Category: Life
QURBAN MENDEKATKAN DIRI PADA YANG MAHA ESA
SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG.
SEGALA PUJIAN HANYA PADA ALLAH SWT TUHAN SEGALA MAKHLUK DI ALAM RAYA INI, YANG MAHA PENCIPTA YANG MENGATUR SEGALA KEJADIAN DI ANTARA LANGIT DAN BUMI SERTA DI ANGKASA RAYA , SEGALA YANG GAIB DAN YANG NYATA. YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA ISINYA DAN YANG MENGUTUSKAN PARA NABI DAN RASUL SEBAGAI PENYAMPAI BERITA GEMBIRA, PERINGATAN, PANDUAN, PEMBIMBING JALAN YANG MEMBAWA SINAR ILAHI.
SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI KESAYANGAN KITA YANG MAKSUM SERTA BERSIFAT ULUL-AZMI, BUAT KELUARGANYA , PARA SAHABAT DAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGIKUT JEJAKNYA...
MAHA SUCI ALLAH YANG MENJADIKAN SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI HATI NURANI DAN AKAL DENGAN SEGALA SIFAT-SIFAT AMAT SEMPURNA. KASIHSAYANG-NYA YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MEMAHAMI.
BERQURBAN SEMATA-MATA INGIN MENDEKATKAN HATI DAN DIRI PADA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHSAYANG DAN MAHA PEMURAH.
SEJAK DI ZAMAN NABI ADAM LAGI IBADAT QURBAN TELAH DILAKSANAKAN. APABILA ALLAH SWT MEMERINTAHKAN IBADAT QURBAN ANTARA HABIL DAN QABIL . KEPADA QURBAN YANG DITERIMA ALLAH, AKAN LAYAK DIKAHWINKAN DENGAN KEMBAR QABIL YANG LEBIH CANTIK DARI KEMBAR HABIL.
HANYA IBADAT QURBAN HABIL DITERIMA KERANA KEIKHLASANYA KERANA ALLAH ATAS DASAR IMAN DAN TAQWA. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SETIAP HATI DAN NIAT HAMBA-HAMBANYA.
FIRMAN ALLAH SWT :
"DAN BACALAH (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA MEREKA KISAH DUA ANAK ADAM (HABIL DAN QABIL) YANG BERLAKU KETIKA MEREKA MEMPERSEMBAHKAN QURBAN. LALU DITERIMA QURBAN SEORANG DARIPADANYA (HABIL) DAN DITOLAK QURBAN LAIN (QABIL) , BERKATALAH QABIL, 'SESUNGGUHNYA AKU AKAN MEMBUNUHMU! ' JAWAB HABIL,' HANYA ALLAH MENERIMA QURBAN DARIPADA ORANG YANG BERTAQWA'.. ( SURAH AL-MAIDAH : AYAT 27)
BERGITU JUGA DENGAN KESAH NABI ALLAH IBRAHIM, YANG BERMIMPI PADA MALAM 8 ZULHIJJAH , ALLAH MEMERINTAHKAN AGAR DISEMBELIH ANAKNYA NABI ISMAIL AS. NABI IBRAHIM MERASA RAGU SAMAADA MIMPI ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT ATAU DARI SYAITAN LAKNAT TULLAH. PADA MALAM 9 ZULHIJJAH, NABI IBRAHIM BERMIMPI LAGI, MENGERTILAH NABI IBRAHIM BAHAWA MIMPI ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT.
(9 ZULHIJJAH DI NAMAI 'HARI ARAFAH' DI MANA PARA JEMAAH YANG MELAKUKAN IBADAT HAJI BERKUMPUL DI PADANG ARAFAH, ITULAH ACARA KEMUNCAK BAGI PARA JEMAAH.)
color=cc33cc size=4>MAKA PADA WAKTU DUHA 10 ZULHIJJAH, NABI IBRAHIM MENYEMPURNAKAN IBADAT QURBAN DENGAN TAAT DAN KEIMANAN. ITULAH DUGAAN YANG HEBAT TETAPI ALLAH TAHU KEIKHLASAN YANG DILAKUKAN, MAKA ALLAH MENGANTIKAN NABI ISMAIL DENGAN KIBAS. ITULAH PENGORBANAN YANG DITANGGUNG OLEH NABI IBRAHIM.
KATA ASH SHAWI " HIKMAH ALLAH MENYURUH IBRAHIM MEMYEMBELIH ANAKNYA, KERANA ALLAH TELAH MENJADIKAN NABI IBRAHIM , KEKASIH-NYA DAN NABI IBRAHIM PUN TELAH MENCINTAI ALLAH LEBIH DARI YANG LAIN. AKAN TETAPI SETELAH NABI IBRAHIM MEMPEROLEHI ANAK, MASUKLAH KE DALAM HATINYA RASA CINTA KEPADA ANAKNYA. UNTUK MENGETAHUI MANA YANG LEBIH DICINTAI OLEH NABI IBRAHIM, ALLAH ATAU ANAKNYA NABI ISMAIL, MAKA ALLAH MEMERINTAHKAN KEPADA NABI IBRAHIM AGAR MENYEMBELIH ANAKNYA. MAKA DENGAN RELA HATI, NABI IBRAHIM MENJALANKAN PERINTAH YANG SANGAT BERAT ITU DAN DENGAN DEMIKIAN NYATALAH BAHAWA NABI IBRAHIM LEBIH MENCINTAI ALLAH SWT.
FIRMAN ALLAH SWT ,:
"WAHAI TUHANKU! KURNIAKANLAH KEPADAKU ANAK YANG TERHITUNG DARIPADA ORANG YANG SOLEH! LALU KAMI BERIKAN KEPADANYA BERITA YANG MENGEMBIRAKAN, BAHAWA DIA AKAN BEROLEH SEORANG ANAK YANG PENYABAR. MAKA KETIKA ANAKNYA ITU SAMPAI ( KE PERINGKAT UMUR YANG MEMBOLEHKAN DIA) BERUSAHA BERSAMA-SAMA DENGANNYA, NABI IBRAHIM BERKATA: WAHAI ANAK KESAYANGANKU! SESUNGGUHNYA AKU MELIHAT DALAM MIMPI BAHAWA AKU AKAN MENYEMBELIHMU, MAKA FIKIRKANLAH APA PENDAPATMU?
ANAKNYA MENJAWAB: WAHAI AYAH, JALANKANLAH APA YANG DIPERINTAHKAN KEPADAMU: INSYAALLAH, AYAH AKAN MENDAPATI AKU DARI ORANG YANG SABAR.
"SETELAH KEDUA-DUANYA BERSERAH (MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH SWT) DAN NABI IBRAHIM MEREBAHKAN ANAKNYA DENGAN MELETAKKAN IRINGAN MUKANYA DI ATAS TOMPOK TANAH, (KAMI SIFATKAN IBRAHIM DENGAN KESUNGGUHAN AZAMNYA ITU, TELAH MENJALANKAN PERINTAH KAMI). SERTA KAMI MENYERUNYA: WAHAI IBRAHIM! ENGKAU SUDAH MENYEMPURNAKAN MAKSUD MIMPI YANG ENGKAU LIHAT ITU.
"DEMIKIANLAH SEBENARNYA KAMI MEMBALAS ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN. SESUNGGUHNYA PERINTAH INI ADALAH SATU UJIAN YANG NYATA. DAN KAMI TEBUS ANAKNYA ITU DENGAN SEEKOR BINATANG SEMBELIHAN YANG BESAR. DAN KAMI KEKALKAN BAGINYA (NAMA YANG HARUM) DALAM KALANGAN ORANG YANG DATANG KEMUDIAN. SALAM SEJAHTERA KEPADA NABI IBRAHIM! DEMIKIANLAH KAMI BALAS ORANG YANG BERUSAHA MENGERJAKAN KEBAIKAN". (SURAH AS-SAFAT : AYAT 100-110)
BEGITULAH JUGA DENGAN KITA, AGAR MENCINTAI ALLAH SWT LEBIH DARI SEGALA-GALA YANG LAIN. INGATLAH KITA SIAPA YANG MENJADIKAN KITA SEMUA MAKHLUK YANG BERNYAWA DAN YANG TIDAK BERNYAWA INI.
SEMUANYA SEBAGAI BUKTI DAN PENGAJARAN SERTA PERINGATAN KEPADA KITA SEBAGAI IKTIBAR DALAM MENCARI KETAATAN DAN KEIMANAN YANG DIREDHAI.
SABDA RASULULLAH SAW,
"TIDAK ADA SESUATU AMALAN ANAK ADAM DI HARI NAHAR ( 10 ZULHIJJAH) , YANG LEBIH DISUKAI ALLAH, SELAIN DARI MENYEMBELIH QURBAN. QURBAN ITU DI HARI QIAMAT AKAN DATANG SEBAGAI DI HARI PENYEMBELIHANNYA, DENGAN CUKUP BULUNYA, TANDUKNYA, DAN KUKUNYA. DARAH QURBAN ITU SEBELUM JATUH KE BUMI, TERLEBIH DAHULU JATUH DI SUATU TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN ALLAH SWT. KERANA ITU, BERSENANGLAH DIRIMU DENGAN QURBAN ITU,"
"BARANG SIAPA MEMPUNYAI KELUASAN, SEHINGGA MAMPU BERQURBAN, TETAPI TIDAK MAHU BERQURBAN, JANGANLAH IA MENDEKATI TEMPAT KAMI BERSOLAT INI".
IBADAT QURBAN MERUPAKAN AMAL YANG PALING DISUKAI OLEH ALLAH SWT PADA HARI NAHAR DAN HARI-HARI TASYRIK ( 10, 11, 12, 13 ZULHIJJAH).
IBADAH YANG BESAR PAHALANYA, DAN HUKUMNYA ADALAH SUNAT MUAKKAD KHUSUSNYA KEPADA SESIAPA YANG BERKEMAMPUAN.
IA MENGHINDARI KITA DARI SIFAT TAMAK, BAKHIL, KEDEKUT DAN TAKBUR DENGAN KEKAYAAN YANG SEMUANYA DARI KURNIAAN ALLAH SWT. IA JUGA MENJADIKAN KITA DENGAN SIFAT KASIHSAYANG, BERMUAFAKAT, BEKERJASAMA, TOLONG-MENOLONG DAN HIDUP HARMONI.
QURBAN BERERTI MENYEMBELIH BINATANG TERNAKAN SEPERTI KAMBING, BEBIRI, LEMBU, KERBAU DAN UNTA
SEHINGGA KINI IBADAT QURBAN DILAKUKAN SETIAP TAHUN, BERMULA 10 ZULHIJJAH IAITU AIDILADHA PERTAMA DAN 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH.
SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL KESEMPATAN YANG TERHAD INI DI MASA ADA USIA KITA. MEMANG BANYAK LAGI CARA UNTUK KITA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT YANG MAHA ESA, DAN KENANGLAH SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAT-HIKMAT YANG TERSENDIRI DAN HEBAT YANG ALLAH CIPTAKAN KEPADA KITA UNTUK DIRI KITA SENDIRI.
BUATLAH SESUATU DENGAN NIAT DAN HAJAT YANG SEMATA-MATA INGAIN MENDAPAT KEREDHAAN DARI ALLAH YANG MAHA PENYANYANG DAN MAHA SEMPURNA.
YANG KAYA DAN SENANG BERINGAT PADA YANG MISKIN, ANAK-ANAK YATIM, MUALAF, DAN HAMBA-HAMBA. SAMA-SAMALAH KITA BERAMAL AGAR LAHIR SUASANA AMAN, DAMAI, TENTERAM, KASIHSAYANG DAN TOLONG-MENOLONG. HANYA KEBERKATAN DAN KEREDHAAN YANG KITA HARAPKAN, INSYAALLAH..
HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI DAN MAHA BIJAKSANA.
No comments:
Post a Comment