CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

PENGERTIAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH




Photobucket



MANUSIA IALAH MAKHLUK ALLAH SWT YANG DIJADIKAN SEELOK-ELOK KEJADIAN DAN DILENGKAPKAN DENGAN AKAL FIKIRAN, IAITU TUGAS MEMBINA DAN MEMAKMURKAN BUMI ALLAH SWT MENGGUNAKAN NIKMAT ALLAH SWT UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN, KEAMANAN, KESEJAHTERAAN, KEBAIKAN, DAN KEAMANAN MENCEGAH DARIPADA BERLAKU KEROSAKAN, KEKEJIAN, KEBINASAAN TERHADAP ALAM CIPTAAN ALLAH SWT.

OLEH ITU, TUJUAN SETIAP MUSLIM IALAH BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT. SATU DARIPADA IBADAT YANG DITUGASKAN KEPADA KITA IALAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR, TUGAS INI WAJIB KE ATAS SETIAP BAHU ORANG ISLAM DALAM TUJUAN MELAKSANAKAN AMANAH ALLAH SWT.

OLEH ITU SETIAP HAMBA ALLAH SWT DI ATAS MUKA BUMI INI MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI PELAKSANAAN AMANAH ALLAH SWT DENGAN MENYURUH MENGERJAKAN KEBAIKAN DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.

PERKATAAN KHALIFAH DIHURAIKAN OLEH ULAMA DENGAN MAKNA MENGGANTI NABI MUHAMMAD SAW, SELEPAS WAFATNYA DALAM MEMELIHARA AGAMA DAN MENTADBIR DUNIA DENGANNYA (DENGAN AGAMA).

KHALIFAH ALLAH SWT YANG DIMAKSUDKAN IALAH MANUSIA DICIPTAKAN UNTUK MENJADIKAN PEMERINTAH UNTUK MEMAKMURKAN BUMI ALLAH SWT DAN MEMBENTUK MASYARAKAT MANUSIA YANG DIREDHAI.

DALAM HUBUNGAN INI USTAZ ABDUL HADI AWANG DALAM KERTAS KERJANYA (KONSEP DAN MATLAMAT NEGARA ISLAM) MENULIS DARIPADA PENGERTIAN DI ATAS BAHAWA KITA MENDAPATI DUA PERKARA PENTING DALAM TUJUAN KEJADIAN MANUSIA :

1, MENJAGA AGAMA
2, MENTADBIR DUNIA

MENJAGA AGAMA DENGAN MELAKSANAKAN DUA PERKARA :
A) MENEGAKKAN ISLAM, DENGAN MENYATAKAN KEPADA MANUSIA SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW DAN PARA SAHABAT DENGAN MENYATAKAN APA ITU ISLAM KEPADA SELURUH MANUSIA DAN MEMBUKTIKAN KEBAIKAN AJARAN SERTA HUKUMNYA DI SAMPING MEMPERTAHANKAN DARIPADA MUSUH.

B) MELAKSANAKAN ISLAM, IAITU DENGAN MENGAMALKAN PERINTAH-NYA DAN MENINGGALKAN LARANGAN-NYA SERTA MENGAJAK MANUSIA KEPADA MELAKSANAKAN PERINTAH AGAMA DAN BERTINDAK KEPADA SESIAPA YANG TIDAK MELAKUKANNYA, DI SAMPING MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN KEJAHATAN.

MENTADBIR DUNIA DENGAN AGAMA IALAH MENGHAYATI BAHAWA URUSAN DUNIA ITU TERMASUK DALAM URUSAN AGAMA IAITU DIA MESTILAH DIPATUHI KEPADA PERINTAH AGAMA.

MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH SWT BOLEH DILANTIK UNTUK MEMEGANG JAWATAN KHALIFAH ALLAH SWT DAN PERLANTIKAN ITU ADALAH KERANA KELAYAKAN MANUSIA UNTUK MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT. ANTARA KELAYAKAN TERSEBUT IALAH ANTARA HAMBANYA MAKA MANUSIALAH YANG PALING HAMPIR KEPADA ALLAH SWT.

SEBAGAI HAKIKAT, HAMBA DAN KHALIFAHNYA MAKA MANUSIA TIDAK BERHAK MENCIPTA APA YANG TIDAK DIIZINKAN-NYA SEBALIKNYA MANUSIA HANYALAH MENERIMA, MENYAMPAIKAN DAN MELAKSANAKAN APA YANG TELAH TERMAKTUB DAN TERTULIS ; FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :

"ALLAH SWT MENERANGKAN KEPADA KAMU, ANTARA PERKARA2 AGAMA YANG DIA TETAPKAN HUKUMNYA, APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN KEPADA NUH, DAN JUGA TELAH KAMI (ALLAH ) WAHIKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) DAN JUGA YANG TELAH KAMI PERINTAHKAN KEPADA IBRAHIM, MUSA DAN ISA IAITU TEGAKKAN PENDIRIAN AGAMA DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH-BELAH ATAU BERSELISIH PADA DASARNYA." (SURAH ASY-SYURA : 13)

TERKANDUNG DALAM PENGERTIAN KHALIFAH IALAH MENGUSAI DAN MEMERINTAH ATAUPUN MEMPUNYAI SIFAT AS-SIYADAH (KETUHANAN), SIFAT INI DIAKUI OLEH ALLAH SWT DALAM AL-QURAN. SEBAGAI KHALIFAH, MANUSIA DIBERIKAN MANDAT OLEH ALLAH SWT SEPERTI YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN UNTUK MENJADIKAN (TUAN) KE ATAS SEGALA MAKHLUK DAN SEGALA CIPTAAN DI ATAS MUKA BUMI INI. TETAPI SIFAT INI BUKAN MANJADI SIFAT YANG ISTIMEWA DAN ASASI DALAM TUGAS KHALIFAH TERSEBUT TETAPI HANYA SEBAGAI ALAT ATAU JALAN KEPADA MANUSIA UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS KHALIFAH TERSEBUT.

ABDUL KADIR 'AUDAH MENYATAKAN PERLANTIKAN UMAT MANUSIA MENJADI KHALIFAH DAN PEMERINTAHAN DI BUMI INI ADA DUA BENTUK DAN CORAKNYA ,IAITU BENTUK UMUM DAN BENTUK KHUSUS.

1. MENTADBIR DUNIA DENGAN BENTUK UMUM - ERTINYA PERLANTIKAN UMAT MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DI BUMI DENGAN ANGGAPAN DAN PANDANGAN BAHAWA MEREKA ADALAH PEMERINTAH YANG MENJALANKAN KERJA MEMAKMURKAN BUMI INI DAN JUGA MENJALANKAN KEKUASAAN MEMERINTAH DALAMNYA.

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:

"DIALAH YANG MENJADIKAN KAMU DARIPADA BAHAN2 BUMI, SERTA MENGHENDAKI MANUSIA MEMAKMURKANNYA." (SURAH HUD :61)

2. MENTADBIR DUNIA DALAM DUA BENTUK KHUSUS
A)MENJADI KHALIFAH UNTUK MEMERINTAH NEGARA DAN MENJADI KHALIFAH UNTUK MEMERINTAH INDIVIDU.
B) MENJADI KHALIFAH DI BIDANG POLITIK DAN PEMERINTAHAN . DALAM KEDUA-DUA BENTUK DI ATAS, ADALAH SUATU ANUGERAH ALLAH SWT KEPADA SESIAPA YANG DIIZIN DAN DIPERKENANKAN-NYA DARIPADA KALANGAN PARA HAMBA-NYA , BAIK DALAM BENTUK BANGSA, ATAU INDIVIDU SETELAH ALLAH SWT KURNIAKAN KEPADA MEREKA NIKMAT MENJADI KHALIFAH DI BUMI.

FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:

"DAN KAMI HENDAK BERIHSAN DENGAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN KEPADA KAUM YANG TERTINDAS DI NEGERI ITU, DAN HENDAK MENJADIKAN MEREKA PEMIMPIN2 SERTA HENDAK MANJADIKAN MEREKA ORANG YANG MEWARISI." (SURAH AL-QASAS : 5)

FIRMAN ALLAH SWT LAGI BERMAKSUD :

"DAN KAMI JADIKAN DARIPADA KALANGAN MEREKA BEBERAPA PEMIMPIN YANG MEMBIMBING KAUM MASING2 KEPADA HUKUM AGAMA KAMI, SELAMA MEREKA BERSIKAP SABAR (DALAM MENJALANKAN TUGAS ITU) SERTA MEREKA TETAP YAKIN AKAN AYAT2 KETERANGAN KAMI." (SURAH AS-SAJADAH : 24)

MENJADI KHALIFAH DALAM BENTUK MEMERINTAH NEGARA MEMBERI PENGERTIAN YANG PERTAMA SEKALI BAHAWA NEGARA ITU MESTILAH MERDEKA DAN BERDAULAT, BEBAS DARIPADA SEBARANG PENJAJAHAN DAN PENINDASAN KUASA ASING SERTA MEMPUNYAI KEKUASAAN DAN KEDAULATAN UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN DAN MENINGGIKAN TARAFNYA.

DARI SINI, JELASLAH DARIPADA APA YANG TELAH DITEGASKAN BAHAWA BUKANNYA SETIAP HAMBA ALLAH SWT ITU DENGAN SENDIRINYA ATAU SEMESTINYA MENJADI KHALIFAH, WALAUPUN MANUSIA ITU PADA HAKIKATNYA HAMBA, TETAPI OLEH KERANA DIA TIDAK MELAKSANAKAN KONSEP PENGABDIAN KEPADA ALLAH SWT DALAM HIDUPNYA MAKA DENGAN SENDIRINYA DIA BUKAN KHALIFAH ALLAH SWT . JADI MANUSIA YANG LAYAK DAN BERHAK MENJADI KHLIFAH ALLAH SWT IALAH MANUSIA YANG MENERIMA DAN MENGAKUI KEHAMBAAN DIRINYA DAN MELAKSANAKAN KONSEP PENGABDIAN, IAITU PENYERAHAN DIRI KEPADA ALLAH SWT.

Photobucket







No comments:

Post a Comment