CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

TAFAKUR(BERFIKIR) KEJADIAN ALAM, DIRI MENTAPKAN IMAN


HIDUP INI ADALAH PERJALANAN YG SENGAJA DIRAHSIAKAN HIKMAH UNTUK MANUSIA BERUSAHA DAN MENCARI MAKNANYA. BAGI MEREKA YG BERFIKIR, KEHIDUPAN TIDAK AKAN DIPERSIAKAN, SEBALIKNYA DIMANFAATKANN SEBAIKNYA DEMI KEBAHAGIAAN DUNIA SERTA AKHIRAT.

BERFIKIR ATAU TAFAKUR ADALAH SENAMAN UNTUK MENGAKTIFKAN AKAL FIKIRAN DIKURNIAKAN ALLAH SWT KEPADA MANUSIA SUPAYA APA YANG DILIHAT SERTA INGIN DILAKUKAN TIDAK MENYIMPANG DARIPADA SYARIAT.

AL - HASAN PERNAH BERKATA:" BICARA YG TIDAK MENGANDUNGI HIKMAH ADALAH TIDAK BERGUNA. DIAM TIDAK BERFIKIR ADALAH KELALAIAN. LIHAT YG TIDAK MEMBUAHKNA PELAJARAN ADALAH PERMAINAN BELAKA."

TAFAKUR, BERFIKIR ATAU MERENUNG KEJADIAN ALAM MEMBUAHKAN PELAJARAN SERTA BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT SEKALI GUS MENJURUS DAN MENGARAH KEPADA TUJUAN YG BERGUNA.

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:" SESUNGGUHNYA KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DAN PERSELISIHAN MALAM DAN SIANG ITU ADA BEBERAPA BUKTI BAGI ORANG YG MEMPUNYAI FIKIRAN. MEREKA MENGINGATI ALLAH SAMBIL BERDIRI, DUDUK ATAU BERBARING DAN MEMIKIRKAN KEJADIAN LANGIT DAN BUMI SERAYA BERKATA: " HAI TUHAN KAMI! TIDAKLAH ENGKAU JADIKAN SEMUA INI DENGAN SIA2. MAHA SUCI ENGKAU! KERANA ITU PELIHARALAH KAMI DARIPADA SEKSA API NERAKA". (SURAH ALI-IMRAN :190-191

PERNAH DI RIWAYATKAN, NABI SAW MENANGIS DAN APABILA DITANYA MENGAPA, LALU DIJAWAB RASULULLAH SAW BAHAWA PADA MALAM ITU DITURUNKAN AYAT DARIPADA SURAH ALI-IMRAN BERMAKSUD:" CELAKALAH BAGI ORANG YG MEMBACA AYAT KEJADIAN LANGIT DAN BUMI DENGAN TIDAK MEMIKIRKANNYA".

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:.."MAKA TIDAKKAH MEREKA MAHU MELIHAT KEPADA UNTA BAGAIMANA DIJADIKAN? DAN MELIHAT KEPADA LANGIT BAGAIMANA DITINGGIKAN? DAN MELIHAT KEPADA GUNUNG BAGAIMANA DITEGAKKAN? DAN MELIHAT KEPADA BUMI BAGAIMANA DIHAMPARKAN? MAKA INGATKANLAH, KERANA ENGKAU ITU HANYA SEORANG PENGINGAT". (SURAH AL-GHASYIAH: 17-21)

KEKUASAAN ALLAH SWT TERUKIR DAN TERLUKIS PADA ALAM. RAHMAT DAN KASIH SAYANG-NYA ADA PADA SETIAP DETIK KEHIDUPAN. DEMIKIAN SEBAHAGIAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH SWT. BETAPA INDAH DAN SEMPURNANYA SETIAP CIPTAAN ITU. AL-QURAN BANYAK MENYUNTIK DAN MENDORONG MANUSIA BERFIKIR KERANA DENGAN ITU AKAL TIDAK DIBEKUKAN OLEH RUTIN DAN KESIBUKAN, MALAH MEMANTAPKAN IMAN SERTA MENJANA KESEMPURNAAN..

BAGAIMANA PUN, BERFIKIR BIAR PADA BATAS DIBENARKAN ATAU YG SANGGUP DIJANGKAU AKAL BUKAN SEPERTI DIINGATKAN RASULULLAH SAW DALAM SABDA BERMAKSUD:" BERFIKIRLAH PADA TANDA KEKUASAAN ALLAH, DAN JANGAN KAMU BERFIKIR MENGENAI ZAT ALLAH KERANA KAMU TIDAK AKAN DAPAT MENGUKUR BATASNYA".

SUATU HARI NABI SAW MENGHAMPIRI KAUMNYA YG SEDANG BERTAFAKUR. NABI SAW BERTANYA:" MENGAPA KAMU DIAM SAJA? MEREKA MENJAWAB:" KAMI SEDANG BERTAFAKUR MENGENAI MAKHLUK ALLAH. NABI BERKATA; JIKA DEMIKIAN, LAKUKANLAH. FIKIRKAN MENGENAI MAKHLUK ALLAH DAN JANGAN FIKIRKAN MENGENAI ALLAH".

DALAM AL-QURAN , ALLAH BERFIRMAN YG BERMAKSUD:"DAN DI ANTARA KETERANGAN ITU, DICIPTAKANNYA KAMU DARIPADA TANAH KEMUDIAN ITU LIHATLAH, KAMU MENJADI MANUSIA YG BERTEBARAN". (SURAH AL-RUM: 20)

DEMIKIAN BIJAKSANA ALLAH SWT YG MAHA PENCIPTA MENGATUR SEMUA ITU UNTUK MANUSIA. NAMUN, BERAPA RAMAI MANUSIA BERFIKIR MENGENAI PENCIPTAAN ITU. BULAN DAN MATAHARI BOLEH BERPADU WALAU TIDAK BERSATU; BEGITU JUGA SIANG DAN MALAM SALING BERTUKAR TIDAK PERNAH BERCAKARAN.

BINTANG BERKELIPAN INDAH TIDAK PERNAH MEMBANTAH. MALAH SEMUA ITU TIDAK PERNAH BERTELAGAH APA LAGI MENDERHAKA MEMINTA KEDUDUKAN DAN KUASA. TETAPI MANUSIA YG BERTEBARAN BERTERABUR DENGAN PERBALAHAN DAN PERMUSUHAN.

TAFAKUR ITU CERMIN KACA YG MEMPERLIHATKAN PADAMU KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MU". JUSTERU, PEGEMBARAAN DALAM TAFAKUR BUKAN SEKADAR MEMPERLIHATKAN KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TETAPI MELAHIRKAN KENIKMATAN SERTA KETENANGAN, MENEMUKAN HIKMAH DAN MAKRIFAH, MENGARAH PEMANTAPAN IMAN, PEMBERSIHAN JIWA, MEMPERBANYAK AMAL SOLEH.

No comments:

Post a Comment