INDAHNYA PENCIPTAAN MANUSIA
Photobucket
SAYA MULAI DENGAN NAMA-MU YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG TERHADAP MAKHLUK CIPTAAN-MU...Photobucket
TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH DAN DIPUJI HANYA PADA-MU YA ALLAH, ALLAH MAHA ESA LAGI MAHA BIJAKSANA, DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN-MU YANG SEMPURNA AKHLAKNYA DAN INDAH PERIBADINYA...Photobucket
SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI KESAYANGAN UMAT ISLAM, KEKASIH-MU YANG MAKSUM DAN NABI ULUL-AZMI , AHLI KELUARGANYA YANG TERPUJI, PARA SAHABAT NYA YANG BERJUANG SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT DAN SELURUH PENGIKUT BAGINDA YANG MENGIKUT JEJAKNYA.
ISLAM AGAMA ALLAH SWT YANG PENUH BERKASIHSYANG DAN PERSAUDARAAN DI SITU TIMBULNYA KEDAMAIAN. BERUNTUNGLAH KITA DILAHIRKAN SEBAGAI UMAT ISLAM., ALHAMDULILLAH,..
INDAHNYA, UNICNYA, SEMPURNA DAN TERATURNYA PENCIPTAAN ALLAH SWT TERHADAP MANUSIA.Photobucket
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH CIPTAKAN MANUSIA DARI NUTFAH YANG BERCAMPUR (DARI BENIH LELAKI DAN BENIH PEREMPUAN) DENGAN MAKSUD UNTUK KAMI MENGUJINYA, DAN KERANA ITU KAMI JADIKANNYA MENDENGAR DAN MELIHAT. SESUNGGUHNYA KAMI TELAH TUNJUKKAN KEPADANYA JALAN HIDAYAT (DAN TERPULANGLAH KEPADANYA) SAMA ADA IA MENJADI SEORANG YANG BERSYUKUR ATAU MENJADI SEORANG YANG AMAT KAFIR". ( SURAH AL-INSAN : AYAT 2-3)
MANUSIA DICIPTAKAN DARI NUTFAH YANG BERCAMPUR YANG BERMAKSUD PERCANTUMAN JEJENTIK BENIH LELAKI DENGAN TELUR PEREMPUAN SELEPAS PERSENYAWAANNYA YANG MEMBAWA SIFAT2 WARISAN YANG TERSEMBUNYI IAITU GINA (GENES). SIFAT INILAH YANG MEMBEZAKAN JENIS MANUSIA DARI MAKHLUK LAIN DAN DARI KETURUNAN KELUARGA YANG LAIN2NYA.
ALLAH SWT MENCIPTAKAN MANUSIA BUKAN SIA-SIA ATAU MAIN-MAIN, IA DICIPTA UNTUK DIUJI DAN DICUBA.Photobucket
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
"MAKA APABILA -AKU TELAH MENYEMPURNAKAN KEJADIANNYA DAN MENIUPKAN PADANYA ROH CIPTAAN-KU, MAKA REBAHKANLAH DIRI KAMU SUJUD KEPADA-NYA". (SURAH AL-HIJR : 29)Photobucket
MASA KEHAMILAN:
JANGKA MASA KEHAMILAN SEHINGGA TARIKH KELAHIRAN IALAH SEMBILAN BULAN. PAKAR PERUBATAN MEMBAHAGIKAN TEMPOH KEHAMILAN KEPADA TIGA TRIMESTER, IAITU SEBANYAK TIGA TRIMESTER BERJUMLAH SEMBILAN BULAN (3 TRIMESTER X 3 BULAN). KONSEP MEDIKAL TRIMESTER INI JUGA TERSEBUT DENGAN JELASNYA DI DALAM AL-QURAN SEBAGAI TIGA KEGELAPAN.
"DIA MENJADIKAN KEMU DALAM PERUT IBUMU KEJADIAN DEMI KEJADIAN DALAM TIGA KEGELAPAN (ZHULUMAATIN) ". ( Q39:6)
TRIMESTER (KEGELAPAN) PERTAMA:
DI DALAM TRIMESTET PERTAMA, EMBRIO BERANSUR-ANSUR MEMBINA JANTUNG YANG RINGKAS DI SISTEM CERNAAN. LAGI PUN WUJUD JUGA TIUB UEURAL YANG AKAN BERUBAH MENJADI OTAK DAN KORDA SPINA (SARAF TUNJANG).
TUNAS2 YANG AKAN MENJADI LENGAN DAN KAKI JUGA MUNCUL SEBAGAI PERMULAAN. KEMUDIAN SUDAH KELIHATAN JARI PADA HUJUNG TANGAN DAN KAKI. MATA DENGAN SELAPUT MATA, TELINGA, KUKU DAN FOLIKEL RAMBUT WUJUD JUGA. TULANG MENGGANTIKAN KARTILAJ ( TULANG RAWAN).
TIGA BULAN (12 MINGGU) , JANIN INI SUDAH ADA KESEMUA SISTEM PENGALIRAN DARAH DAN SISTEM KENCING, HATI DAN JUGA SISTEM PEMBIAKAN. JANIN INI ADALAH SEBERAT 14 GRAM ( SETENGAH AUNS) DAN 7.5 CM ( 3 INCI) PANJANGNYA.
TRIMESTER (KEGELAPAN) KEDUA:
DALAM TRIMESTER KEDUA, JANIN SUDAH MULAI KELIHATAN MENYERUPAI BAYI MANUSAI. JANIN BERGERAK DI DALAM CAIRAN AMNIOTIK ( UNCANG BAYI). JANIN SUDAH BOLEH MENELAN DAN MENGHISAP JARI, SELALU DI ANTARA TERLENA DENGAN TERJAGA. MATANYA SUDAH TERBUKA DAN DEGUPAN JANTUNGNYA SUDAH BOLEH JELAS DIDENGARI. JUGA ADA RAMBUT DI ATAS KEPALANYA, PADA SELURUH BADAN PUN SUDAH ADA BULU ROMA HALUS.
BULU MATA DAN JUGA BULU KENING PUN MULAI TUMBUH. KELIHATAN JUGA TUNAS GUSI, GIGI DAN BIBIR DI DALAM MULUTNYA.
SEKARANG PANJANG BAYI SEPANJANG 33 CM (13 INCI) DAN SEBERAT 0.8 KG (1.75 PAUN) DAN SEDANG BERGERAK DI DALAM RAHIM.
TRIMESTER ( KEGELAPAN) KETIGA:
TIGA BULAN TERAKHIR INI, PERTUMBUHAN JANIN MENJADI LAMBAT SEDIKIT. TETAPI SEGALA SISTEM ORGAN DI DALAM BADAN JANIN ITU MASIH TERUS DILENGKAPKAN UNTUK BERFUNGSI TIDAK LAMA LAGI.
PADA HUJUNG TUJUH BULAN, KESEMUA ORGAN YANG VITAL SUDAH ADA. TUSU LEMAK MULA WUJUD DI BAWAH KULITNYA. JANIN BOLEH TERSEDU, MENANGIS, MERASAI MANIS ATAU MASAM DAN BERAKSI TERHADAP KESAKITAN, CAHAYA DAN BUNYI.
DALAM BULAN KELAPAN, KULIT BAYI MENJADI LEBIH HALUS DAN CERAH WARNANYA. OTAKNYA TERUS MEMBESAR LAGI DENGAN CEPATNYA. BAYI INI MULAI BERANSUR-ANSUR BERPUSING BADAN DAN KEPALANYA MENGHADAP KE BAWAH UTERUS.
PADA BULAN TERAKHIR KEHAMILANNYA, PARU2NYA MENJADI MATANG.
TETAPI IRADAT ALLAH SWT MAHU MENZAHIRKAN INSAN DI PENTAS ALAM AL WUJUD DAN MELAHIRKAN KESAN-KESANNYA DI ALAM DAN MENBERI BALASAN MENGIKUT NATIJAH YANG DILALUINYA.
OLEH ITU ALLAH SWT JADIKAN DAYA KEBOLEHAN MENDENGAR DAN MELIHAT, MEMBEKALKAN DAYA KEFAHAMAN SUPAYA DAPAT MENERIMA DAN MENYAMBUT DAKWAH DAN SUPAYA DAPAT MEMAHAMI BENDA-BENDA DAN MENILAI AGAR DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PILIHAN DENGAN TEPAT MENGIKUT DAYA FIKIRAN YANG WARAS.
DARI ANAS RA DARIPADA NABI SAW SABDANYA BERMAKSUD :
"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MENUGASKAN SATU MALAIKAT BERHUBUNG DENGAN (PERINGKAT KEJADIAN ANAK ADAM) DALAM KANDUNGAN RAHIM. (APABILA AIR BENIH ITU JATUH KE DALAM RAHIM) MALAIKAT BERTANYA: YA TUHANKU, AIR BENIH INI ( AKAN DISEMPURNAKAN KEJADIANNYA ATAU TIDAK)? YA TUHANKU, SEKETUL DARAH INI (AKAN DISEMPURNAKAN KEJADIANNYA ATAU TIDAK?) YA TUHANKU, DAGING SEGUMPAL INI ( AKAN DISEMPURNAKAN ATAU TIDAK?) MAKA APABILA ALLAH SWT HENDAK SEMPURNAKAN KEJADIANNYA, MALAIKAT BERTANYA LAGI: YA TUHANKU, ADAKAH DIA SEORANG ( YANG BERNASIB ) CELAKA ATAU (YANG BERNASIB) BAHAGIA? LELAKI ATAU PEREMPUAN? BAGAIMANA PULA REZEKINYA DAN AJALNYA? ( SETELAH MALAIKAT MENDAPAT JAWAPANNYA) MAKA IA MENULIS PERKARA TERSEBUT SEDANG ANAK ITU BERADA DALAM PERUT IBUNYA. ( RIWAYAT BUKHARI, MUSLIM DAN IMAM AHMAD)
KEJADIAAN SETIAP INSAN DIJADIKAN ALLAH SWT MENURUT APA YANG TELAH DIATURKAN-NYA.
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
" HAI SEKALIAN MANUSIA , JIKA KAMU MASIH RAGU-RAGU TENTANG HARI KEBANGKITAN , MAKA SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENJADIKAN KAMU DARIPADA TANAH, KEMUDIAN DARIPADA AIR MANI, KEMUDIAN DARIPADA SEGUMPAL DARAH, KEMUDIAN DARIPADA SEKETUL DAGING YANG TELAH SEMPURNA KEJADIANNYA DAN YANG BELUM SEMPURNA, UNTUK KAMI TERANGKAN KEPADA KAMU. DAN KAMI TETAPKAN DALAM RAHIM (KANDUNGAN IBU) DENGAN KEHENDAK KAMI, SEHINGGA SAMPAI WAKTU YANG DITENTUKAN , KEMUDIAN KAMI KELUARKAN KAMU MENJADI KANAK-KANAK , KEMUDIAN MENJADIKAN KAMU SAMPAI DEWASA. DAN ANTARA KAMU ADA YANG DIMATIKAN, DAN ADA PULA ANTARA KAMU YANG DISAMPAIKAN (DIHIDUPKAN) KEPADA UMUR YANG PALING BURUK (TERLALU TUA, NYANYUK), SEHINGGA TIDAK DIKETAHUI LAGI SESUATU YANG DAHULUNYA DIKETAHUINYA. DAN ENGKAU LIHAT BUMI KERING, TETAPI APABILA KAMI TURUNKAN AIR HUJAN DI ATASNYA BERGERAKLAH TUMBUHAN-TUMBUHANNYA DAN BERTAMBAH TINGGI, LALU DIA TUMBUHKAN MACAM2 TANAMAN YANG CANTIK." (SURAH AL-HAJ : 5)
ALLAH SWT MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN, YANG KITA KETAHUI DARI KETURUNAN NABI ADAM AS ATAU BANI ADAM, MAKHLUK YANG BOLEH BERFIKIR, MAKHLUK YANG BOLEH BERKATA-KATA, YANG PUNYA HATI NURANI. Photobucket
DAPAT MELIHAT DAN BERFIKIR SETIAP CIPTAAN ALLAH SWT YANG TERDAPAT DI DEPAN MATA KEPALA KITA..,Gerhana Pictures, Images and Photos
LIHATLAH LANGIT, AWAN , BINTANG, BULAN, MATAHARI, GERHANA ..KEBESARAN ALLAH SWT YANG MAHA HEBAT LAGI MAHA BIJAKSANA.....
LIHATLAH LAUT, TUMBUHAN2, HAIWAN, SERANGGA, ...MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN KITA...Photobucket
RASAILAH, NYAMANNYA UDARA, PANASNYA MENTARI, SIANG DAN MALAM.....SEBAGAI TABIR..Photobucket
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
"DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN UNTUK KAMU SEGALA APA YANG ADA DI BUMI". ( SURAH AL-BAQARAH : 29)
PELAJARILAH DAN FAHAMILAH WAHYU ALLAH SWT, AGAR MERESAP KE DALAM HATI NURANI , JIWA SANUBARI...RASAILAH NIKMAT ALLAH SWT YANG TIADA TERKATA...MAHA SUCI ALLAH SWT..
TIADA INSAN YANG SEMPURNA, HANYA YANG MAMPU DIMILIKI DAN DILAKUKAN MENGIKUT KEMAHUAN DAN KEINGINAN YANG MEMBUAT SESEORANG MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN, UNTUK MEMPERBAIKI DIRI DAN KELEMAHAN DI SETIAP WAKTU...
USAH BERPUTUS ASA ATAU JANGAN CEPAT MENGALAH....KITA JUGA YANG RUGI..
MANUSIA ADALAH SEBAIK-BAIK MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT, DI BERI KEMULIAAN, MAKHLUK TERPILIH, DALAM MASA YANG SAMA DIBERI TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH YANG WAJIB DILAKSANAKAN SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI...Photobucket
WAHYU ALLAH SWT BERMAKSUD:
"DAN (KENANGILAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA PARA MALAIKAT: " SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MELANTIK KHALIFAH DI MUKA BUMI INI, KATA MEREKA : ADAKAH ENGKAU HENDAK MENJADIKAN DI BUMI INI MAKHLUK YANG AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN DAN MENUMPAHKAN DARAH, SEDANGKAN KAMI BERTASBIH MEMUJI-MU DAN MENTAQDISKAN-MU?" JAWAB ALLAH SWT: "SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI APA YANG TIDAK DIKETAHUI OLEH KAMU". (SURAH AL-BAQARAH : 30)
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :
" DAN SESUNGGUHNYA, KAMI TELAH MEMULIAKAN ANAK2 ADAM DAN KAMI TELAH BERI MEREKA MENGGUNAKAN BERBAGAI-BAGAI KENDERAAN DI DARAT DAN DI LAUT, DAN KAMI TELAH MEMBERIKAN REZEKI KEPADA MEREKA BENDA2 YANG BAIK2 SERTA KAMI TELAH LEBIHKAN MEREKA DENGAN SELEBIH-LEBIHNYA DARIPADA BANYAK MAKHLUK LAIN YANG TELAH KAMI CIPTAKAN." ( SURAH AL-ISRA' :70)
MANUSIA ADALAH CIPTAAN ALLAH SWT YANG AMAT SEMPURNA, CUKUP SIFAT2, PUNYA ROH, JASAD , SYAHWAD DAN AKAL FIKIRAN BERBANDING MAKHLUK CIPTAAN ALLAH SWT YANG LAIN YANG TIADA KEISTIMEWAAN DAN KEWIBAWAAN TERSEBUT.Photobucket
MENURUT USTAZ MOHD. MOKHTAR SYAFEI DALAM KERTAS KERJANYA BERTAJUK MANUSIA BERKUALITI MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN, MENERANGKAN KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN MANUSIA UNTUK MENINGKAT KUALITI IALAH MEREKA DIKURNIAKAN:(SECARA RINGKAS SAYA HURAIKAN)
1. AKAL FIKIRAN UNTUK MENERIMA ILMU, BERFIKIR DAN MAMPU UNTUK DIAJAR DAN MENGAJAR. PETUNJUK BOLEH DIDAPATI DENGAN BERFIKIR.
2. ROH, MANUSIA HIDUP DISEBABKAN ADANYA ROH. TERLALU SULIT UNTUK MEMPERKATAKAN TENTANG ROH, SEMUANYA ITU URUSAN DAN RAHSIA ALLAH SWT.
MANUSIA DIBERI ROH DAN NYAWA, BERNAFAS, NADI YANG BERDENYUT, SEMANGAT UNTUK KEKUATAN, PERASAAN YANG BERUBAH-UBAH, HATI KECIL UNTUK MELIHAT SESUATU PERKARA DENGAN LEBIH HALUS DAN SENI YANG DIKENALI 'MATA HATI'.
3.JASAD, IAITU TUBUH BADAN, ADA KULIT, DARAH MENGALIR, TULANG MEMBENTUK DAN BERFUNGSI UNTUK JASAD, ADA MATA UTK MELIHAT, TELINGA UNTUK MENDENGAR, LIDAH UNTUK MERASA, DAN BERMACAM2 NIKMAT ANUGERAH ALLAH SWT PADA KITA SEHINGGA TIDAK TERHITUNG BANYAK HIKMATNYA.
4. SYAHWAT, IAITU NALURI DAN KEINGINAN TABII, MEMPUNYAI SYAHWAT SEPERTI BINATANG JUGA, IA PERLU DIPENUHI TETAPI DALAM MASA YANG SAMA IA PERLU DIKAWAL DAN DIDIDIK. BAGI MEMENUHI NALURI DAN SYAHWAT, ISLAM MEMBENARKAN DAN MENGHALALKAN PERKAHWINAN.
IA ADALAH NIKMAT ALLAH SWT , KEPADA UMAT MANUSIA YANG BOLEHKAN MANUSIA MEMBIAK DAN BERKEMBANG MENGIKUT SUNNAHTULLAH.Photobucket
FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LAGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG2 (UNTUK MEMIKULNYA) MAKA KEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA (KERANA TIDAK ADA PADA MEREKA PERSEDIAAN UNTUK MEMIKULNYA) DAN (PADA KETIKA ITU) MANUSIA (DENGAN PERSEDIAAN YANG ADA PADANYA) SANGGUP MEMIKULNYA, (INGATLAH) SESUNGGUHNYA TABIAT KEBANYAKAN MANUSIA ADALAH SUKA KELAKUKAN KEZALIMAN DAN JAHIL". ( SURAH AL-AHZAB : 72)
MAKA BERSYUKURLAH KITA DENGAN SETIAP NIKMAT KURNIAAN-NYA, TAATLAH SEGALA PERINTAH-NYA DAN JAUHILAH SEGALA LARANGAN-NYA SERTA BERSABARLAH DENGAN SETIAP DUGAAN YANG DIHADAPI..
KENANGILAH ANUGERAH DAN NIKMAT ALLAH SWT IAITU MENCIPTAKAN MANUSIA DENGAN RUPA BENTUK YANG SEMPURNA, SEDANGKAN ALLAH SWT BERKUASA MENCIPTAKANNYA DENGAN RUPA BENTUK APA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA, TETAPI ALLAH SWT MEMILIH UNTUK MENCIPTAKANNYA DENGAN RUPA YANG SEMPURNA, SEDERHANA DAN CANTIK,
NAMUN MANUSIA MASIH TIDAK BERSYUKUR DAN TIDAK MENGHARGAINYA,
BETAPA ALLAH SWT MENGANGKAT MARTABAT YANG PALING TINGGI DAN PENGHORMATAN YANG BESAR DAN LIMPAH KEMURAHAN ALLAH SWT KE ATAS SEKALIAN MANUSIA,....
OLEH ITU, HARUSLAH KITA MEMBANGUNKAN DIRI SENDIRI, DALAM SEMUA ASPEK IAITU DARI SEGI JASMANI, AQLI, ROHANI DENGAN MENITIKBERATKAN SOAL2 AKIDAH, PEMIKIRAN, ILMU PENGETAHUAN, AKHLAK, KEROHANIAN, EMOSI DAN HATI DENGAN BERASAKAN KEPADA AKIDAH TAUHID DAN KEIMANAN YANG KUKUH.
INGATAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
" SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU DI SISI ALLAH SWT IALAH ORANG2 YANG PALING BERTAQWA". (SURAH AL -HUJURAT : 13)
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH TUNJUKKAN KEPADANYA JALAN HIDAYAT (DAN TERPULANGLAH KEPADANYA) SAMA ADA IA MENJADI SEORANG YANG BERSYUKUR ATAU MENJADI ORANG YANG AMAT KAFIR". ( SURAH AL-INSAN AYAT : 3)Photobucket
JADI USAHLAH BERBANGGA DENGAN KECANTIKAN, KEKUATAN, KEPANDAIAN, HARTA , PANGKAT DAN PENGARAUH, KETURUNAN KERANA SEMUANYA ITU HANYA PUNJAMAN SEMENTARA...BILA2 MASA ALLAH SWT BOLEH MENGAMBILNYA KEMBALI....BERSYUKURLAH.....Photobucket
RENUNGILAH DAN FAHAMILAH HADIS INI,
DARI ABU ZAR RA BERKATA: RASULULLAH SAW BERSABDA :
" SESUNGGUHNYA SAYA DAPAT MELIHAT APA YANG ENGKAU SEMUA TIDAK DAPAT MELIHATNYA. LANGIT BERSUARA DAN MEMANG SEPATUTNYALAH JIKALAU IA BERSUARA, SEBAB TIADA TEMPAT TERLUANG SELEBAR EMPAT JARI DI LANGIT ITU, MELAINKAN TENTU ADA MALAIKATNYA YANG MELETAKKAN DAHINYA SAMBIL BERSUJUD KEPADA ALLAH SWT. DEMI ALLAH SWT, ANDAIKATA ENGKAU SEMUA DAPAT MELIHAT APA YANG DAPAT SAYA LIHAT, NISCAYALAH ENGKAU SEMUA AKAN KETAWA SEDIKIT DAN PASTI AKAN MENANGIS BANYAK2, JIKA ENGKAU SEMUA TIDAK AKAN MERASAKAN BERLAZAT-LAZAT DENGAN PARA WANITA DI ATAS HAMPARAN, BAHKAN NISCAYALAH ENGKAU SEMUA AKAN KELUAR KE JALAN2 UNTUK MEMOHONKAN PERTOLONGAN KEPADA ALLAH SWT." (DIRIWAYATKAN OLEH IMAM TERMIZI , HADIS HASAN)
KEMBALILAH KITA PADA PANJI2 ALLAH SWT, AQIDAH ISLAMIYAHLAH YANG MENGANGKAT UMAT ISLAM MENJADI KUAT, TEGUH DAN DAPAT MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN AGAR MENJADI UMAT ISLAM YANG BERSAUDARA DAN BERSATU HATI...
YA ALLAH, YA RAHMAN,YA RAHIM...PELIHARALAH KAMI DARI TIPUDAYA SYAITAN YANG DIREJAM, JADIKANLAH KAMI HAMBA2-MU YANG BERIMAN DAN BERTAQWA DAN BERSAUDARA, TERIMALAH KAMI DALAM KEADAAN BERIMAN DAN REDHAILAH KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...Photobucket
YA ALLAH, SELAMATKAN UMAT2 ISLAM DI BUMI PALESTIN, DAN UMAT ISLAM DI MANA MEREKA BERADA, BERIKANLAH MEREKA KEKUATAN, KETABAHAN, KEKUATAN IMAN , KESABARAN DAN KEYAKINAN,.....PERJUANGAN MEREKA TIDAK PERNAH TERHENTI, KAMI TETAP MENUNGGU PERTOLONGAN YANG BESAR DARI-MU YA ALLAH, DOA KAMI SENTIASA MENGIRINGI MEREKA,,,DAN KAMI PASTI KEMENANGAN PASTI MUNCUL SUATU HARI NANTI, SEMUANYA TERSURAT DI DALAM AL-QURAN,,,ORANG2 YAHUDI DAN ORANG2 KAFIR TIDAK LAYAK BERADA DI BUMI-MU INI, TEMPAT MEREKA ADALAH DI DALAM NERAKA JAHANAM,
MAKA PELIHARALAH KAMI, HAMBA2-MU DARI TIPUDAYA, MUSLIHAT DAN FITNAH DARI ORANG2 KAFIR....AGAR KAMI BERADA DI DALAM IKATAN TALI-MU YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAU YANG LEBIH MENGETAHUI...Photobucket
AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment