AKHLAK DIBENTUK MELALUI DAYA USAHA
ISLAM TELAH MEMERINTAHKAN UMATNYA AGAR BERKAHLAK BAIK, DAN DALAM PERINTAHNYA ISLAM TIDKA MEMERINTAHKAN SESUATU YANG LUAR DARIPADA KEMAMPUAN MANUSIA. SEHUBUNGAN DENGAN INI KITA DAPATI DUA KAEDAH UMUM DALAM ISLAM IAITU :
1. TIDAK ADA TAKLIF PADA PERKARA2 YANG MUSTAHIL.
2. TIDAK ADA TAKLIF PADA PERKARA2 YANG LUAR DARIPADA KEMAMPUAN.
BERDASARKAN KEPADA KAEDAH INI DAPAT KITA FAHAMI BAHAWA MANUSIA ITU MEMPUNYAI KEMAMPUAN UNTUK MENGUBAH AKHLAKNYA DARIPADA YANG BURUK KEPADA BAIK, DEMIKIAN JUGA SEBALIKNYA, KERANA JIKA MANUSIA TIDAK MAMPU BERUBAH AKHLAKNYA NESCAYA ISLAM TIDAK MEMERINTAHKAN AGAR MANUSIA MENGUBAH AKHLAKNYA.
BOLEH JADI MANUSIA DIJADIKAN ALLAH SWT DENGAN SIFAT2 SEMULA JADI YANG MENONJOL DALAM DIRINYA. MANUSIA TIDAK SAMA DALAM MEMIIKI SIFAT2 SEMULA JADI INI, OLEH ITU MEREKA YANG MEMILIKI SIFAT2 SEMULA JADI YANG TERTENTU AKAN BERASA MUDAH UNTUK MEMUPUK SIFAT2 TERSEBUT, KERANA BELIAU AKAN DISATU OLEH KEADAAN SEMULA JADI ITU. FIRMAN ALLAH SWT :
" ALLAH TIDAK MERUBAH SESUATU YANG ADA PADA KAUM ITU SEHINGGA MEREKA MERUBAH APA YANG ADA DALAM DIRI MEREKA." (SURAH AR-RA'DU :11)
DENGAN KETERANGAN2 DI ATAS, JELAS KEPADA KITA BAHAWA MANUSIA MEMANG BERKEMAMPUAN MENGUBAH AKHLAK MEREKA, ATAU DENGAN LAIN PERKATAAN AKHLAK MEMANG DAPAT DICAPAI DAN DIBENTUK MELALUI DAYA USAHA MANUSIA SENDIRI.
DORONGAN UNTUK MENCAPAI BUDI PEKERTI YANG BAIK
MANUSIA TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH SWT DENGAN FITRAH YANG SEMPURNA SEKITANYA SENTIASA BERPANDUKAN KEPADA AKAL FIKIRAN SYARIAT.
BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH MELATIH JIWA DENGAN PEKERJAAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA TUJUAN BUDI PEKERTI MULIA. MISALNYA, SESEORANG YANG INGIN MENJADI SEORANG YANG PERAMAH, MAKA DIA MEMAKSA JIWANYA AGAR SENTIASA MELAKUKAN APA SAHAJA YANG BOLEH MENJADIKAN DIRINYA SEBAGAI SEORANG YANG PEMURAH DENGAN MEMBELANJAKAN HARTANYA. JIKA DIA TERUS BERKELAKUAN DEMIKIAN DAN MEMAKSA DIRINYA BERBUAT DEMIKIAN AKHIRNYA SIKAP MEMBELANJAKAN HARTA ITU MENJADI TABIAT DAN JADILAH DIA SEORANG YANG DERMAWAN.
TUJUAN MELATIH DIRI SEPERTI INI IALAH AGAR PERBAUTAN YANG TIMBUL DARI AKHLAK YANG BAIK TADI DAPAT DIRASAKAN SEBAGAI SUATU KELAZATAN DAN KENIKMATAN BAGI ORANG YANG MELAKUKANNYA. OLEH ITU SESEORANG YANG PEMURAH AKAN BERASA GEMBIRA KETIKA MEMBELANJAKAN HARTANYA, TETAPI SIKAP INI BERBEZA SEKALI DENGAN ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA DENGAN PERASAAN TERPAKSA ATAU DIDORONG OELH SUATU KEADAAN YANG DIANGGAP MENGUNTUNGKAN DIRINYA HASIL DARIPADA PERBUATANNYA.
SESEORANG YANG TAWADUK AKAN BERASA BAHAGIA DENGAN SIKAP MERENDAH DIRI. AKHLAK YANG LUHUR YANG DIANGGAP MULIA OLEH AGAMA ISLAM ITU TIDAK MUNGKIN AKAN APAT MERESAP KE DALAM JIWA SESEORANG SELAMA ORANG ITU TIDAK MEMBIASAKAN JIWANYA DENGAN TABIAT DAN AKHLAK YANG BAIK DAN SELAMA DIA BELUM SUKA UNTUK MENINGGALKAN KELAKUAN YANG JAHAT DAN KEJI DAN JUGA SELAMAD DIA TIDAK MENGEKALKANNYA SEHINGGA BENAR2 TERLATIH SEPERTI LATIHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH ORANG YANG SANGAT RINDU KEPADA PERBUATAN YANG BAIK TADI, SEHINGGA BENAR2 DAPAT MERASAKAN KENIKMATAN DALAM MENUNAIKANNYA. JIKA PERKARA INI SUDAH TERCAPAI, MAKA PASTILAH ORANG TADI AKAN BERASA BENCI KEPADA PERBUATAN2 BURUK DAN AKAN BERASA TERSEKSA DAN HATINYA BAHKAN BERASA CUKUP MENDERITA SEWAKTU MELIHAT ORANG LAIN MELAKUKANNYA, BERTAMBAH DERITA LAGI JIKA IA DIPAKSA UNTUK MELAKUKANNYA. DALAM HAL INI, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA :
"JADIKAN KEGEMBIRAAN HATIKU INI DI WAKTU BERSOLAT ."
MELAKUKAN PERKARA2 IBADAT DAN MENJAUHKAN SEGALA PERKARA YANG MUNGKAR BEGITU SUKAR SEKALI JIKA APA YANG DI LAKUKAN ITU SECARA PAKSA. SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT :
"DAN JADIKANLAH SABAR DAN SOLAT SEBAGAI PENOLONG KAMU, SESUNGGUHNYA DIRASAKAN BERAT MELAINKAN BAGI ORANG YANG KHUSYUK." (SURAH AL-BAQARAH : 45)
CARA PEMBENTUKAN AKHLAK
AKHLAK DAPAT DIBENTUK DAN DITINGKATKAN MELALUI :
1. MENGURANGKAN PENGARAUH DAN MENGEKAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN TUNTUTAN SESUATU SIFAT KEJI. CARI INI DAPAT DILAKUKAN PADA SIFAT2 YANG DIANGGAP SEBAGAI NALURI MANUSIA, SEPERTI SIFAT2 PEMARAH, BENGIS, PEMALU DAN LAIN2.
2. MENERANGKAN , MELATIH DAN MEMBUANG KOTORAN SESUATU AKHLAK YANG BURUK DI SAMPING MENGARAHKANNYA KE JALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT. SIFAT BERANI UMPAMANYA HARUSLAH DIARAHKAN KEPADA PERKARA2 YANG DIREDHAI ALLAH SWT, SEPERTI MEMBELA MEREKA YANG DIZALIMI DAN TERANIAYA, BUKAN UNTUK MENCEROBOH ATAU MENINDAS ORANG YANG TIDAK BERDOSA.
3. MENUKAR AKHLAK YANG KEJI DENGAN AKHLAK YANG TERPUJI, SEPERTI MENUKAR SIFAT2 DUSTA DENGAN BENAR, MUNGKIR JANJI DENGAN MENEPATI JANJI.
JALAN PEMBENTUKAN AKHLAK
TERDAPAT BANYAK JALAN DAPAT DIGUNAKAN DALAM USAHA MEMBENTUK AKHLAK. ANTARANYA :
1. ILMU, YAKNI MENGETAHUI JENIS2 AKHLAK YANG MULIA DAN KEJU. TANPA ILMU, MUSLIM TIDAK AKAN DAPAT MEMBEZAKAN ANTARA AKHLAK YANG BAIK DAN BURUK.
2. MENGETAHUI BETAPA PENTINGNYA AKHLAK2 TERSEBUT PADA DIRINYA KERANA PERMASALAHAN AKHLAK BERHUBUNG TERUS DENGAN MASALAH IMAN DAN TAQWA. DI SAMPING ITU, BELIAU HARUSLAH MENGETAHUI APAKAH MUDARAT DAN KEBURUKAN YANG AKAN DITERIMANYA AKIBAT DARIPADA AKHLAKNYA YANG BURUK DAN KEJI.
3. MENYEMAIKAN NILAI2 AKHLAK YANG MULIA DALAM INGATAN, SEHINGGA BELIAU SENTIASA WASPADA DAN HATI2 DALAM TINDAKANNYA. MELUPAI NILAI2 AKHAK YANG MULIA INI BOLEH MEMBUAT SESEORANG ITU MELAKUKAN AKHLAK YANG KEJI, KERANA LUPA ADALAH PANYAKIT ILMU.
4. BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMPERKUATKAN PENGERTIAN AKIAH ISLAMIAH DENGAN HARI KIAMAT DAN AKAN MENEMUI MATI AKHIRNYA, SERTA SENTIASA MENGINGATI ALLAH SWT DALAM SETIAP HIDUPNYA.
5. MELAKUKAN AMAL2 YANG DAPAT MENDORONG KEPADA AKHLAK YANG BAIK DI SAMPING DAPAT MEMUDAHKAN JIWA MENERIMA AKHLAK MULAI.
6. MENUNAIKAN IBADAT YANG FARDU DAN SUNAT, KERANA IBADAT2 INI DAPAT MEMBERSIHKAN DIRI. FIRMAN ALLAH SWT :
"SESUNGGUHNYA SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DARIPADA KEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN." (SURAH AL-ANKABUT : 45)
7. MELAKUKAN PERBUATAN YANG BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN SIFAT2 KEJU. MISALNYA UNTUK MENGUBATI SIFAT HASAD BOLEH DILAKUKAN DENGAN MENGUCAP ISTIGHFAR DAN MENDOAKAN KEBAJIKAN KEPADA ORANG YANG DIDENGKI.
8. MEMAKSA DIRI MELAKUKAN SESUATU SIFAT YANG DIKEHENDAKI, HINGGA SIFAT TERSEBUT MENJAJADI SEBATI DENGAN DIRINYA.
9. BERGAUL DENGAN ORANG MUKMIN YANG BERAKHLAK MULIA, PERGAULAN INI AKAN DAPAT MENULARKAN SIFAT2 YANG MULIA ITU SEDIKIT DEMI SEDIKIT
10. BERUSAHA SEDAYA UPAYA MENURUT PIMPINAN YANG BAIK. PIMPINAN YANG BAIK SECARA MUTLAK IALAH NABI MUHAMMAD SAW.
11. MENINGGALKAN SUASANA YANG TELAH ROSAK AKHLAKNYA DAN MENCAMPURI SUASANA ATAU JAMAH YANG SALIH. MENINGGALKAN SUASANA YANG ROSAK AKHLAK BUKANLAH BERERTI MENINGGALKAN MASYARAKAT, YANG DIMAKSUDKAN IALAH MENGHIJRAHKAN PERASAAN KITA DARIPADA MASYARAKAT YANG TELAH ROSAK ITU DI SAMPING BERUSAHA MENDAMPINGAN JAMAAH2 YANG BAIK AKHLAKNYA.
12. MENGAMBIL BERAT TENTANG AKHLAK YANG MULIA DAN MENGANGGAPNYA SEBAGAI MUTIARA MAHAL YANG HARUS DIMILIKI.
13. MELATIH DIRI MENERIMA NASIHAT ORANG. PADA HAKIKATNYA ORANG YANG MEMBERI NASIHAT BERHAK MENERIMA TERIMA KASIH KITA, KERANA KITA SELALUNYA BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG MENYELAMATKAN KITA DARIPADA BAHAYA KEBURUKAN AKHLAK YANG KITA LAKUKAN.
KESIMPULAN
ISLAM MENGANJURKAN UMATNYA SUPAYA MEMPUNYAI AKHLAK YANG BAIK. AKHLAK MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BAIK DAN BERAMANAH DAN MENGAHINDARKAN INSAN YANG JAHAT DAN KHIANAT. MENURUT AJARAN ISLAM, AKHLAK YANG MULIA ADALAH FAKTOR TERKUAT UNTUK MENYOKONG PEMBANGUNAN ROHANI MANUSIA.
AKHLAK DIBERI TEMPAT YANG PALING UTAMA, BERMULA DARIPADA INDIVIDU HINGGA KEPADA PERHUNUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALLAH SWT, ANTARA MANUSIA SESAMA MANUSIA DAN INTERAKSI MANUSIA DENGAN MAKHLUK ALLAH SWT YANG LAIN. MANUSIA ADALAH CONTOH YANG DICAPAI OLEH PERIBADI KUDUS DAN DIUKUR MELALUI WARNA AKHLAK.
SECARA PERINCIAN BOLEHLAH DIKATAKAN BAHAWA ILMU AKHLAK ADALAH SATU DARIPADA RANTING ILMU FALSAFAH. ILMU AKHLAK MEMBICARAKAN PERBUATAN YANG DILAKUKAN DENGAN PENUH KESEDARAN AKAL. ILMU AKHLAK JUGA MENJELASKAN ANTARA YANG BAIK YANG BURUK YANG BERSANGKUTAN ATAU BERHUBUNGAN DENGAN PERBUATAN MANUSIA LAHIR DAN BATIN.
SETIAP MANUSIA SEWAJARNYALAH MEYAKINI, MENGIMANI, MENGHAYATI DAN MENJIWAI SERTA MEREALISASIKAN AKHLAK SERANAN AL-QURAN. JUSTERU ITU, AKHLAK AL-QURAN MERUPAKAN SATU FITRAH SEMULA JADI MANUSIA YANG TIDAK BERCANGGAH SEDIKIT PUN DENGAN AKAL PADA SETIAP MASA DAN TEMPAT. KEMBALI KEPADA AL-QURAN BERERTI MENGEMBALIKAN MENUSIA KEPADA JALAN AKHLAK YANG BENAR2 DIPERLUKAN DAN DICARI OLEH SETIAP MANUSIA. DENGAN ERTI KATA YANG LAIN, ORANG YANG TIDAK MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI LUNAS PEMBENTUKAN AKHLAK, ADALAH MEREKA YANG TELAH MENODAI DAN MERENDAHKAN TARAF KEMANUSIAAN MEREKA SENDIRI.
No comments:
Post a Comment