CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

ASAS PERLAKSANAAN SYARIAT DALAM MASYARAKAT ISLAM MADINAH.


Photobucket

ASAS PERLAKSANAAN SYARIAT DALAM MASYARAKAT MADINAH.

DALAM PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH SELEPAS HIJRAH INI, MAKA TERLAKSANA KONSEP NEGARA KEBAJIKAN SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH SWT MAKSUDNYA:

"DEMI SESUNGGUHNYA ADALAH BAGI PENDUDUK NEGERI SABA' SATU TANDA (YANG MEMBUKTIKAN KEMARAHAN ALLAH SWT) YANG TERDAPAT DI TEMPAT TINGGAL MEREKA, IAITU DUA KUMPULAN KEBUN (YANG LUAS LAGI SUBUR), YANG TERLETAK DI SEBELAH KANAN DAN DI SEBELAH KIRI (QARIAH MEREKA). (LALU DIKATAKAN KEPADA MEREKA) : MAKANLAH DARIPADA REZEKI PEMBERIAN TUHAN KAMU DAN BERSYUKURLAH KEPADA-NYA (NEGERI KAMU INI ADALAH NEGERI YANG BAIK AMAN DAN MAKMUR), DAN TUHAN KAMU ADALAH TUHAN YANG AMAT PENGAMPUN. (SURAH SABA: 15)

NEGARA ISLAM DI MADINAH ADALAH MERUPAKAN NEGARA YANG PERTAMA MELAKSANAKAN UNDANG2 ISLAM SEPENUHNYA YANG MERANGKUMI PELBAGAI ASPEK YANG MENYENTUH KEPENTINGAN UMAT ISLAM YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. MENYATUPADUKAN PELBAGAI KABILAH

TUGAS UTAMA NABI MUHAMMAD SAW DALAM MENTADBIRKAN SEBUAH NEGARA BARU DI MADINAH IALAH MELAHIRKAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA DAN TANAH AIR DI KALANGAN SETIAP RAKYAT. TUGAS INI ADALAH RINGAN SEKIRANYA NEGARA TERSEBUT HANYA TERDIRI DARIPADA SATU KAUM YANG MEMPUNYAI AGAMA DAN KEBUDAYAAN YANG SAMA.

NAMUN HAL INI BERLAINAN SEKALI DENGAN APA YANG TERDAPAT DI MADINAH. DI MADINAH TERDAPAT TIDAK KURANG DARIPADA 12 KABILAH YANG BUKAN ISLAM YANG PADA ASALNYA MENJADI MUSUH KETAT ISLAM. DENGAN KEBIJAKSANAAN NABI MUHAMMAD SAW MELALUI DASAR2 YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ISLAM, BAGINDA SAW TELAH BERJAYA MENYATUPADUKAN KABILAH2 TERSEBUT DI BAWAH PENTADBIRAN NEGARA ISLAM. LEBIH DARIPADA ITU SEMUA RAKYAT TELAH SANGGUP UNTUK HIDUP DENGAN RUKUN DAN DAMAI YANG MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN NEGARA DARIPADA SEBARANG ANCAMAN. ORANG ISLAM DAN YAHUDI SAMA2 MEMATUHI PERJANJIAN YANG TELAH DIPERSETUJUI BERSAMA MELALUI PIAGAM MADINAH. INILAH PERTAMA KALI DALAM SEJARAH DUNIA SEBUAH NEGARA YANG MEMPUNYAI BERBILANG KAUM DAN AGAMA TELAH MEWUJUDKAN PERATURAN BERBILANG KAUM DAN AGAMA TELAH MEWUJUDKAN PERATURAN YANG MEMBOLEHKAN SEMUA PIHAK MEMPEROLEH HAK YANG SAMA SEBAGAI WARGANEGARA.

2. MENGADAKAN PERJANJIAN DENGAN ORANG BUKAN ISLAM.

PERJANJIAN INI DILAKUKAN KERANA DI MADINAH PADA WAKTU ITU TERDAPAT JUGA KALANGAN BUKAN ISLAM SEPERTI GOLONGAN YAHUDI DAN GOLONGAN MENORITI YANG LAIN DI SAMPING KEDUDUKAN KAUM MUSLIMIN SEBAGAI GOLONGAN MAJORITI.

UNTUK MENCIPTAKAN SUATU MASYARAKAT YANG HARMONI DAN NEGARA YANG STABIL, NABI MUHAMMAD SAW MENGGARISKAN HAK2 DAN KEWAJIPAN GOLONGAN INI. GOLONGAN YAHUDI DIBERIKAN PERSAMAAN HAK DENGAN KAUM MUSLIMIN DALAM MENGGUNAKAN KEMUDAHAN2 AWAM DAN HAK2 YANG LAIN SEBAGAI WARGANEGARA DI SAMPING MENGGALAKKAN MEREKA MEMELUK AGAMA ISLAM. DI SAMPING ITU ORANG BUKAN ISLAM BERKEWAJIPAN MEMENUHI TUGAS2 MEREKA TERHADAP NEGARA SEPERTI BERSAMA DENGAN KAUM MUSLIMIN MENANGKIS SERANGAN MUSUH, MEMBERIKAN SOKONGAN KEBENDAAN DAN MORAL UNTUK KEPENTINGAN NEGARA DAN MENJAGA KERUKUNAN HIDUP BERSAMA SEBAGAI WARGANEGARA. SEBAGAI IMBUHAN DARIPADA PERKHIDMATAN MEREKA TERHADAP NEGARA MAKA MEREKA BERHAK PULA MENDAPAT KEMUDAHAN2 DAN KEBEBASAN MENGAMALKAN AJARAN AGAMA MEREKA SELAMA TIDAK MENGGANGU KESELAMATAN UMUM DAN MASYARAKAT ISLAM.

PERKARA PENTING YANG DIUSAHAKAN WUJUD DALAM MASYARAKAT ISLAM MADINAH IALAH KEADILAN SOSIAL. TUJUANNYA IALAH SUPAYA MASYARAKAT MENJADI KUAT DAN BERSATU PADU. BAGI MAKSUD TERSEBUT NABI MUHAMMAD SAW MENGGARISKAN BEBERAPA PRINSIP PENTING IAITU:

1. PERSAMAAN KEDUDUKAN MANUSIA.
2. PEMBAHAGIAN YANG WAJAR DALAM HARTA BENDA DAN KEMUDAHAN2.

DALAM MASALAH PERTAMA, ISLAM TELAH MENGGARISKAN BAHAWA MANUSIA SELURUHNYA ADALAH SAMA. MEREKA MEMPUNYAI HAK DAN KEWAJIPAN YANG SAMA SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT. TIADA PERBEZAAN DI KALAANGAN MEREKA DISEBABKAN OLEH BANGSA, BAHASA, DAERAH, WARNA KULIT DAN SEBAGAINYA. APA YANG MENJADI PENGUKURAN TERHADAP DIRI SESEORANG ADALAH NILAI TAQWANYA KEPADA ALLAH SWT. PRINSIP PERSAMAAN INILAH YANG MENDORONG TERSEMAINYA BIBIT2 PERSAUDARAAN ISLAM YANG TULEN DAN KERUKUNAN HIDUP DALAM MASYARAKAT SEBAGAIMANA YANG DAPAT DISAKSIKAN DALAM SEJARAH KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI MADINAH.

3. IKATAN PERDAMAIAN

AJARAN ISLAM AMAT MENCINTAI KEDAMAIAN. OLEH ITU SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM SEJAK ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, LANDASAN PERJUANGAN ISLAM ADALAH UNTUK MEWUJUDKAN KESEJAHTERAN UMAT SEJAGAT. ISLAM TETAP MENGHORMATI HAK2 ASASI MANUSIA TANPA MEMBEZA-BEZAKAN SOAL KEPERCAYAAN DAN AGAMA. GOLONGAN YAHUDI DI KOTA MADINAH MERASAI TIDAK SENANG HATI DENGAN KEDATANGAN NABI MUHAMMAD SAW DAN MUHAJIRIN KE TEMPAT MEREKA (MADINAH) YANG DIANGGAP MENGANCAM KEDUDUKAN MEREKA. KEADAAN YANG SEDEMIKIAN SEKIRANYA TIDAK DIATASI AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF TERHADAP KEDUDUKAN UMAT ISLAM. DALAM HAL INI, SUATU DOKUMEN PERRJANJIAN PERDAMAIAN TELAH DIMETERAIKAN ANTARA BAGINDA SAW SEBAGAI PIHAK UMAT ISLAM DENGAN KETUA KAUM YAHUDI DI MADINAH.

PERJANJIAN YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW ITU ADALAH BAGI MENERANGKAN BEBERAPA PRINSIP ISLAM TERHADAP ORANG YAHUDI ATAU MUSYRIKIN DI MANA ISLAM TETAP MENGHORMATI HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN TIDAK AKAN MEMUSUHI MEREKA SELAMA MANA MEREKA TIDAK MENCEROBOHI ISLAM . SELARAS DENGAN PERINTAH ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:

"ALLAH SWT MELARANG KAMU DARIPADA BERBUAT BAIK DAN BERLAKU ADIL KEPADA ORANG YANG TIDAK MEMERANGI KAMU KERANA AGAMA (KAMU) DAN TIDAK MENGELUARKAN KAMU DARI KAMPUNG HALAMAN KAMU, SESUNGGUHNYA ALLAH SWT HANYA MELARANG KAMU DARIPADA MENJADIKAN TEMAN RAPAT ORANG YANG MEMERANGI KAMU KERANA AGAMA (KAMU) DAN MENGELUARKAN KAMU DARI KAMPUNG HALAMAN KAMU, SERTA MEMBANTU (ORANG LAIN) UNTUK MENGUSIR KAMU, DAN ( INGATLAH) SESIAPA YANG MENJADIKAN MEREKA TEMAN RAPAT, MAKA MEREKA ITULAH ORANG YANG ZALIM. (SURAH AL-MUMTAHANAH : 8-9)

4. MENGUKUHKAN EKONIMI

SESUATU UMAT YANG KUAT ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN EKONOMI YANG MEREKA MILIKI. MENYEDARI HAKIKAT INI, NABI MUHAMMAD SAW TELAH BERUSAHA MEWUJUDKAN KEADAAN POLITIK DAN MASYARAKAT YANG STABIL DAN AMAN DAMAI YANG DAPAT MEMBERI LALUAN YANG MUDAH KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA.

DENGAN INI, WARGANEGARA ISLAM DAN BUKAN ISLAM TELAH DAPAT MENIKMATI PERTUMBUHAN EKONOMI YANG MEMBERANGSANGKAN . PADA MASA INILAH BERMULANYA SISTEM EKONOMI ISLAM YANG MENJADI IKUTAN KEPADA UMAT ISLAM.

5. MEMBENTUK MASYARAKAT BERILMU

ILMU ADALAH PENTING DENGAN MENGUKUHKAN KEDUDUKAN SESEBUAH NEGARA. DALAM HAL INI PELBAGAI USAHA TELAH DIJALANKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW BAGI MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN BAGI ORANG ISLAM. NABI MUHAMMAD SAW PERNAH MEWUJUDKAN SATU PERATURAN IAITU TAWANAN2 PERANG BADAR TIDAK DIKENA HUKUMAN MEMBAYAR WANG TEBUSAN UNTUK MEMBEBASKAN DIRI. SEBALIKNYA MEREKA TELAH DITUGASKAN UNTUK MENGAJAR KANAK2 ISLAM MEMBACA DAN MENULIS SEHINGGA MEREKA ITU PANDAI. BAGI SEORANG TAWANAN DITUGASKAN MENGAJAR 10 ORANG KANAK2 ISLAM. TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW INI MENUNJUKKAN BAHAWA MEMENTINGKAN ILMU PENGETAHUAN LEBIH DARIPADA WANG TEBUSAN YANG SEPATUTNYA DIPEROLEHI. PENILAIAN TINGGI YANG DITUNJUKKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW KE ATAS ILMU PENGETAHUAN INI TELAH MELAHIRKAN TRADISI CINTAKAN ILMU PENGETAHUAN DI KALANGAN UMAT ISLAM DAN INI BERSESUAIAN DENGAN SABDA NABI MUHAMMAD SAW MAKSUDNYA:

"MENUNTUT ILMU ITU ADALAH WAJIB( FARDU) KE ATAS TIAP2 ORANG ISLAM".

INI TELAH MEMBUKA SATU LEMBARAN BARU DALAM SEJARAH TAMADUN MANUSIA DI MANA ILMU PENGETAHUAN TIDAK LAGI MENJADI MONOPOLI KAUM ELIT SAHAJA TETAPI DIMILIKI OLEH SEMUA ORANG.




BERSAMBUNG...........1Photobucket

No comments:

Post a Comment