CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

KONSEP KHALIFAH / 'ABD


Photobucket





KETIKA ALLAH SWT MEMBENTANGKAN KEPADA MAKHLUK2-NYA YANG BESAR DAN RAKSASA, UNTUK MENANGGUNG SUATU AMANAH, MAKA SEMUA MAKHLUK2 ITU TELAH MENOLAK TAWARAN TERSEBUT. MAKHLUK YANG BERNAMA INSAN ATAU MANUSIA SANGGUP MENERIMA DAN MENANGGUNG AMANAH ITU. PERISTIWA PEMBENTANGAN AMANAH TERSEBUT TELAH DIRAKAMKAN DALAM WAHYU ILAHI YANG DITURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW SEPERTI FIRMAN ALLAH SWT :

"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BENTANGKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH KAMI KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG2 (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMBUNYIKANNYA (KERANA TIDAK ADA PADA MEREKA PERSEDIAAN UNTUK MEMIKULNYA) DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA. SESUNGGUHNYA MANUSIA AMAT ZALIM DAN BODOH." (SURAH AL-AHZAB :72)
'
MENURUT APA YANG TERCATIT DALAM KITAB TAFSIR AL-QUTB KETIKA MENTAFSIRKAN AYAT DI ATAS, AL-QUTB MENERANGKAN YANG BERMAKSUD NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA , "ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN KEPADA ADAM AS : 'WAHAI ADAM, AKU TELAH MEMBENTANGKAN AMANAH KEPADA LANGIT2 DAN BUMI, AKAN TETAPI SEMUANYA ITU TIDAK SANGGUP MENERIMANYA. APAKAH KAMU SANGGUP MENERIMANYA ? ADAM MENJAWAB : 'YA, HAMBA SANGGUP SEMUANYA.'"

ADAM SEBAGAI MANUSIA PERTAMA TELAH SANGGUP MENERIMA AMANAH ITU. DENGAN PENERIMAAN ITU, ALLAH SWT TELAH MENYATAKAN DALAM FIRMAN-NYA:

"SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI MUKA BUMI". (SURAH AL-BAQARAH : 30)

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH BERKEWAJIPAN UNTUK MENANGGUNG AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ALLAH SWT . SIFAT KHALIFAH YANG DIBERI KEPADA MAKHLUK YANG BERNAMA INSAN ITU MEMANG SESUAI DENGAN AMANAH YANG DITERIMA UNTUK DILAKSANAKAN. MENURUT JUMHUR ULAMK, AMANAH ITU IALAH KEWAJIPAN MENEGAKAN AGAMA ALLAH SWT (ISLAM) YANG DIBERKAN KEPADA MANUSIA.


MAMUSIA SEBAGAI 'ABD DAN KHALIFAH ALLAH SWT

DENGAN KUDRAT DAN IRADAT-NYA, ALLAH SWT MEMPUNYAI TUJUAN TERTENTU MENCIPTAKAN MANUSIA, IAITU UNTUK BERIBADAT KEPADA-NYA. ALLAH SWT TELAH MENENTUKAN PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA IAITU UNTUK MEMAKMURKAN ALAM INI. ALLAH SWT MEMBERIKAN HAK KEPADA MANUSIA UNTUK MEMILIKI ALAM DALAM BENTUK AMANAH UNTUK MEMILIKI ALAM DALAM BENTUK AMANAH UNTUK KEBEBASAN MANUSIA MENGGUNAKAN, MENGURUS DAN MENTADBIR URUSAN KEHIDUPAN, ADALAH TERBATAS PADA LINGKUNGAN AJARAN YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH SWT SEMATA-MATA.

MEMBANGUN DAN MENGOLAH SUMBER2 TABII SEHINGGA BAHAN2 TABII YANG TERDAPAT DI MUKA BUMI BOLEH DIMANFAATKAN BAGI KEHIDUPAN MANUSIA SEBAGAI SATU KEWAJIPAN. BEGITUJUGA MEMELIHARA DAN MENGGUNAKAN BAHAN2 MANFAAT UNTUK PEMBANGUNAN KEHIDUPAN DUNIAWI DAN UKRAWI YANG BERASASKAN KEPADA LUNAS2 YANG TELAH DITETAPKAN OLEH SYARIAT ALLAH SWT SESUAI DENGAN SIFAT AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA MANUSIA SELAKU HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH SWT DI BUMI .

DALAM AL-QURAN TERDAPAT BANYAK AYAT2 YANG MENEKANKAN KEDUDUKAN DAN TUGAS MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH SWT . FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :

" DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT : SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI." (SURAH AL-BAQARAH : 30)

SEBAGAI PEMEGANG AMANAH ALLAH SWT, ALLAH SWT TELAH MENENTUKAN PERINTAH DAN LARANGAN MANUSIA MENGENAI SEGALA PERILAKU MANUSIA TENTANG SEJAUH MANA MEREKA MEMATUHI DAN MENUNAIKAN TUGAS AKAN SENTIASA DALAM PERHATIAN DAN DIPERHITUNGKAN DI AKHIRAT KELAK. INI JELAS DITEKANKAN DALAM FIRMAN-NYA YANG BERMAKSUD :

"MUDAH2AN TUHAN KAMU AKAN MEMBINASAKAN MUSUH KAMU DAN MENJADIKAN KAMU KHALIFAH DI BUMI, KEMUDIAN DIA AKAN MEMERHATI BAGAIMANA PULA PERBUATAN KAMU ." (SURAH AL-A'RAF : 129)

APA YANG MENJADI TUGAS MANUSIA SELAKU HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH SWT DI MUKA BUMI INI IALAH DAPAT MENJALANKAN SEGALA AMANAH YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS MANUSIA DENGAN MENEGAKKAN AGAMA ALLAH SWT DI ATAS MUKA BUMI INI DAN MEMPASTIKAN SEGALA PERATURAN DAN SYARIAT ALLAH SWT BERJALAN DI ATAS MUKA BUMI INI, DENGAN PERPERANAN SEBAGAI PELAKSANA TERHADAP ARAHAN DAN PERINTAH ALLAH SWT.

KITA HENDAKLAH MENYEDARI BAHAWA MANUSIA ADALAH MILIK ALLAH SWT. KALAU MEREKA TIDAK BERFUNGSI SEBAGAIMANA YANG DIARAHKAN, ALLAH SWT BOLEH PADA BILA2 MASA MENAMATKAN KEHIDUPAN MEREKA DAN MENGGANTIKAN DENGAN YANG LAIN. FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:

"DAN TUHANMU MAHA KAYA, LAGI MELIMPAH-LIMPAH RAHMAT-NYA, JIKA DIA KEHENDAKI, NESCAYA DIA BINASAKAN KAMU DAN MENGGANTIKAN SESUDAH (BINASANYA) KAMU DENGAN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA, SEBAGAIMANA DIA TELAH MENJADIKAN KAMU DARIPADA KETURUNAN YANG LAIN," (SURAH AL-AN'AM: 133)

FIRMAN ALLAH SWT :

"ALLAH SWT MENJANJIKAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DARIPADA KALANGAN KAMU (WAHAI UMAT MUHAMMAD) BAHAWA DIA AKAN MENJADIKAN MEREKA KHALIFAH2 YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAH DI BUMI, SEBAGAIMANA DIA TELAH MENJADIKAN ORANG YANG SEBELUM MEREKA KHALIFAH2 YANG BERKUASA." (SURAH AN-NUR :55)

FIRMAN ALLAH SWT :

"DAN DIALAH YANG MENJADIKAN KAMU KHALIFAH DI BUMI DAN MENINGGIKAN SETENGAH KAMU ATAS SETENGAHNYA YANG LAIN (DENGAN) BEBERAPA DARJAT. KERANA DIA HENDAK MENGUJI KAMU PADA APA YANG TELAH DIKURNAIKAN-NYA." (SURAH AL-AN'AM : 165)

Photobucket

No comments:

Post a Comment