SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
SEGALA PUJIAN HANYA UNTUK-MU TUHAN SEKELIAN ALAM TUHAN YANG LAYAK DIPUJI DAN LAYAK DISEMBAH, ALLAH MAHA BESAR.
SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW, RASUL AKHIR ZAMAN, SERTA KELUARGA DAN PARA SAHABAT-SAHABAT BAGINDA YANG MENGIKUT JEJAKNYA..
ISLAM AGAMA ALLAH, PENUH KASIHSAYANG SESAMA MANUSIA DAN SEKELIAN MAKHLUK, UNTUK MENCAPAI KEDAMAIAN ALAM NYATA DAN AKHIRAT KELAK..
HARI DEMI HARI, BULAN BERGANTI BULAN, TAHUN BERGANTI TAHUN...USIA SEMAKIN MENINGKAT..MAKIN DEWASA, MAKIN MATANG DAN MAKIN TUA...
APA YANG TELAH DIUSAHKAN SEPANJANG PERJALANAN KITA INI...?? TOLEH2LAH KEBELAKANG UNTUK MENILAI APA YANG TELAH KITA HABISKAN DAN BELANJAKAN PADA USIA, HARTA DAN ILMU KITA...
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"ADAKAH KAMU MENGIRA BAHAWA KAMU AKAN MEMASUKI SYURGA, SEDANGKAN KAMU BELUM MENERIMA DUGAAN SEPERTI ORANG2 MUKMIN YANG TERDAHULU DARI KAMU? MEREKA TELAH DITIMPA MALAPETAKA DAN KESUSAHAN DAN MEREKA TELAH DIGONCANGKAN KETAKUTAN SEHINGGA RASULULLAH SAW DAN ORANG2 MUKMIN YANG ADA BERSAMANYA PERNAH BERSUNGUT BILAKAH TIBANYA PERTOLONGAN DARI ALLAH? (LALU DIJAWAB): SESUNGGUHNYA PERTOLONGAN ALLAH ITU AMAT DEKAT".
SAMA2LAH BERMUHASABAH DIRI SENDIRI.... SAYANGILAH DIRI KITA, DAN KASIHANILAH USIA KITA..
APA CITA2 DAN IMPIAN KITA SEKARANG UNTUK AKAN DATANG..??? DALAM MERIALISASIKAN IMPIAN, JANGAN LUPA BERMUHASABAH DIRI KITA, KENALILAH SIAPA DIRI KITA, KEKURANGAN PADA DIRI, INSAFILAH DIRI KITA,..
JUGA PADA TUHAN YANG PUNYA HAK KE ATAS SELURAH MAKHLUK CIPTAAN-NYA, ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA AGUNG...KENALI ALLAH , DEKATKAN DIRI PADA-NYA..
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
" WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! SEBUTLAH ALLAH DENGAN SEBUTAN YANG BANYAK. DAN BERTASBIHLAH KEPADA-NYA PAGI DAN PETANG. DIALAH YANG MENCURAHKAN RAHMAT KE ATAS KAMU DAN MALAIKAT2 -NYA (JUGA TURUT MENDOAKAN RAHMATA KE ATAS KAMU) KERANA- DIA HENDAK MENGELUARKAN KAMU DARI KEGELAPAN KEPADA NUR, DAN ALLAH ADALAH MAHA PENGASIH TERHADAP PARA MUKMIN. UCAPAN PENGHORMATAN UNTUK MEREKA PADA HARI MEREKA MENEMUI-NYA IALAH 'SELAMAT SEJAHTERA' DAN ALLAH TELAH MENYEDIAKAN UNTUK MEREKA PAHALA YANG MELIMPAH RUAH". ( SURAH AL-AHZAB : 41-44)
SERTA SIAPA KEKASIH ALLAH, INSAH TAULADAN YANG DIUTUS UNTUK MENJADI CONTAH KEPADA SEKELIAN UMAT DI MUKA BUMI INI....NABI MUHAMMAD SAW...
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD :
" SESUNGGUHNYA PADA AKHLAK RASULULLAH SAW ITU TERDAPAT CONTOH TELADAN YANG BAIK BAGI KAMU,IAITU BAGI MEREKA YANG MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH DAN KESELAMATAN PADA HARI AKHIRAT DAN BANYAK MENGINGATI ALLAH". ( SURAH AL-AHZAB )
TUNJANG UTAMA, PERLU DIPERBETULKAN ADALAH AMALAN YANG WAJIB, AQIDAH AGAR MENJADI HAMBA YANG DI BERKATI DAN DIREDHAI...
FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:
" WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DAN BERCAKAPLAH DENGAN PERCAKAPAN YANG BENAR. AGAR ALLAH MEMPERBAIKI AMALAN2 KAMU DAN MENGAMPUNKAN DOSA2 KAMU. DAN SESIAPA YANG TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA MAKA SESUNGGUHNYA DIA TELAH BERJAYA MENCAPAI KEMENANGAN YANG AMAT BESAR. SESUNGGUNYA KAMI TELAH MENAWARKAN AMANAH KAMI KEPADA LANGIT DAN BUMI DAN GUNUNG2 TETAPI MEREKA SEMUA ENGGAN MEMIKULNYA DAN TAKUT KEPADANYA DAN HANYA MANUSIA YANG SANGGUP MEMIKULNYA. SESUNGGUHNYA MANUSIA ADALAH AMAT ZALIM DAN AMAT JAHIL". ( SURAH AL-AHZAB : 70-72)
OLEH ITU, BERSIHKANLAN HATI, TAJAMKAN AKAL DAN CARILAH ILMU ILAHI...
BERSIHKAN HATI DENGAN MEMBACA AL-QURAN, SENTIASA MEMBACA, FAHAM MAKSUDNYA DAN HURAIANNYA....BARULAH KITA PEROLEHI KEBERKATAN DAN KEFAHAMAN YANG TERANG DAN NYATA....
ZIKIR MENGINGATI ALLAH AGAR HATI TIDAK LALAI DAN TIDAK LUPA, TIDAK MENJADI KOSONG, DAN SENTIASA BERHUBUNG DENGAN ALLAH, BERSOLAT ,SERTA AMALAN YANG BERTERUSAN...PERBAIKI SETIAP AMALAN.,DATANGKAN SEMUANYA DENGAN HATI YANG KHUSUK DAN HIDUP..
SABDA RASULULLAH SAW :
"FIRMAN ALLAH SWT: BARANG SIAPA YANG MENGINGATI AKU DI DALAM HATINYA NESCAYA AKU MENGINGATINYA DI DALAM DIRI-KU, DAN BARANG SIAPA YANG MENYEBUT-KU DI TENGAH KUMPULAN YANG RAMAI NESCAYA AKU MENYEBUT MEREKA DI TENGAH KUMPULAN RAMAI YANG LEBIH BAIK DARI KUMPULAN ITU". (DIKELUARKAN OLEH AL-BUKHARI)
SERTA BERSELAWATLAH KE ATAS NABI DI SETIAP KETIKA.
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA ALLAH DAN MALAIKAT2-NYA BERSELAWAT KE ATAS NABI. WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! BERSELAWATLAH KAMU KE ATAS NABI DAN UCAPAN KEPADANYA SALAM SEJAHTERA DENGAN SEBANYAK2NYA. SESUNGGUHNYA ORANG2 YANG MENYAKITI ALLAH DAN RASUL-NYA AKAN DILAKNAT ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT DAN ALLAH MENYEDIAKAN UNTUK MEREKA AZAB YANG AMAT MENGHINAKAN ". ( SURAH AL -AHZAB : 56-57)
HATI YANG BERSIH, BARULAH ILMU ALLAH AKAN MUDAH MERESAP KE DALAM JIWA, FAHAMLAH KITA SIAPA DIRI KITA SEBAGAI HAMBA-NYA...
BACALAH TANPA JEMU, CARILAH BAHAN ILMIAH DI BUKU2 AGAMA, CERAMAH2 DI RADIO, DI MASJID, KULIAH2 AGAMA,...
BELAJARLAH DENGAN GURU YANG DIPERCAYAI DAN DIKENALI RAMAI, DI MASJID SERTA YAKIN DENGAN ILMUNYA..
MEMBACA MENAMBAHKAN ILMU PENGETAHUAN, MENAJAMKAN AKAL FIKIRAN...DAPATKAN ILMU YANG MANFAAT DAN MANFAATKAN ILMU ITU AGAR TIDAK DITARIK BALIK IAITU TIDAK LUPA. NIKMAT ALLAH TERLALU BANYAK KEPADA KITA...BERSYUKURLAH...
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"DAN ORANG2 YANG DIKURNIAKAN ILMU PENGETAHUAN ITU MEMANG MENGETAHUI BAHAWA AL-QURAN YANG DITURUNKAN KEPADAMU ITU ADALAH BENAR DAN IA MEMBERI HIDAYAT KE JALAN ALLAH YANG MAHA PERKASA DAN MAHA TERPUJI".( SURAH SABA' : 6)
KAJILAH KISAH2 PARA RASUL, TENTANG KESUSAHAN DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH, KESAH2 PARA SAHABAT NABI, SYAIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ, SYAIDINA OMAR IBNU KHATTAB , SYAIDINA USMAN ABNU AFFAN DAN SYAIDINA ALI IBNU ABI TALIB, IMAN2 BESAR IAITU IMAM HANIFAH, IMAM MALIKI, IMAM ASY-SYAFIE DAN IMAM HANBALI, PEMIMPIN2 SELEPASNYA SERTA TOKOH2 ISLAM SEBAGAI TOKOH2 YANG PERLU KITA IKUTI.
FIRMAN ALLAH SAW YANG BERMAKSUD:
" DAN KAMI TIDAK MENGUTUSKAN ENGKAU MELAINKAN UNTUK UMAT MANUSIA SELURUHNYA SEBAGAI PENYAMPAI BERITA GEMBIRA DAN PENYAMPAI AMARAN , TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI". (SURAH SABA' : 28)
KENANGILAH SETIAP PENGORBANANNYA DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH DAN MEMPERJUANGKAN KALIMAH ALLAH DI BAWAH PANJI2 ALLAH.
INGATLAH KATA-KATA ALLAH INI YG BERMAKSUD:
"APAKAH MEREKA MENCARI AGAMA YANG LAIN DARI AGAMA ALLAH , SEDANGKAN SELURUH PENGHUNI LANGIT DAN BUMI TUNDUK DAN MENYERAHKAN KEPADA-NYA BAIK SUKARELA MAHUPUN SECARA TERPAKSA DAN KEPADA-NYA MEREKA SEKELIAN KEMBALI" ( AYAT AALI- IMRAN : 83)
TAK BACA MAKA TAK TAHU, TAK TAHU JADI TAK FAHAM , TAK FAHAM JADI TAK KENAL, TAK KENAL MAKA TAK CINTA.....JADI JAHILLAH KITA SELAMANYA...JAUHKANLAH YA ALLAH..!!
HATI YANG BERSIH AKAN MENDAPAT CINTA ILAHI, DARI CINTA DATANGLAH HIDAYAH ALLAH YANG MAHA HEBAT...
FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD:
"SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK DAPAT MEMBERI HIDAYAT KEPADA MEREKA YANG ENGKAU KASIHI , TETAPI ALLAHLAH YANG MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG DIKEHENDAKI-NYA." ( AYAT AL-QASAS: 56)
DATANGNYA HIDAYAH LAHIRLAH IMAN DI HATI, JIWA MENJADI TENANG , DAN CERIA..
UBATILAH HATI, HATI YANG SAKIT AKAN MERASAI BOSAN, KECEWA, BIMBANG DAN GELISAH..HATI YANG SUCI AKAN MENERIMA DUGAAN DAN UJIAN DENGAN TABAH , SENTIASA BERSYUKUR DAN BERSABAR....PASTI SETIAP DUGAAN AKAN BERLALU JUA...
DALAM MENUNTUT ILMU JANGAN DI ABAIKAN ILMU ALLAH, JANGAN TERLALU MENGEJAR ILMU DUNIA SEHINGGA LUPA PADA ALLAH..
FIRMAN ALLAH SAW YANG BERMAKSUD:
" WAHAI MANUSIA! SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU BENAR. OLEH KERANA ITU JANGANLAH KAMU DITIPUKAN KEHIDUPAN DUNIA DAN JANGANLAH KAMU DITIPUKAN SYAITAN YANG AMAT PENIPU ITU TERHADAP ALLAH." ( SURAH FAATIR: 5-6)
SETIAP PERGERAKAN INGAT PADA ALLAH, TAAT DAN PATUH SETIAP SURUHAN DAN JAUHI SETIAP LARANGAN...MELAKUKAN IBADAT DENGAN SEMPURNA DAN FAHAM ..PERBAIKI AMALAN DARI HARI KE HARI..
NAFSU TIDAK BOLEH DIBUANG, HANYA BOLAH DIKAWAL DAN DIDIDIK DENGAN IMAN.
PERBETULKAN AMALAN YANG WAJIB, DITAMBAH DENGAN AMALAN YANG SUNAT.. TANAM DI HATI , PERUBAHAN HANYA KERANA ALLAH SEMATA-MATA.
PERBAIKI DIRI DAN AMALAN , BUATLAH YANG TERBAIK MENGIKUT KEMAMPUAN KITA, USAH MEMAKSA TAKUT NANTI KITA YANG KALAH DENGAN AMALAN...
BERDOALAH SENTIASA , DOA MERUPAKAN SENJATA BAGI ORANG2 YANG BERIMAN, JANGAN PUTUS ASA..BERDOA TERUS BERDOA, YAKIN, DAN TAWAKKAL....ALLAH MAHA MENDENGARA DAN MAHA PENYANYANG..MAHA SUCI ALLAH..
BERTAUBATLAH SELALU DENGAN MELAKUKAN SOLAT2 MALAM DAN RAJIN2LAH BERPUASA SUNAT ,
TINGKATKAN ILMU , ILMU AKIRAT DIUTAMAKAN DAN DILEBIHKAN DARI ILMU DUNIA..
ILMU AKHIRAT ADALAH TUNJANG SEGALA ILMU, ITULAH POKOK UNTUK MENJADI ORANG YANG SUBUR DENGAN ILMU DAN BERIMAN. ITULAH BEKALAN YANG MEMBAWA KITA KE JALAN YANG KEKAL, JALAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI..
HATI YANG BERSIH DENGAN ILMU ILAHI AKAN MELAHIRKAN MUKMIN YANG BERKASIH SAYANG, SALING TOLONG- MENOLONG ,DAN BEKERJASAMA ....YANG BERAT SAMA DIPIKUL YANG RINGAN SAMA DIJINJING.
INGATAN ALLAH YANG BERMAKSUD :
" DAN PERPEGANGLAH KAMU SEKELIAN PADA TALI ALLAH ( AL-QURAN) DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH-BELAH. KENANGILAH NIKMAT ALLAH YANG DIKURNIAKAN KEPADA KAMU KETIKA KAMU DAHULU BERMUSUH-MUSUHAN SATU SAMA LAIN, LALU ALLAH MENJINAKKAN DI ANTARA HATI KAMU DAN JADILAH KAMU DENGAN NIKMAT-NYA ITU SEBAGAI ORANG2 BERSAUDARA, DAN KAMU TELAH BERADA DI TEPI JURANG NERAKA LALU ALLAH MENYELAMATKAN KAMU DARINYA. DEMIKIANLAH ALLAH MENJELASKAN AYAT2-NYA KEPADA KAMU SUPAYA MENDAPAT HIDAYAT". ( AALI IMRAN : 103)
BERKASIHSAYANG SESAMA UMAT, INGATLAH PADA UMAT ISLAM YANG DALAM PENDERITAAN, DALAM PENYEKSAAN, PENINDASAN, KELAPARAN... JANGAN LUPA ATAU ALPA PADA SESERONOKAN DI SINI, SEDARLAH TALI PERSAUDARAAN ISLAM WALAU KITA JAUH,...BANTULAH APA YANG BOLEH..BERJIHATLAH DENGAN WANG RINGGIT, TENAGA DAN AKAL , HATI PERASAAN KITA,...
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
" SIAPAKAH YANG SANGGUP MEMBERI PINJAMAN YANG BAIK KEPADA ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MENGGANDAKAN GANJARAN KEPADANYA DENGAN GANJARAN YANG AMAT BANYAK, DAN ALLAH LAH YANG MENYEMPIT DAN MELUASKAN REZEKI DAN KEPADA-NYA KAMU SEKELIAN DIKEMBALIKAN" .( AL-BAQARAH : 245)
SAMA2LAH BERDOA AGAR KEMENANGAN AKAN DIPEROLEHI OLEH UMAT ISLAM...BERSATULAH UNTUK MENJADI UMAT YANG KUAT , BERSATU HATI, TEGUH PENDIRIAN, ... , PERTOLONGAN ALLAH PASTI AKAN DIPEROLEHI SUATU HATI NANTI...
FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD:
"WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN! BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR2 TAQWA DAN JANGANLAH KAMU MATI MELAINKAN KAMU DALAM KEADAAN MUSLIM" . ( AALI IMRAN : 102)
KENANGLAH SETIAP KEJADIAN YANG BERLAKU DI DUNIA INI..KESAH2 DAHULU, HINGGA SEKARANG DAN AKAN DATANG ....BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH..!! KETUGUHAN IMAN ITU TUNGGAK KEJAYAAN DAN PENYATUAN...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, SELAMATKANLAH UMAT2 ISLAM DARI FITNAH DAN PENINDASAN KAUM YAHUDI...JADIKAN KAMI HAMBA-MU YANG BERIMAN , BERPEGANG TEGUH DAN PERCAYA KEPADA ALLAH, BERTAQWA, BERILMU DAN BERKASIHSAYANG SESAMA INSAN...
FIRMAN ALLAH BERMAKSUD:
"WAHAI TUHAN KAMI! CURAHKANLAH KESABARAN KE ATAS KAMI DAN KUKUHKANLAH PENDIRIAN KAMI DAN TOLONGLAH KAMI MENGALAHKAN KAUM YANG KAFIR". ( SURAH AL-BAQARAH : 250)
AMIN, AMIN YA ROBBIL ALAMIN...
PESAN BUAT DIRI SAYA, ANAK2 KAUM KELUARGA DAN SAHABAT YANG INGIN MENERIMA..
ALHAMDULILLAH..
P/S: MASIH BELUM SEMPURNA...
No comments:
Post a Comment