CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

HARGAI MASA SUPAYA HIDUP TIDAK SIA2



HARGAI MASA SUPAYA HIDUP TIDAK SIA-SIA

KATA ORANG TUA2, "MASA ITU UMPAMA SEBILAH PEDANG, JIKA KITA TIDAK MEMANGGILNYA MAKA IA AKAN MEMENGGAL LEHER KITA".

SECARA RINGKASNYA BOLEHLAH DI SIMPULKAN BAHAWA SETIAP DETIK MASA YANG BERLALU PERLU DIHARGAI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.

JIKA KITA TIDAK AMBIL PEDULI MENGENAI MASA YANG SENTIASA BERGERAK ITU, NESCAYA HIDUP KITA AKAN MENDAPAT SUSAH KEMUDIAN HARI KERANA MEMBIARKAN MASA BERLALU TANPA SEBARANG FAEDAH..

DENGAN KATA LAIN, JIKA HARI INI KITA MENSIA-SIAKAN MASA MAKA KITA AKAN MENYESAL PADA HARI ESOK.

MENGURUS MASA PENTING DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA. MASA YANG TERLEPAS TIDAK AKAN BERULANG DAN YANG BERLALU TETAP BERLALU.

MENANGIS AIR MATA DARAH SEKALI PUN MASA YANG PERGI TETAP PERGI.

JUSTERU, HARGAI MASA SEBAIKNYA KERANA MASA ITU BERHARGA..

PENTINGNYA HARGAI MASA DIJELASKAN DALAM FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :

"DAN DIA JUGA YANG MENJADIKAN MATAHARI DAN BULAN SENTIASA BEREDAR, UNTUK KEPENTINGAN, KEMUDAHAN KAMU DAN YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG BAGI FAEDAH HIDUP KAMU". (SURAH IBRAHIM : 33)

MELALUI FIRMAN ITU DAPAT DIFAHAMI TUJUAN ALLAH SWT MEMBEZAKAN ANTARA MALAM DAN SIANG ADALAH SUPAYA MANUSIA DAPAT MEMBAHAGI-BAHAGIKAN MASA UNTUK MEMBUAT KERJA DUNIA DAN AMAL IBADAT SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT KELAK.

ALLAH SWT MENGINGATKAN KITA HAMBA-NYA DALAM FIRMAN YANG BERMAKSUD :

"DAN DIALAH YANG MENJADIKAN MALAM DAN SIANG SILIH BERGANTI UNTUK SIAPA YANG MAHU BERINGAT (MEMIKIRKANNYA) ATAU MAHU BERSYUKUR (AKAN NIKMAT-NYA)". (SURAH AL-FURQAN : 62)

DALAM SOAL PENGURUSAN MASA AMAT DITITIKBERATKAN SUPAYA SETIAP MUSLIM DAPAT MENGISINYA DENGAN PERKARA BERFAEDAH, BUKAN SAJA UNTUK DIRINYA TAPI JUGA KESEJAHTERAAN UMMAH SEJAGAT KERANA ISLAM TIDAK SUKA PENGANUTNYA MEMBUANG MASA TANPA BERBUAT SESUATU.

BAGAIMANA PUN, SESEORANG ITU TIDAK DAPAT MENGHARGAI BETAPA MASA ITU BAGAI PERMATA SELAGI IA TIDAK MENYEDARI BAHAYA DAN KESAN BURUK AKAN DITERIMANYA DARIPADA SIKAP SUKA MEMBUANG MASA.

JADI, MENSIA-SIAKAN MASA LAPANG AKAN MENDATANGKAN KERUGIAN TIDAK TERNILAI DALAM HIDUP SESEORANG KERANA MASA TAK DAPAT PUTAR KE BELAKANG.

SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD :

"DUA NIKMAT DARIPADA NIKMAT ALLAH SWT YANG KEBANYAKAN MANUSIA TERTIPU PADANYA IALAH SIHAT DAN MASA LAPANG". ( HADIS RIWAYAT BUKHARI)

MENGHARGAI MASA TAPI MEMBUAT KERJA TIDAK BERFAEDAH JUGA TIDAK MEMBERI MAKNA.

PERBUATAN SEUMPAMA ITU SAMA SAJA NILAINYA DENGAN MEMBUANG MASA.

MASA SEHARUSNYA DIMANFAATKAN UNTUK MEMBUAT KERJA KEBAJIKAN KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT.

RASULULLAH SAW BERPESAN KEPADA KITA YANG BERMAKSUD:

"AMBILLAH PELUANG LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA; PELUANG MASA MUDAMU SEBELUM TUAMU; PELUANG MASA SIHATMU SEBELUM SAKITMU; PELUANG MASA KAYAMU SEBELUM FAKIRMU; PELUANG MASA LAPANGMU SEBELUM KESIBUKANMU DAN PELUANG MASA HIDUPKU SEBELUM MATIMU".

PESANAN RASULULLAH SAW ITU JELAS MENUNJUKKAN BETAPA PERLUNYA MASA DIHARGAI SEPENUHNYA AGAR IA TIDAK TERLEPAS BEGITU SAJA.

MASA LAPANG, MASA SIHAT, MASA MUDA, MASA KAYA DAN MASA HIDUP YANG KITA NIKMATI SAAT INI TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA JIKA TIDAK DIREBUT DENGAN SEWAJARNYA.

ESOK LUSA BELUM TENTU KITA ADA MASA LAPANG. ESOK LUSA BELUM PASTI TUBUH BADAN KITA SIHAT SEPERTI HARI INI. KITA MUNGKIN JADI MISKIN SUATU HARI NANTI WALAU PUN HARI INI KITA KAYA..ESOK KITA BERTAMBAH TUA KERANA USIA KITA TERUS MENINGKAT.

AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH SWT. KITA TIDAK TAHU BILA KITA AKAN MATI. MAKA KITA HENDAKLAH BUJAK MEMANFAATKAN MASA KINI AGAR TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN DALAM HIDUP KITA PADA HARI ESOK.

APA YANG SUDAH DITENTUKAN-NYA TIDAK DAPAT KITA UBAH. AKAN TETAPI KITA MAMPU MEMBANYAKKAN AMAL IBADAT DENGAN MEMBUANG TABIAT SUKA MEMBUANG MASA TANPA MELAKUKAN PERKARA BERFAEDAH.

MULAI HARI INI KITA HARGAI SEPENUHNYA USIA DENGAN MENGURUS MASA SEBAIK MUNGKIN.

MEMANFAATKAN MASA DENGAN KERJA KEBAIKAN UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA AMALAN YANG SENTIASA DITUNTUT DALAM ISLAM.

PINTU GERBANG SENTISA MENUNGGU KE PULANGAN KITA, HANYA BEKALAN AMAL AKAN MENEMANI KITA DAN HANYA AMALAN YANG SOLEH AKAN DITUNJUKKAN KEPADA ALLAH SWT DI HARI PERHITUNGAN AMAL...

No comments:

Post a Comment