AL-QURAN KATA-KATA ALLAH SWT, MUKJIZAT RASULULLAH SAW UNTUK KITA HAMBA-NYA.
SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENYANYANG DAN MAHA PENGASIH.
SEGALA PUJIAN UNTUK-NYA DAN DIALAH YANG BERHAK KE ATAS SEGALA PUJIAN..YANG BERHAK DISEMBAH LAGI MAHA AGUNG DAN MAHA TINGGI,
DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW PESURUH-NYA YANG UMMI, JUJUR DAN TERPELIHARA. SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN YANG TERCINTA, SERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT YANG MENGIKUT JEJAK BAGINDA..
ISLAM AGAMA KEDAMAIAN DISEMAI DENGAN KETAATAN DI HATI DAN PERLAKSANAAN BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW...
PESANAN RASUL KESAYANGAN UNTUK DIJADIKAN PANDUAN:
SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD:
" SAYA BERWASIAT KEPADAMU SEMUA, HENDAKLAH ENGKAU SEMUA BERTAQWA KEPADA ALLAH, JUGA SUKA MENDENGARKAN DAN MENTAATI PEMERINTAHAN, SEKALIPUN YANG MEMERINTAH ATASMU ITU SEORANG HAMBA SAHAYA HABSYI. KERANA SESUNGGUHNYA SAJA, BARANGSIAPA YANG MASIH HIDUP PANJANG DI ANTARA ENGKAU SEMUA ITU IA AKAN MELIHAT BERBAGAI PERSELISIHAN YANG BANYAK SEKALI. MAKA DARI ITU HENDAKLAH ENGKAU SEMUA MENETAPI SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH ARRASYIDUN YANG MEMPEROLEH PETUNJUK- ABU BAKAR, UMAR, USMAN DAN ALI RADHIALLAHU ANHUM; GIGITLAH SUNNAH-SUNNAH ITU DENGAN GIGI-GIGI TARINGMU, YAKNI PEGANG TEGUHLAH ITU SEKUAT-KUATNYA. JAUHILAH OLEHMU SEMUA DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG DIADA-ADAKAN , KERANA SESUNGGUHNYA SEGALA SESUATU KEBIDAAHAN ITU ADALAH SESAT".
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA AGAMA (YANG DIREDHAI ) DI SISI ALLAH IALAH AGAMA ISLAM DAN TIADA ORANG-ORANG YANG DIKURNIAKAN KITAB ITU BERSELISIH KECUALI SETELAH DATANG ILMU PENGETAHUAN (YANG JELAS) KEPADA MEREKA KERANA PENCEROBOHAN DI ANTARA SESAMA MEREKA. DAN SESIAPA YANG MENGINGKARKAN AYAT-AYAT ALLAH MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AMAT PANTAS HISAB-NYA".
AL-QURAN ADALAH KITAB SUCI DAKWAH ISLAM. TIANG SERI DAKWA DAN ASAS KEWUJUDANNYA YANG MEMPUNYAI ROH, PENGAWAL, PEMELIHARA , TEMPAT RUJUKAN DAKWAH UNTUK DIAMBIL CARA-CARA BEKERJA DAN BERTINDAK. SEBAGAI PERATURAN DAN BEKALAN DIPERJALANAN.
DITURUNKAN UNTUK MEMIMPIN BAGI MENGHADAPI SUATU PERISTIWA YANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA ZAMAN BERZAMAN DALAM MENGHADAPI PERJUANGAN DI DALAM JIWA DAN HATI NURANI.
AL-QURAN DITURUNKAN DI MALAM LAILATUL QADAR IAITU SUATU MALAM YANG AMAT AGUNG KERANA DI PILIH ALLAH SEBAGAI NUZUL QURAN YANG MELIMPAH CAHAYA AGAMA ALLAH KE SELURUH ALAM DISAMPING ALLAH MELIMPAHKAN KESEJAHTERAAN DAN KEDAMAIAN YANG MEMANCAR ROH ALLAH ( AL-QURAN) KE ATAS HATI DAN KEHIDUPAN MANUSIA.
IA MENGANDUNGI AQIDAH, KEFAHAMAN, SYARIAT , ADAB SOPAN, TAULADAN, NIKMAT DAN AZAB.
MALAM PENUH BERSEJARAH DIJANJIKAN ALLAH DAN DISAMBUT SELURUH ALAM DENGAN PENUH GEMBIRA IAITU MALAM PERHUBUNGAN MUTLAK DI ANTARA BUMI DAN ALAM ALMALA'UL A'LA. DI TURUNKAN KEPADA HATI NABI MUHAMMAD SAW, MALAM PERISTIWA AGUNG YANG BELUM PERNAH DISAKSIKAN BUMI SEUMPAMANYA, BAIK DARI SEGI KEBESARAN DAN MAKNANYA MAHUPUN DARI SEGI KESAN-KESANNYA DALAM KEHIDUPAN SELURUH MANUSIA YANG TIDAK DAPAT DILIPUTI OLEH FIKIRAN MANUSIA.
PERISTIWA MALAM ITU BERKILAU-KILAU MEMANCARKAN NUR, IA MELIPUTI CAHAYA YANG TENANG, INDAH DAN MESRA IAITU NUR ALLAH YANG GEMILANG.
JUGA NUR PARA MALAIKAT DAN JIBRIL YANG BERULANG ALIK DI SEPANJANG MALAM DI ANTARA BUMI DAN ALAM AL MALA'UL A'LA.
JUGA NUR CAHAYA FAJAR MENYINGSING YANG DISEBUT OLAH AYAT-AYAT AL-QURAN SELARAS DENGAN CAHAYA WAHYU, CAHAYA MALAIKAT DAN ROH KESEJAHTERAAN YANG MENYELUBUNGI ALAM DAN ROH-ROH YANG WUJUD DI ALAM INI.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA KAMI TURUNKAN AL-QURAN ITU DI SUATU MALAM YANG PENUH BERKAT. SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MEMBERI PERINGATAN. PADA MALAM ITU DIJELASKAN SEGALA URUSAN YANG PENUH HIKMAT. IAITU URUSAN DARI KAMI . SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MENGUTUSKAN PARA RASUL. SEBAGAI RAHMAT DARI TUHANMU. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI". (SURAH AD-DUKHAN AYAT 3-6 )
AL-QURAN MERUPAKAN KITAB SUCI MUSLIM YANG TETAP HIDUP, TETAP MENJADI PEMIMPIN DAN PENASIHAT. PENUH PELAJARAN KEHIDUPAN , MEMBANGUNKAN SISTEM HIDUP RABBANI DI BUMI INI. PEMIMPIN YANG HIDUP DAN KEKAL SELEPAS WAFATNYA RASULULLAH SAW UNTUK MEMIMPIN DAN MENDIDIK BAGI MEMEGANG PERANAN KEPIMPINAN YANG BETUL YANG DIJANJIKAN ALLAH DAN BERBANGGA DENGANNYA.
AL-QURAN BUKANLAH SEMATA-MATA KALAM YANG DIBACA TETAPI ADALAH SEBUAH PERLEMBAGAAN HIDUP YANG LENGKAP, MENGANDUNGI PENGALAMAN DAKWAH SUPAYA MANUSIA BERADA DI JALAN YANG TERANG.
BANYAK KISAH TELADAN UNTUK DIJADIKAN PEDOMAN DALAM MENGHARUNGI KEHIDUPAN YANG TELAH DILALUI ZAMAN BERZAMAN SUPAYA TIDAK TERGELINCIR ATAU SEBELUM MEREKA BERTENGKAR DI SEPANJANG JALAN.
FIRMAN ALLAH BUAT KITA SEMUA YANG BERMAKSUD:
"APA SAJA YANG DIBERIKAN OLEH RASUL KEPADAMU SEMUA, MAKA AMBILLAH ITU, YAKNI LAKUKANLAH DAN APA SAJA YANG DILARANG OLEHNYA, MAKA HENTIKANLAH." ( SURAH AL-HASYR :7)
" IA YAKNI MUHAMMAD, ITU TIDAKLAH BERKAT-KATA DENGAN KEMAHUANNYA SENDIRI. ITU TIADA LAIN KECUALI WAHYU YANG DIWAHYUKAN KEPADANYA". ( SURAH AN-NAJM : 3-4)
BACALAH, FAHAMILAH, DAN HAYATILAH DENGAN KESEDARAN. IA DIPANDANG SEBAGAI ARAHAN YANG HIDUP UNTUK MENGHADAPI MASALAH HARI INI DAN SETERUSNYA HINGGA AKHIR ZAMAN.
KITA AKAN DAPATI KEANEHAN-KEANEHAN YANG TIDAK TERLINTAS DI HATI YANG LALAI.
KENAPA KITA MERASA PELIK BILA MELIHAT SESUATU PERKARA YANG LUAR BIASA SEDANGKAN AL-QURAN ADALAH MUKJIZAT YANG NYATA BERADA DIDEPAN MATA KITA,TETAPI KITA TIDAK MERASA KEHADIRANNYADANTIDAKMENYEDARI KEHEBATAN-NYA...??
KITA DAPATI KALIMAH-KALIMAHNYA, UNGKAPAN-UNGKAPAN DAN ARAHAN-ARAHANNYA ITU HIDUP, BERGERAK DAN MEMBERI ISYARAT KEPADA TANDA JALAN. ' INI MESTI DIBUAT, INI TIDAK BOLEH DIBUAT, INI MUSUH KAMU DAN INI SAHABAT KAMU, HATI-HATI DARI INI DAN BERSEDIALAH UNTUK INI."
INGATAN ALLAH KEPADA KITA YANG BERMAKSUD:
" DAN NESCAYA LAH DI DALAM PERIBADI RASULULLAH ITU MERUPAKAN IKUTAN, TELADAN - YANG BAIK BAGIMU, JUGA BAGI ORANG YANG MENGHARAPKAN MENEMUI ALLAH DAN HARI AKHIR". ( SURAH AL-AHZAB : 21)
IA MENGELUARKAN ARAHAN YANG BERGITU PANJANG, TERPERINCI DAN HALUS KEPADA KITA DALAM SEMUA URUSAN HIDUP YANG DIHADAPI OLEH KITA.
SEBAGAI HAKIM YANG MENGADILI PERTIKAIAN DI ANTARA SESAMA MANUSIA.
FIRMAN ALLAH DALAM INGATAN-NYA BERMAKSUD:
"JIKALAU ENGKAU SEMUA MEMPERSELISIHKAN DALAM SESUATU PERSOALAN, MAKA KEMBALIKANLAH ITU KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA, APABILA ENGKAU SEMUA BENAR-BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIR". ( SURAH AN-NISA' : 59)
PERINGATAN NABI KESAYANGAN KITA BERMAKSUD"
'PERSELISIHAN UMMATKU ADALAH RAHMAT "
TETAPI PERSELISIHAN YANG MERBAHAYA DAN TERCELA IALAH APABILA SOAL-SOAL CABANG ATAU PERINCIAN-PERINCIAN ITU DIBESAR-BESARKAN HINGGA MENJADI RETAKNYA BARISAN UMMAT ISLAM DALAM MENGHADAPI LAWANNYA. I
NI SUNGGUH TERLARANG DALAM AGAMA.
FIRMAN ALLAH JADIKAN INGATAN YANG BERMAKSUD:
" DAN JANGANLAH ENGKAU SEMUA BERCERAI-BERAI , MAKA AKAN LEMAHLAH ENGKAU SEMUAU DAN LENYAPKAN KEKUATANMU".
MUKJIZAT YANG MANUSIA TIDAK MAMPU MENGUBAH DAN MENGARANG SEPERTINYA DAN HURUF-HURUF YANG SAMA.
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
"DAN JIKA KAMU MASIH DALAM KERAGUAN ( TERHADAP AL-QURAN) YANG TELAH KAMI TURUNKAN KEPADA HAMBA KAMI, MAKA BACALAH SATU SURAH YANG SERUPA DENGANNYA DAN PANGGILAH SAKSI-SAKSI KAMU SELAIN DARI ALLAH JIKA KAMU BENAR". ( SURAH AL-BAQARAH AYAT 23)
AL-QURAN MEMBAWA KEBENARAN YANG MENGESAKAN KITAB YANG DITURUNKAN SEBELAUMNYA DAN DIALAH YANG TELAH MENURUNKAN TAURAT KEPADA MUSA AS, INJIL KEPADA ISA AS, DAN ZABUR KEPADA DAUD AS DAN SELURUH KITAB INI MENUJU KEPADA SATU MATLAMAT IAITU UNTUK MENJADI HIDAYAH KEPADA MANUSIA.
KETIKA INILAH KITA PEROLEHI KENIKMATAN AL-QURAN YANG MAHA AGUNG PENUH KEMANISAN.
OLEH ITU SATU-SATUNYA JALAN AGAR KITA TETAP SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT IALAH DENGAN BERPEGANG TEGUH PADA SUNNAH NABI SAW DAN SUNNAH KHALIFAH-KHALIFAH ARRASYIDUN, YANG POKOK KESEMUANYA ITU IALAH DALAM KANDUNGAN AL-QURAN DAN HADIS.
FIRMAN ALLAH YANG DIAJARKAN KEPADA KITA YANG BERMAKSUD:
" WAHAI TUHAN KAMI! JANGANLAH ENGKAU JADIKAN HATI KAMI MENYELEWENG SESAT SETELAH ENGKAU MEMBERI HIDAYAT KEPADA KAMI DAN KURNIAKAN KAMI RAHMAT DI SISI-MU, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGURNIA" ( SURAH ALI IMRAN AYAT 8)
"WAHAI TUHAN KAMI! KAMI TELAH BERIMAN KEPADA APA YANG TELAH ENGKAU TURUNKAN DAN KAMI TELAH MENGIKUT RASUL-RASUL. OLEH ITU TULISLAH KAMI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MENJADI SAKSI". (SURAH ALI IMRAN AYAT 53)
AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN
No comments:
Post a Comment