PENTINGNYA INSAN BERILMU ILAHI...
SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK CIPTAAN-NYA.
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DI SEMBAH DAN DI PUJI MELAINKAN ALLAH SWT YANG MAHA ESA DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN AGUNG YANG MULIA DAN JUJUR.
SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI SAW, AHLI KELUARGA BAGINDA, SAHABAT2 YANG MULIA SERTA UMAT2NYA YANG MENGIKUT SUNNAHNYA...
ISLAM AGAMA ALLAH SWT YANG PENUH BERKASIHSAYANG SESAMA INSAN DAN MAKHLUK-NYA , DI SITU TERCIPTANYA KEDAMAIAN DAN KEBAHAGIAAN.
TAK BACA, MAKA TAK FAHAM, TAK FAHAM JADI TAK TAHU, TAK TAHU JADI TAK SUKA, TAK SUKA JADI TAK SAYANG, TAK SAYANG TIADALAH CINTA....CINTA YANG HAKIKI SUSAH UNTUK DIMILIKI.....
SABDA RASULULLAH SAW BERMAKSUD:
"MENUNTUT ILMU ADALAH WAJIB KE ATAS SETIAP MUSLIM".
LUQMAN AL-HAKIM BERWASIAT KEPADA PUTERANYA YANG BERMAKSUD:
"HAI ANAKKU, PERGAULILAH PARA ALIM ULAMA DAN RAPATILAH MEREKA ITU DENGAN KEDUA LUTUTMU, SEBAB SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU MENGHIDUPKAN HATI DENGAN CAHAYA HIKMAT SEBAGAIMANA -DIA MENGHIDUPKAN BUMI DENGAN HUJAN LEBAT DARIPADA LANGIT".
SUMBER UTAMA ILMU IALAH AL-QURAN DAN HADIS, DI SAMPING BAHAN RUJUKAN DARI KARYA2 DENGAN MENGGUNAKAN AKAL DAN PEMIKIRAN YANG DIPELAJARI SEDALAM-DALAMNYA.
SUMBER ILMU PERLULAH MEMENUHI TUNTUTAN ROH, AKAL DAN JASAD; SANTAPAN ROH, BERSUMBERKAN WAHYU IAITU AL-QURAN DAN HADIS.
AKAL DAN JASMANI PERLU DISUBURKAN DENGAN DAYA USAHA, PENGALAMAN2, DAN PEMIKIRAN MANUSIA BERASASKAN HUKUM SYARAK.
DENGAN ILMU MANUSIA DAPAT MENJALANKAN DAN MELAKSANAKAN TUGAS2 SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI DENGAN SEMPURNA.
TANPA ILMU MANUSIA TIDAK KENAL DIRI, TAK KENAL ALLAH SWT SEBAGAI PENCIPTA, TAK KENAL RASUL-NYA DAN TIDAK AKAN PATUH DAN TUNDUK SEBAGAI HAMBA-NYA .
ILMU HENDAKLAH DICARI , DIPELAJARI DAN DIFAHAMI DARI MASA KE SEMASA....DARI TAHU KEPADA PERKARA YANG TIDAK TAHU..SENTIASA INGIN TAHU...
ILMU ALLAH SWT AMAT LUAS, ILMU UKHRAWI DAN ILMU DUNIAWI, ISLAM TIDAK MEMISAHKAN KEDUA-DUA ILMU INI, SEMUANYA ADALAH ILMU DARI ALLAH SWT...ILMU FARDHU AIRN DAN ILMU FARDHU KIFAYAH.
ILMU UKHRAWI ADALAH LEBIH UTAMA, IA MELIPUTI ILMU TAUHID, ILMU FEKAH, ILMU TAFSIR , ILMU HADIS DAN LAIN2 YANG BERSUMBERKAN AL-QURAN DAN HADIS.
BUKTI YANG TERANG DAN NYATA, DALAM AYAT YANG PERTAMA DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW YANG DI SAMPAIKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL DI GUA HIRA' .
SURAH AL-ALAQ : 1-5 BERKESAHKAN TENTANG PENTINGNYA PEMBACAAN, PENGAJARAN, PENA DAN PENGETAHUAN.
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
"(1) BACALAH ( WAHAI NMUHAMMAD!) DENGAN NAMA TUHAN MU YANG MENCIPTAKAN (SELURUH MAKHLUK). (2) IA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA SEGUMPAL DARAH, (3) BACALAH DAN TUHANMULAH YANG PALING PEMURAH.,(4) YANG MENGAJAR DENGAN PENA. (5) IA MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA". ( SURAH AL-ALAQ : 1-5)
DENGAN ILMU YANG BERASAKAN AL-QURAN DAN HADIS, LAHIRLAH INSAN YANG BERIMAN DAN BERTAKWA, TAKUT AKAN ALLAH SWT DAN BERSIFAT KASIHSAYANG SESAMA MANUSIA DAN MAKHLUK ALLAH SWT YANG LAINNYA..AMAN DAMANLAH DUNIA INI...
TETAPI MANUSIA ZAMAN SEKARANG TELAH MULA MELUPAI ILMU YANG MENJADI TUNJANG KEHIDUPAN YANG MULI INI, MASING2 MENGEJAR ILMU DUNIAWI DENGAN MENGABAIKAN ILMU UKHRAWI....ALANGKAH RUGINYA...
MEMPELAJARI ILMU ADALAH IBADAT, PERBINCANGAN ILMU MERUPAKAN TASBIH, MENGKAJI DAN MENDALAMINYA ADALAH JIHAD, MENGAJAR KEPADA ORANG YANG JAHIL ADALAH SEDEKAH DAN MENYAMPAIKAN KEPADA AHLI KELUARGA ADALAH AMAL YANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.
PESANAN RASULULLAH SAW BERMAKSUD:
"ISLAM IALAH KAMU MENGAKUI BAHAWASANYA TIADA TUHAN YANG LAIN MELAINKAN ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH SWT, MENDIRIKAN SOLAT, MENUNAIKAN ZAKAT, BERPUASA DI BULAN RAMADHAN DAN MENGERJAKAN HAJI KE BAITULLAH APABILA BERKUASA. IMAN IALAH KAMU PERCAYA KEPADA ALLAH SWT, MALAIKAT-NYA, KITAB2-NYA, RASUL2-NYA, HARI AKHIRAT DAN QADAR YANG BAIK DAN BURUK. IHSAN IALAH KAMU MENYEMBAH ALLAH SWT SEOLAH-OLAH KAMU MELIHAT-NYA DAN SEKIRANYA KAMU TIDAK NAMPAK-NYA MAKA-DIA MELIHAT KAMU."
HADIS INI MENEKANKAN KESEMPURNAAN PERIBADI MUSLIM AKAN TERCAPAI APABILA TERKANDUNG TIGA KEBENARAN DALAM DIRI, IAITU KEBENARAN KEYAKINAN, KEBENARAN TINDAKAN ANGGOTA DAN KEBENARAN KECENDERUNGAN HATI. IA AKAN MEMBAWA KE DALAM DIRI MANUSIA, AKAL , ANGGOTA DAN HATI.
AKAN LAHIRLAH PERIBADI MUSLIM YANG SEMPURNA, ITULAH KESEMPURNAAN PEMBINAAN MASYARAKAT YANG LEBIH BESAR IAITU KELUARGA DAN NEGARA.
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
"SUPAYA ALLAH SWT MENINGGIKAN DARJAT ORANG YANG BERILMU ANTARA KAMU, DAN ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN AGAMA, BEBERAPA DARJAT". ( SURAH AL-MUJADILAH : 11)
PESANAN RASULULLAH SAW BERMAKSUD:
"MENUNTUT ILMU SEKEJAP LEBIH BAIK DARIPADA BANGUN SOLAT MALAM DAN MENUNTUT ILMU DALAM SEHARI LEBIH BAIK DARIPADA BERPUASA TIGA BULAN".
BERILMU DAN BERAMAL DENGANNYA ADALAH ASAS KETAKWAAN SESEORANG. IA AKAN MENJAMIN KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. SEMUA ILMU YANG DIMILIKI OLEH MANUSIA ADALAH ILMU ALLAH SWT.
BERINGATLAH AGAR KITA TIDAK MUDAH DIPERDAYAKAN OLEH SYAITAN YANG DIREJAM...
BERILMU DAN BERAMAL DENGANNYA AKAN MELAHIRKAN INSAN YANG BERSEDIA MENANAM DAN MENERIMA KEFAHAMAN ISLAM DAN DAPAT MENOLAK AJARAN2 YANG BERTENTANGAN.
MOGA KESELURUHAN HIDUP KITA BERPANDUKAN HIDAYAT ALLAH SWT SERTA MENJADIKAN KITA INSAN KAMIL YANG DIREDHAI-NYA, INSYAALLAH...
AMIN, AMIN YA RABBIL ALAMIN...
ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment