAN TETAP BERTAHAN DI SNI. DAN JIKA MEREKA MENYERANG MADINAH, MAKA HENDAKLAH KAUM MUSLIMIN MENENTANG MEREKA DI MUKA2 LORONG SEMENTARA KAUM PEREMPUAN MELAWAN MEREKA DI ATAS RUMAH. PENDAPAT INI TELAH DISETUJUI OLEH ABDULLAH IBN UBAY (KEPALA MUNAFIQIN) , TETAPI SEBILANGAN RAMAI DARI PARA SAHABAT DAN KEBANYAKANNYA TERDIRI DARI PEMUDA2 YANG TERLEPAS PELUANG MENYERTAI PEPERANGAN BADAR DENGAN SEGERA MENCADANGKAN KEPADA BELIAU SUPAYA MEREKA KELUAR DARI MADINAH DAN MENDESAK BELIAU SUPAYA BERBUAT BEGITU SEHINGGA PENDAPAT INI KELIHATAN SEOLAH-OLAH SATU PENDAPAT MAJORITI DALAM KELOMPOK MUSLIMIN. LALU NABI SAW PUN BANGKIT DAN TERUS MASUK KE DALAM RUMAHNYA- RUMAH AISYAH RA. DAN MEMAKAI BAJU BESINYA KEMUDIAN BELIAU KELUAR MENDAPATKAN MEREKA. TIBA2 KEAZAMAN MEREKA PATAH DAN BERKATA: " KITA TELAH MEMAKSA RASULULLAH SAW KELUAR!" LALU MEREKA BERKATA KEPADA BELIAU :" WAHAI RASULULLAH! JIKA ANDA SUKA TINGGAL BERTAHAN DI MADINAH SILALAH BUAT!:" RASULULLAH SAW TERUS MENJAWAB : "TIDAK WAJAR BAGI SESEORANG NABI YANG TELAH MEMAKAI BAJU BESINYA MENANGGALKANNYA SEMULA SEHINGGA ALLAH SWT MENUNTUKAN KEPUTUSAN-NYA DI ANTARA DIA DENGAN MUSIHNYA. " INILAH SATU PELAJARAN NABAWI YANG TINGGI YANG TELAH DIBERIKAN BELIAU KEPADA MEREKA, IAITU MENSYUARAT ITU ADA WAKTUNYA DAN APABILA SELESAI TIBALAH PULA WAKTU MEMBULATKAN KEAZAMAN, MELAKSANAKAN KEPUTUSAN DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT DAN DI SANA TIDAK ADA TEMPAT LAGI UNTUK RAGU2 ATAU UNTUK BERMESYUARAT SEMULA DAN TERUMBANG-AMBING DI ANTARA PENDAPAT2. BIARLAH SEGALA URUSAN ITU MENUJU KEPADA TITIK2 PENGHABISANNYA DAN SERAHKANLAH SAHAJA KEPADA ALLAH SWT BERTINDAK SELEPAS ITU MENGIKUT SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI-NYA.
RASULULLAH SAW TELAH BERMIMPI MELIHAT SESUATU SERPIHAN PADA MATA PEDANG BELIAU DAN MELIHAT SEEKOR LEMBU JANTAN (KEPUNYAANNYA) DISEMBELIH DAN BELIAU TELAH MEMASUKKAN TANGANNYA DALAM BAJU BESINYA YANG KUKUH. BELIAU TELAH MENTADBIRKAN SERPIHAN PADA PEDANGNYA ITU DENGAN ADANYA SESEORANG LELAKI DARI KELUARGANYA YANG AKAN MENDAPAT KEMALANGAN . DAN MANTADBIRKAN LEMBU JANTAN DENGAN ADANYA BEBERAPA ORANG SAHABATNYA YANG AKAN TERBUNUH DAN SETERUSNYA MENTADBIRKAN BAJU BESI DENGAN KOTA MADINAH. DI SINI JELASLAH BAHAWA BELIAU TELAH DIPERLIHATKAN TENTANG AKIBAT PERJUANGAN ITU. TETAPI SEKALI GUS ITU JUGA BELIAU MELAKSANAKAN SISTEM BERMESYUARAT DAN PERATURAN BERTINDAK SELEPAS BERMESYUARAT. BELIAU SEDANG MENDIDIK UMAT MUSLIMIN DAN UMAT2 ITU MEMANGLAH DIDIDIK DENGAN PERISTIWA2 DAN DENGAN MODAL PENGALAMN2 YANG DIDAPATI DARI PERISTIWA2 YANG DITEMPUH MEREKA. SEBENARNYA BELIAU SEDANG MELAKSANAKAN PERENCANAAN ATAU TAKDIR ALLAH SWT YANG TELAH DITEKADKAN OLEH PERASAAN2 DAN HATINYA DAN BELIAU BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK2 TAKDIR ITU SEBAGAIMANA YANG DIRASAINYA DI DALAM HATINYA YANG BERHUBUNG RAPAT DENGAN ALLAH SWT.
RASULULLAH SAW TELAH KELUAR DARI MADINAH DENGAN SERIBU ORANG PARA SAHABATNYA DAN BELIAU TELAH MELANTIKKAN IBN UMMI MAKTUM SEBAGAI GANTI BELIAU JADI IMAM SEMBAHYANG BAGI MEREKA YANG TINGGAL DI MADINAH. APABILA BELIAU BERADA DI TEMPAT DI ANTARA MADINAH DAN UHUD. ABDULULLAH IBN UBAY KEPALA MUNAFIQIN TELAH BERPISAH DARI ANGKATAN BELIAU BERSAMA DENGAN SATU PERTIGA TENTERA DAN BERKATA : "DIA (MUHAMMAD SAW) MENENTANG CAKAP SAYA DAN MENDENGANR CAKAP ANAK2 MUDA" LALU ABDULLAH IBN 'AMR IBN HIZAM - BAPA JABIR IBN ABDULLAH RA MENGIKUT MEREKA DAN MENCELA TINDAKAN MEREKA DAN MENDESAK MEREKA SUPAYA PULANG SEMULA ( KE MEDAN PERANG). IA BERKATA KEPADA MEREKA: "MARILAH BERJUANG DI JALAN ALLAH SAW ATAU MEMPERTAHANKAN AGAMA ALLAH SAW". LALU MEREKA MENJAWAB, JIKA KAMI YAKIN KAMU AKAN BERPERANG TENTULAH KAMI TIDAK BALIK". LALU ABDULLAH IBN 'AMR PUN BALIK MENINGGALKAN MEREKA DAN MENCELA MEREKA.
KAUM ANSAR TELAH MEMOHON KEIZINAN BELIAU SUPAYA MEREKA MEMINTA PERTOLONGAN KAUM YAHUDI YANG MENJADI SEKUTU2 MEREKA. TETAPI RASULULLAH SAW TIDAK BERSETUJU KERANA PERJUANGAN ITU IALAH PERJUANGAN DI ANTARA KEIMANAN DAN KEKAFIRAN, SEDANGKAN KAUM YAHUDI TIDAK MEMPUNYAI APA2 KAITAN DENGAN PERJUANGAN INI, DI SAMPING ITU KEMENANGAN ADALAH DARI SISI ALLAH SAW APABILA TAWAKKAL BENAR2 DIBULATKAN KEPADA-NYA DAN APABILA HATI BENAR2 IKHLAS KEPADA-NYA, LALU BELIAU BERSABDA: " SIAPAKAH YANG DAPAT MEMBAWA KITA KELUAR BERDEKATAN DENGAN KAUM (MUSYRIKIN) ITU?" LALU BEBERAPA ORANG ANSAR MEMBAWA BELIAU KELUAR DAN BERHENTI DI JALAN BUKIT UHUD DI TEPI WADI. BELIAU MEMBELAKANGKAN BUKIT UHUD DAN MELARANG SAHABAT2NYA BERPERANG SEHINGGA BELIAU MENGELUARKAN PERINTAH.
SETIBA WAKTU PAGI BELIAU MENYUSUN ANGKATAN PERANGNYA YANG BERJUMLAH TUJUH RATUS ORANG ITU. DI ANTARA MEREKA IALAH LIMA PULUH ORANG PASUKAN PEMANAH. BELIAU TELAH MELANTIK ABDULLAH IBN JUBAIR SEBAGAI KETUA PASUKAN INI DAN MEMERINTAHKAN ABDULLAH DAN KAWAN2NYA SUPAYA TETAP DI TEMPAT MEREKA MASING2 DAN JANGAN SEKALI-KALI MENINGGALKANNYA WALAUPAN MEREKA MELIHAT BURUNG2 MENYAMBAR ASKAR2. PASUKAN INI DITEMPATKAN DI BELAKANG TENTERA2 MUSLIMIN DAN MENYURUH MEREKA MENGHUJANI ASKAR2 MUSYRIKIN DENGAN ANAK2 PANAH SUPAYA MEREKA TIDAK DAPAT MENYERANG TENTERA MUSLIMIN DARI SEBELAH BELAKANG.
RASULULLAH SAW MEMAKAI BAJU BESI DUA LAPIS DAN MENYERAHKAN PANJI2 KEPADA MUS'AB IBN 'UMAYR. BELIAU TELAH MELANTIK AZ-ZUBAYR IBN AL-'AWAM DAN AL-MUNZIR IBN 'AMR SEBAGAI KEPALA SAYAP KANAN DAN SAYAP KIRI. KEMUDIAN BELIAU MEMERIKSA KUMPULAN PEMUDA YANG ADA PADA HARI INI. DI ANTARA MEREKA ADA YANG DITOLAK DARI MENYERTAI PEPERANGAN ITU KERANA USIA MEREKA TERLALU MUDA. DALAM GOLONGAN INI TERMASUK ABDULLAH IBN 'AMR, USAMAH BIN AYD, USAYD BIN ZHUAYR, AL-BARA' IBN 'AZIB, ZAYD IBN ARQAM, ZAYD IBN THABIT, ARABAH IBN AUS DAN 'AMR IBN HIZAM. DAN BELIAU MEMBENARKAN PEMUDA2 YANG DIKIRA MAMPU MENGANGKAT SENJATA. DI ANTARA MEREKA IALAH SAMURAH BIN JUNDUB DAN RAFI' IBN KHADIJ DAN KEDUA-DUANYA MASING2 BERUSIA LIMA BELAS TAHUN.
KAUM QURAYSY JUGA TELAH MENGADAKAN KERAHAN UNTUK PERTEMPURAN ITU. ANGKATAN MEREKA TERDIRI DARI TIGA RIBU ORANG TERMASUK DUA RATUS ORANG PASUKAN BERKUDA, MEREKA TELAH MELANTIK KHALID IBN AL-WALID MENGEPALAI SAYAP KANAN DAN 'IKRIMAH IBN ABI JHAL MENGEPALAI SAYAP KIRI.
RASULULLAH SAW MENYERAH PEDANGNYA KEPADA ABU DUJANAH IAITU SIMAK IBN KHARASYAH SEORANG PAHLAWAN YANG GAGAH BERANI YANG BERJALAN DENGAN LAGAK YANG SOMBONG KETIKA BERLAKU PERTEMPURAN.
ORANG2 YANG MULA2 KELUAR UNTUK BERPERANG DARI KAUM MUSYRIKIN IALAH ABU 'AMIR AL-FASIQ . DAHULU DIA DINAMAKAN AR-RAHIB LALU RASULULLAH SAW TUKARKAN NAMA ITU KEPADA AL-FASIQ. DI ZAMAN JAHILIYAH DIA MENJADI KETUA SUKU AUS DAN APABILA DATANG AGAMA ISLAM DIA TIDAK DAPAT MENERIMANYA DAN SECARA TERANG2 IA MELAHIRKAN PERSETERUANNYA TERHADAP RASULULLAH SAW DAN DIA TELAH KELUAR DARI MADINAH DAN PERGI MENEMUI KAUM QURAYSY UNTUK MENYATUKAN MEREKA MENENTANG RASULULLAH SAW DAN MENGHASUT MEREKA MEMERANGI BELIAU. DIA TELAH BERJANJI DENGAN MEREKA BAHAWA KAUMNYA AKAN TAAT DAN MENGIKUTNYA APABILA MEREKA MELIHATNYA. DIALAH YANG MULA2 TAMPIL BERDEPAN DENGAN ANGKATAN KAUM MUSLIMIN. DIA MENYERU KAUMNYA DAN MENGENALI MEREKA LALU KAUMNYA MENJAWAB : 'ALLAH SWT TIDAK AKAN MENJADIKAN MATAMU DAPAT MEMANDANG SESUATU YANG MENYENANGKAN HATIMU LAGI, WAHAI ORANG YANG FASIQ!" . DIA PUN MENJAWAB : "KAUMKU AKAN DITIMPA BALA BENCANA SELEPAS PENINGGALANKU". KEMUDIAN DIA TERUS MEMERANGI ORANG2 ISLAM DENGAN PERJUANGAN YANG BERMATI-MATIAN.
APABILA PERTEMPURAN MELETUS ABU DUJANAH AL-ANSARI TELAH MEMPERLIHATKAN KEPAHLAWANAN DAN KEBERANIANYA YANG AMAT TINGGI BERSAMA-SAMA TALHAH IBN 'UBAYDILLAH, HAMZAH IBN ABDUL MUTALLIB. ALI IBN ABI TALIB, AN -NADHR BIN ANAS DAN SA'AD IBN AR-RABI'.
DALAM PERTEMPURAN DI PAGI ITU ANGKATAN MUSLIMIN TELAH BERJAYA MENGALAHKAN ORANG2 KAFIR. MEREKA TELAH BERJAYA MEMBUNUH TUJUH PULUH ORANG KETUA2 KAFIR YANG BERANI DAN MUSUH2 ALLAH SWT ITU TELAH TEWAS DAN LARI MENGUNDURKAN DIRI HINGGA KE TEMPAT PERKHEMAHAN PEREMPUAN2 MEREKA DAN PEREMPUAN2 MEREKA TUTUT MELARIKAN DIRI.
APABILA PASUKAN PEMANAH KAUM KUSLIMIN MELIHAT KEKALAHAN KAUM MUSYRIKIN DAN TERDEDAHNYA BARISAN MEREKA, MEREKA PUN TERUS MENINGGALKAN TEMPAT TERTAHANAN MEREKA YANG DIPERINTAH OLEH RASULULLAH SAW SUPAYA MEREKA JANGAN SEKALI-SEKALI MENINGGALKANNYA, LALU MEREKA BERTERIAK: " WAHAI KAUMKU! HARTA RAMPASAN PERANG! HARTA RAMPASAN PERANG!" KETUA MEREKA TAMPIL MEMPERINGATKAN PERINTAH DAN PERJANJIAN MEREKA DENGAN RASULULLAH SAW TETAPI MEREKA TIDAK MENGHIRAUKANNYA. MEREKA BERANGGAPAN BAHAWA TENTERA MUSYRIKIN (YANG LARI MENGUNDURKAN DIRI ITU) TIDAK AKAN KEMBALI LAGI LALU MEREKA PUN PERGI MENCARI HARTA RAMPASAN PERANG DAN MENINGGALKAN JALAN2 YANG MENJADI PINTU2 MASUK DI UHUD.
DI WAKTU INILAH KHALID IBN AL-WALID MENGAMBIL KESEMPATAN DAN KEMBALI SEMULA UNTUK MENYERANG DENGAN PASUKAN BERKUDA KAUM MUSYRIKIN. MEREKA DAPATI JALAN MASUK KE UHUD KOSONG (DARI TENTERA2 PENGAWAL) DAN TERUS MENDUDUKINYA DARI BELAKANG TENTERA KAUM MUSLIMIN. KEMUDIAN KAUM MUSYRIKIN YANG TELAH TEWAS ITU KEMBALI SEMULA APABILA MEREKA KHALID DAN PASUKAN BERKUDA MEREKA TELAH DAPTA MENGALAH DAN MENGEPUNG KAUM MUSLIMIN.
AKIBAT PERTEMPURAN TELAH MENJADI TERBALIK. KAUM MUSLIMIN TELAH MENERIMA KEKALAHAN . BARISAN PERJUANGAN MEREKA MENJADI KUCAR-KACIR DAN DISELUBUNGI SUASANA KELAM KABUT DAN KEBIMBANGAN2 KERANA TEKANAN KEADAAN2 YANG MENDADAK YANG TIDAK DIDUGA OLEH SESIAPA PUN. RAMAI DARI MEREKA TERBUNUH DAN GUGUR SYAHID. ORANG2 MUSYRIKIN TELAH MENYERBU KE ARAH RASULULLAH SAW YANG TINGGAL TERPENCIL BERSAMA2 BEBERAPA ORANG TENTERA ISLAM YANG BOLEH DIBILANG DENGAN JARI. MEREKA BERJUANG MEMPERTAHANKAN BELIAU SEHINGGA MEREKA GUGUR SYAHID. WAJAH RASULULLAH SAW TALAH MENDAPAT LUKA2 DAN SEBATANG GIGI BAHAGIAN DEPAN DI SEBELAH BAWAH PATAH DAN TUDUNG BESI DI ATAS KEPALA BELIAU HANCUR. BELIAU TELAH DILONTAR DENGAN BATU OLEH ORANG2 MUSYRIKIN DAN TERKENA DILAMBUNGNYA DAN BELIAU TERJATUH DI DALAM LUBANG PERANGKAP YANG DIGALI OLEH ABU 'AMIR AL-FASIQ KEMUDIAN LUBANG ITU DITUDUNG UNTUK MEMERANGKAP ORANG2 ISLAM DAN DUA CINCIN DARI CINCIN BAJU BESI YANG DIPAKAI DI BAWAH KOPIAH TELAH TERBENAM DI DALAM PIPINYA.
DI TENGAH2 SUASANA KELAM-KABUT YANG MEYELUBUNGI TENTERA2 MUSLIMIN ITU TIBA KEDENGARAN SEORANG BERTERIAK : " MUHAMMAD TELAH TERBUNUH!" KATA2 INI MERUPAKAN SATU MALAPETAKA YANG MENGGEGARKAN SAKI -BAKI KEKUATAN YANG ADA PADA MEREKA. MEREKA TERUS BERUNDUR MEMBAWA SATU KEKALAHAN TERUK YANG MEMBUAT MEREKA TIDAK MAHU MELAWAN LAGI KERANA PUTUS ASA DAN PATAH SEMANGAT.
WALAU PUN TENTERA2 MUSLIMIN KALAH TETAPI ANAS IBN AN-NADHR RA TIDAK MENGAKU KALAH, DIA PERGI KEPADA 'UMAR IBN AL-KHATTAB DAN TALHAH IBN 'UBAYDILLAH YANG BERADA BERSAMA-SAMA KEMPULAN ORANG2 ANSAR DAN MUHAJIRIN YANG KELIHATAN TERMANGU-MANGU, LALU DIA BERKATA: " MENGAPA KAMU DUDUK BERGITU ?" JAWAN MEREKA: " RASULULLAH SAW TELAH TERBUNUH !" LALU DIA BERKATA : " APAKAH KAMU HENDAK BUAT DENGAN HIDUP INI SELEPAS BELIAU MATI? " AYUH BANGKITLAH SEKARANG DAN BERJUANGLAH SAMPAI MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AGAMA YANG KERANANYA RASULULLAH SAW SANGGUP MATI!" . KEMUDIAN DIA TERUS MENGHADAPI TENTERA2 MUSYRIKIN DAN DI SANA DIA BERTEMU DENGAN SA'AD IBN MU'AZ LALU BERKATA" " WAHAI SA'AD AKU TERCIUM BAU SYURGA DI DEPAN BUKIT UHUD!" . KEMUDIAN DIA TERUS BERPERANG HINGGA GUGUR SYAHID DAN DI BADANNYA TERDAPAT LEBIH DARI TUJUH PULUH BEKAS TETAKAN PEDANG DAN TIADA SIAPA YANG MENGENALI MAYATNYA MELAINKAN SAUDARA PEREMPUANNYA YANG MENGECAM ANAK2 JARINYA.
KEMUDIAN RASULULLAH SAW MENUJU KE ARAH TENTERA2 MUSLIMIN DAN ORANG YANG MULA2 MENGENAL BELIAU DENGAN TUDUNG KEPALA BESINYA ITU IALAH KA'AB IBN MALIK LALU DIA BERTERIAK DENGAN SEKUAT-KUAT SUARANYA:" WAHAI SEKALIAN KAUM MUSLIMIN! BERGEMBIRALAH INI DIA RASULULLAH SAW!" TETAPI BELIAU MEMBERI ISYARAT DENGAN TANGANNYA KEPADA KA'AB SUPAYA DIAM. KEMUDIAN BELIAU DIKERUMUNI TENTERA2 MUSLIMIN DAN MEREKA BERANGKAT MENUJU KE JALAN BUKIT. DI ANTARA MEREKA ABU BAKAR, UMAR, AL- HARITH IBN AS-SIMMAH AL-ANSARI DAN LAIN2. APABILA MEREKA NAIK KE ATAS BUKIT RASULULLAH SAW BERTEMBUNG DENGAN UBAY IBN KHALAF SEDANG MENUNGGU KUDANYA YANG BERNAMA AL-'UD. DAHULU DIA SENDIRI MEMBERI MAKAN KEPADA KUDA INI DI MAKKAH DAN PERNAH BERKATA: " DI ATAS KUDA INILAH AKU AKAN MEMBUNUH MUHAMMAD" APABILA RASULULLAH SAW MENDENGAR KATA2 ITU BELIAU PUN MENJAWAB :" INSYA ALLAH AKULAH YANG AKAN MEMBUNUHNYA DI ATAS KUDA ITU". OLEH ITU APABILA BELIAU BERTEMBUNG DENGANNYA, BELIAU PUN MENGAMBIL LEMBING DARI AL-HARITH DAN TERUS MENIKAN MUSUH ALLAH SWT ITU TEPAT PADA TULANG LEHERNYA MENYEBABKAN MENDENGAR SEPERTI LEMBU DAN DIA YAKIN BAHAWA DIA TENTU MATI SEPERTI YANG TELAH DIKATAKAN OLEH RASULULLAH SAW. DAN SEBENARNYA DIA TELAH MATI DALAM PERJALANAN PULANGNYA.
ABU SUFFIAN NAIK MENINJAU DI ATAS BUKIT DAN BERSERU : " ADAKAH MUHAMMAD DALAM KUMPULAN KAMU? " RASULULLAH SAW DENGAN SEGERA BERKATA ( KEPADA SAHABAT2NYA): "JANGAN JAWAB PERTANYAANNYA". ABU SUFFIAN BERTANYA LAGI: " ADAKAH ANAK ABU QUHAFAH (ABU BAKAR) DALAM KUMPULAN KAMU?" MEREKA DIAM TIADA MENJAWAB. DIA BERTANYA LAGI :" ADAKAH UMAR IBN AL-KHATTAB DALAM KUMPULAN KAMU?" MEREKA DIAM TIDAK MENJAWAB. HANYA TIGA ORANG INI SAHAJA YANG DITANYA OLEH ABU SUFFIAN, KEMUDIAN DIA BERKATA KEPADA KAUMNYA:"KETIGA-TIGA MEREKA SEMUANYA TELAH MATI" (DI SINI) UMAR RA TIDAK DAPAT MENAHAN DIRINYA DAN TERUS BERTERIAK : " WAHAI MUSUH ALLAH ! ORANG2 YANG ENGKAU SEBUT TADI SEMUANYA MASIH HIDUP. ALLAH TELAH MENGEKALKAN UNTUK ENGKAU SESUATU YANG AKAN MENDUKACITAKAN ENGKAU." LALU DIA MENJAWAB :" ADA PERBUATAN MENCEDERAKAN MAYAT2 YANG TELAH MATI, TETAPI AKU TIDAK MENYURUH MELAKUKANNYA DAN PERBUATAN ITU TIDAK MENDUKACITAKAN AKU!" . (DIA TUJUKAN PENJELASAN ITU KEPADA PERBUATAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH ISTERINYA HINDUN TERHADAP MAYAT HAMZAH RA SETELAH DIBUNUH OLEH WAHSYI. HINDUN TELAH MEMBEDAH PERUT HAMZAH DAN MENGELUARKAN HATINYA LALU MEMAMAHNYA MEMUDIAN MELUDAHNYA KEMBALI).
KEMUDIAN ABU SUFFIAN BERKATA: " TINGGILAH TUHAN HUBAL!" LALU RASULULLAH SAW BERSABDA KEPADA (SAHABAT2NYA) : " MENGAPA KAMU TIDAK MENJAWAB PERKATAANNYA?" JAWAB MEREKA :" BAGAIMAN KITA HARUS MENJAWAB PERKATAANNYA". SABDA BELIAU :"KATAKANLAH ALLAH SWT LEBIH TINGGI DAN LEBIH MULIA". ABU SUFFIAN BERKATA PULA :"KAMI ADA BERHALA 'UZZA DAN KAMU TIDAK ADA 'UZZA. SABDA RASULULLAH SAW :" MENGAPA KAMU TIDAK MENJAWAB PERKATAANYA?". JAWAB BELIAU : "KATAKANLAH: ALLAHLAH PELINDUNG KAMI DAN TIADA PELINDUNG BAGI KAMU." ABU SUFFIAN BERKATA LAGI : "HARI INI (ADALAH TEBUSAN BAGI KEKALAHAN KAMI) PADA HARI PERANG BADAR. PEPERANGAN DI ANTARA KITA SEKALI KALAH SEKALI MENANG." LALU UMAR RA MENJAWAB " DI ANTARA KITA TIDAK SAMA KERANA ORANG2 YANG TERBUNUH DARI KAMI BERADA DI DALAM SYURGA, SEDANGKAN ORANG2 YANG TERBUNUH DIRI KAMU BERADA DALAM NERAKA."
APABILA PEPERANGAN SELESAI, KAUM MUSYRIKIN BERUNDUR DARI SITU LALU ORANG2 ISLAM MENYANGKA BAHAWA MEREKA MENUJU DI MADINAH UNTUK MENAWAN ANAK2 PINAK MEREKA DAN MERAMPAS HARTA BENDA MEREKA. INI MENYEBABKAN ORANG2 ISLAM BERADA DALAM KEADAAN YANG SULIT LALU NABI SAW MENYURUH ALI : "KELUARLAH IKUTI KAUM MUSYRIKIN ITU, KEMUDIAN PERHATIKAN APA YANG MEREKA BUAT DAN APA YANG MEREKA KEHENDAKI. JIKA MEREKA MENJAUHI KUDA2 DAN MENAIKI UNTA, MAKA ITU BERMAKANA MEREKA HENDAK MEJUJU KE MAKKAH DAN SEBALIKNYA JIKA MEREKA MENUNGGANG KUDA DAN MENARIK UNTA, MAKA ITU BERERTI MEREKA HENDAK MENUJU KE MADINAH. DEMI ALLAH YANG NYAWAKU BERADA DI DALAM GENGGAMAN TANGAN-NYA!. JIKA MEREKA MENUJU KE MADINAH AKU AKAN PERGI MENDAPATKAN MEREKA KEMUDIAN AKU AKAN MELAWAN MEREKA DI MADINAH".
UJUR ALI :" ALI PUN KELUAR MENGIKUT JEJAK2 MEREKA UNTUK MELIHAT APA YANG DILAKUKAN MEREKA. AKU NAMPAK MEREKA MENJAUHI KUDA2 DAN MENGENDERAI UNTA2 DAN MENUJU KE ARAH MAKKAH".
APABILA MEREKA SAMPAI DI TENGAH JALAN MEREKA MENGKRITIK SATU SAMA LAIN. SETENGAHNYA BERKATA :" KAMU TIDAK BUAT APA2; KAMU HANYA TELAH HANCURKAN KEKUATAN MEREKA (KAUM KUSLIMIN) SAHAJA KEMUDIAN KAMU TINGGAL MEREKA, SEDANGKAN MEREKA MASIH LAGI MEMPUNYAI KETUA YANG DAPAT MENYATUPADUKAN MEREKA UNTUK MENENTANG KAMU. OLEH SEBAB ITU MARILAH KITA KEMBALI SEMULA UNTUK MENGHAPUSKAN NEREKA SEMUA"......KEMUDIAN BERITA ITU SAMPAI KEPADA RASULULLAH SAW LALU BELIAU PUN MENYERU KAUM MUSLIMIN DAN MEMBERANGSANGKAN MEREKA KELUAR MENENTANG MUSUH MEREKA DAN BERSABDA : "JANGAN IKUT KAMI KELUAR MELAINKAN ORANG2 YANG TELAH IKUT BERPERANG SAHAJA". LALU ABDULLAH IBN UBAY BERKATA :" BOLEHKAH SAYA IKUT KELUAR BERSAMA ENGKAU ?" JAWAB BELIAU :"TIDAK". SERUAN BELIAU ITU TELAH DISAMBUT OLEH KAUM MUSLIMIN WALAUPUN DIANTARA MEREKA ADA YANG LUKA PARAH DAN DALAM KEBIMBANGAN. MEREKA SERENTAK BERKATA : " KAMI TAAT DAN PATUH". KEMUDIAN JABIR IBN ABDULLAH DATANG MEMINTA IZIN DARI BELIAU BERKATANYA :" WAHAI RASULULLAH! SESUNGGUHNYA SAYA SENTIASA INGIN BERSAMA -SAMA ANDA DALAM MANA2 PEPERANGAN YANG DISERTAI ANDA. PADA HARI PEPERANGAN YANG LEPAS BAPA SAYA TELAH MENYURUH SAYA MENJADI PENGGANTINYA UNTUK MENJAGA ANAK2 PEREMPUANNYA. OLEH ITU IZINKANLAH SAYA KELUAR BERSAMA ANDA ". LALU BELIAU MEMBERI KEIZINAN KEPADANYA. KEMUDIAN RASULULLAH SAW KELUAR BERSAMA-SAMA ANGKATAN MUSLIMIN SEHINGGA MEREKA SAMPAI DI HAMRA'UL-ASAD DAN DI SINI AM'BAD IBN ABI MA'BAD AL-KHUZA DATANG MENEMUI RASULULLAH SAW LALU BELIAU MENYURUHNYA MENEMUI ABU SUFFIAN UNTUK MELEMAHKAN SEMANGATNYA DARI BERPERANG. MA'BAD TELAH MENEMUI ABU SUFFIAN DI AR-RAUHA' DAN DIA TIDAK MENGETAHUI BAHAWA MA'BAD TELAH MENGANUT ISLAM LALU DIA PUN BERKATA :" ADA APA2 BERITA MA'BAD ? JAWAB MA'BAD :" MUHAMMAD DAN SAHABAT2NYA TELAH BERAZAM DENGAN PENUH KEMARAHAN UNTUK MEMERANGI KAMU. MEREKA TELAH KELUAR DALAM SATU KUMPULAN TENTERA YANG RAMAI YANG BELUM PERNAH MEREKA KELUAR SERAMAI ITU, KERANA SAHABAT2NYA YANG TIDAK IKUT BERPERANG DAHULU TELAH MERASA MENYESAL. LALU ABU SUFFIAN BERKATA :" APA FIKIRAN AWAK?" JAWAB MA'BAD :" SAYA FIKIR ANDA JANGAN LAGI BERANGKAT BALIK SEHINGGA TENTERA2 INI NAIK DAN MELINTAS TANAH2 TINGGI INI". KATA ABU SUFFIAN :" DEMI ALLAH KAMI TELAH BERSEBULAT KATA UNTUK MENYERANG MEREKA (KAUM MUSLIMIN) DAN MENGHAPUSKAN MEREKA SEMUA SEKALI". JAWAB MA'BAD "JANGAN! JANGAN BUAT BEGITU, SAYA NASIHAT KEPADA ANDA DENGAN IKHLAS". LALU MEREKA PUN BERPATAH BALIK PULANG KE MAKKAH.
ABU SUFFIAN TELAH MENEMUI BEBERAPA ORANG MUSYRIKIN YANG HENDAK PERGI KE MADINAH LALU DIA BERKATA (KEPADA SALAH SEORANG DARI MEREKA) :" BOLEHKAH AWAK SAMPAIKAN SATU PERUTUSAN KEPADA MUHAMMAD , AKU AKAN BERIKAN HADIAH SEEKOAR UNTA ZABIB JIKA ENGKAU BALIK KE MAKKAH NANTI? JAWAB ORANG ITU :"BOLAH". KATA ABU SUFFIAN : "SAMPAIKAN KEPADA MUHAMMAD KAMI TELAH BERSEBULAT KATA UNTUK MENYERANG DAN MENGHAPUSKANNYA, JUGA MENGHAPUSKAN SEMUA SAHABAT2NYA." APABILA ORANG INI MENYAMPAIKAN PERUTUSAN ABU SUFFIAN KEPADA ABU SUFFIAN KEPADA KAUM MUSLIMIN MEREKA BERKATA : "CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG KAMI DAN DIALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG". BERITA ITU TIDAK MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKA DAN MEREKA KELUAR BERSIAP-SIAP MENUNGGU KEDATANGAN MEREKA SELAMA TIGA HARI DAN AKHIRNYA MEREKA MENGETAHUI BAHAWA KAUM MUSYRIKIN TELAH JAUH BERJALAN BALIK MENUJU KE MAKKAH, LALU MEREKA PUN PULANG KE MADINAH.
saye suke care awak elaborate cerita..menarik..tapi, sile gunakan warna yang betul..warna2 itu ta penting, yang penting isinye dan care penyampain..jgn susahkan pembace yang rabun macam saye..tq
ReplyDelete