SESUATU YANG TIDAK BOLEH BERPATAH BALIK ADALAH MASA.. MASA AMAT BERMAKNA BAGI ORANG2 YANG TAHU TENTANG NIKMAT MASA...
PESANAN RASULULLAH SAW PADA UMAT2 KESAYANGANNYA YG BERMAKSUD :
"PERGUNAKANLAH LIMA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA. MASA MUDAMU SEBELUM MASA TUAMU, MASA KAYAMU SEBELUM MASA MISKINMU, MASA SIHATMU SEBELUM MASA SAKITMU, MASA LAPANGMU SEBELUM MASA SEMPITMU DAN MASA HIDUPMU SEBELUM MASA MATIMU."
RENUNGILAH , HAYATI DAN FAHAMKANLAH PESANAN INI, AGAR HIDUP KITA TIDAK SIA2 DAN PERGUNAKAN DENGAN PERKARA YG MEMBERI MANFAAT UNTUK MENGISI SETIAP SAAT DENGAN PERKARA YG MENGUNTUNGKAN DENGAN MENGINGATI ALLAH SWT SERTA HAL2 YG TIDAK MERUGIKAN..
MENDIDIK DIRI SEJAK KECIL AMATLAH PERLU, ISIKAN MASA DENGAN AKTIVITI YG MEMBERANGSANGKAN AKAL, FIZIKAL DAN MANTEL SUPAYA PENGALAMAN DAN PENGAJARAN DAPAT DISEMAI DALAM JIWA DAN AKAL FIKIRAN. DAPAT BERFIKIR DAN BERGAUL DENGAN KAWAN2 YANG BERAKHLAK MULIA.
PESANAN RASULULLAH SAW SEBAGAI PERINGATAN YANG BERMAKSUD:
" APABILA SUDAH TIBA WAKTU PAGI, MAKA JANGAN TUNGGU SAMPAI PETANG, APABILA SUDAH TIBA WAKTU PETANG MAKA JANGAN TUNGGU SAMPAI PAGI. OLEH SEBAB ITU, PERGUNAKAN WAKTU HIDUPMU UNTUK BEKAL KEMATIANMU DAN PERGUNAKANLAH WAKTU SIHATMU UNTUK WAKTU SAKITMU".
HARGAILAH MASA SENANG, MEWAH DENGAN REZEKI UNTUK DI KONGSI BERSAMA DENGAN ORANG YG KURANG BERNASIB BAIK, ORANG SUSAH. MASA KAYA JANGAN PULA KEDEKUT KERANA JIKA ALLAH SWT MENARIK NIKMAT-NYA , SUDAH TERLAMBAT UNTUK MENYESALI SIFAT BAKHIL DAN TIDAK TAHU BERSYUKUR.
MASA SIHAT, JANGAN LALAI MEMASTIKAN KESIHATAN DIJAGA. HANYA BILA DIDATANGKAN SAKIT , BARULAH TIMBUL KEINSAFAN ALANGKAH ENAKNYA WAKTU SIHAT DULU.
AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH SWT TIADA SIAPA MENDUGA BILA , DI MANA DAN KETIKA MANA AJAL AKAN DI JEMPUT. OLEH ITU, JGN BERLENGAH-LENGAH DALAM HAL BERIBADAT SERTA BERBUAT BAIKLAH DALAM KERJA2 KEBAJIKAN.
INGATAN RASULULLAH SAW BUAT UMAT2NYA YG BERMAKSUD:
"ORANG2 YANG BIJAK IALAH YANG BANYAK MENGINGATI MATI DAN BANYAK MELAKUKAN PERSEDIAAN MENGHADAPINYA."
SERTA BERSYUKURLAH, BERSYUKUR DENGAN LISAN DAN PERBUATAN IAITU AMALAN.
SEDANGKAN RASULULLAH SAW KEKASIH ALLAH SWT DAN DIJAMIN MEMASUKI SYURGA DENGAN SEMULIA-MULIANYA SEKELIAN MANUSIA, NAMUN SEBAGAI SYUKURNYA AKAN JANJI ALLAH SWT TERHADAP BAGINDA SAW, TIDAK PERNAH LALAI DALAM BERIBADAT DAN KUAT BERIBADAT DI SETIAP MASA HIDUPNYA. APATAH LAGI KITA YANG HINA DAN PENUH DOSA INI.
DI SAAT NYAWA HENDAK DI CABUT, BETAPA SAAT ITULAH KITA AKAN MENYESAL DENGAN PENYESALAN YG TIDAK BERGUNA, BAHAWA MASA HIDUP AMAT BERGUNA UNTUK DI ISI DENGAN AMALAN2 YANG SOLEH....
KITA YG MASIH BERNYAWA INI, RENUNGILAH DI SAAT NYAWA BERTARUNG DENGAN KEMATIAN, BETAPA PENTINGNYA AMALAN YG AKAN MENOLONG KITA , YG MENJADI SAKSI DI SAAT HIDUP KITA...ITULAH AMALAN YG MENOLONG KITA DI SEPANJANG PERJALANAN DARI NYAWA DICABUT , KETIKA DI ALAM BARZAH DAN DI AKHIRAT KELAK...
HARGAILAH MASA, ANUGERAH ALLAH SWT YANG BERNILAI DARI SEGALA ISI APA YG ADA DI ALAM INI...
No comments:
Post a Comment