DARI SEGI BAHASA , HIJRAH BERMAKNA KELUAR ATAU BERPINDAH DARI SATU TEMPAT KE SATU TEMPAT ATAU DARI SATU KEADAAN KEPADA SATU KEADAAN. WALAUPUN HIJRAH BERMAKSUD KELUAR ATAU BERPINDAH NAMUN DARI SEGI PENGGUNAANNYA SECARA UMUM DALAM ISLAM , IA MERUJUK KEPADA PERPINDAHAN ATAU HIJRAH YANG DILAKUKAN OLEH BAGINDA SAW NABI MUHAMMAD SAW BERSERTA SAHABAT2 BAGINDA SAW DARI KOTA MAKKAH KE KOTA MADINAH DALAM TAHUM KE 13 SELEPAS BAGINDA SAW DIUTUS MENJADI RASUL ALLAH SWT BERSAMAAN DENGAN TAHUN 622 MASIHI. HIJRAH JUGA BERERTI PERPINDAHAN NABI MUHAMMAD SAW DARI MAKKAH KE KOTA YATHRIB YANG KEMUDIANNYA DIKENALI SEBAGAI MADINAH.
UMAT ISLAM YANG BERPINDAH DARI MAKKAH KE MADINAH BERSAMA-SAMA BAGINDA SAW DINAMAKAN MUHAJIRIN, ANSAR.
WALAUPUN PERKATAAN HIJRAH DIMAKSUDKAN DENGAN HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW BERSAMA SAHABAT DARI MAKKAH KE MADINAH, NAMUN HIJRAH PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM IALAH HIJRAH SEBILANGAN KECIL PARA SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW PADA TAHUN KE 5 SELEPAS BAGINDA SAW DIUTUS MENJADI RASUL DARI MAKKAH KE NEGERI HABSYAH. IA BOLEHLAH DISIFATKAN SEBAGAI PERINTIS JALAN BAGI HIJRAH YANG LEBIH BESAR DAN PENTING DALAM SEJARAH PERJUAANGAN UMAT ISLAM DI BAWAH PIMPINAN BAGINDA SAW IAITU HUJRAH BAGINDA SAW KE MADINAH YANG TELAH MENGUBAH CORAK PERJUANGAN UMAT ISLAM DAN MEMBERIKAN KESAN YANG BESAR BUKAN SAHAJA KEPADA UMAT ISLAM MALAHAN TERHADAP KEADAAN POLITIK DAN KEDUDUKAN NEGARA2 YANG WUJUD DI RANTAU ITU.
MANAKALA UMAT ISLAM MADINAH YANG MENYAMBUT KEDATANGAN SAUDARA2 ISLAM DARI MAKKAH DINAMAKANSEBAB2 HIJRAH
KEBANYAKAN NABI DAN RASUL YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH SAW KEPADA SESUATU KAUM BIASANYA TIDAK DIHORMATI DAN TIDAK DITERIMA OLEH KAUMNYA SENDIRI. DEMIKIANLAH JUGA YANG BERLAKU KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW. BAGINDA PADA MASA AWALNYA TIDAK DITERIMA OLEH KAUMNYA SENDIRI, IAITU KAUM QURAISY TETAPI BAGINDA SAW DITERIMA DAN DIAKUI OLAH PENDUDUK YATHRIB (MADINAH). ANTARA FAKTOR2NYA ADALAH SEPERTI BERIKUT .
1. KEHILANGAN SOKONGAN QURAISY. FAKTOR YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD SAW MENINGGALKAN MAKKAH DAN PERGI KE YATHRIB IALAH KEHILANGAN SOKONGAN DAN PERLINDUNGAN DARIPADA KAUM QURAISY. INI KERANA SETELAH BAPA SAUDARANYA KEPIMPINAN QURAISY TELAH BERPINDAH KE TANGAN ABU TALIB MENINGGAL DUNIA,ABU LAHAB YANG MENJADI MUSUH KETAT NABI MUHAMMAD SAW DAN MEMPUNYAI HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN SESETENGAH MUSUH KETAT BAGINDA SAW YANG LAIN. INI BERDASAKAN FAKTA SELEPAS NABI MUHAMMAD SAW PERGI KE TAIF DALAM TAHUN 619 ATAU 620M. BAGINDA TERPAKSA MEMINTA PERLINDUNGAN DARIPADA SUKU NAWFAL UNTUK MEMASUKI SEMULA MAKKAH. KEADAAN INI MENUNJUKKAN BAHAWA ABU LABAH ENGGAN MEMBERI PERLINDUNGAN KESELAMATAN KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.
2. JEMPUTAN PENDUDUK YATHRIB. SETELAH BEBERAPA PERCUBAAN UNTUK MENDAPATKAN TAPAK BARU BAGI HARAKAH ISLAMIAH GAGAL, NABI MUHAMMAD SAW TELAH BERTEMU DAN BERUNDING DENGAN WAKIL2 DARIPADA SUKU2 DARI YATHRIB , IAITU AUS DAN KHAZRAJ YANG DATANG BERKUNJUNG KE MAKKAH PADA MUSIM HAJI BULAN JUN TAHUN 622 M. PERTEMUAN INI BERKESUDAHAN DENGAN TERMETERAINYA PERJANJIAN AQABAH APABILA MEREKA MELAKUKAN SUMPAH SETIA DI HADAPAN NABI MUHAMMAD SAW UNTUK MELINDUNGI BAGINDA , BAHKAN JIKA TERPAKSA , MEREKA SANGGUP MENGANGKAT SENJATA BERPERANG UNTUK MENJAGA KESELAMATAN BAGINDA SAW DAN AGAMA ISLAM. SERENTAK DENGAN ITU JUGA MEREKA DENGAN JUJURNYA MENGUNDANG NABI MUHAMMAD SAW UNTUK BERHIJRAH KE YATHRIB. UNDANGAN ITU DITERIMA OLEH BAGINDA SAW.
3. PENGARUH PERIBADI NABI MUHAMMAD SAW . PENDUDUK YATHRIB MEMPELAWA BAGINDA SAW DENGAN HARAPAN MELALUI PENGARUH PERIBADI SERTA NASIHAT NABI MUHAMMAD SAW , MAKA PERANG BU'ATH YANG BERLAKU BEGITU LAMA ANTARA AUS DAN KHAZRAJ YANG HAMPIR2 MELUMPUHKAN KEHIDUPAN HARIAN DAN KEGIATAN SELURUH PENDUDUK YATHRIB ITU DAPAT DIHAPUSKAN SAMA SEKALI. OLEH ITU PERPINDAHAN NABI MUHAMMAD SAW DARI MAKKAH KE YATHRIB MEMPUNYAI DUA IMPLIKASI. DARI SEGI AGAMA, HIJRAH BERERTI MENERIMA NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NABI DAN UTUSAN ALLAH SAW , DARI SEGI POLITIK, BERMAKNA MENERIMA BAGINDA SEBAGAI HAKIM KEPADA DUA KEMPULAN YANG SALING BERTENTANGAN DI YATHRIB.
4. NABI MUHAMMAD SAW MEMERLUKAN PUSAT KEGIATAN DAKWAH YANG BARU. NABI MUHAMMAD SAW MEMERLUKAN SUATU TEMPAT YANG BARU YANG LEBIH SELAMAT BAGI MENERUSKAN DAKWAH ISLAM, KERANA USAHA BAGINDA SAW DI MAKKAH DAN TAIF SELAMA KIRA 13 TAHUN TIDAK MENDATANGKAN NATIJAH YANG MENGGALAKKAN. DALAM MENGHADAPI PENENTANGAN ORANG MAKKAH DAN ANCAMAN MEREKA YANG BERTERUSAN DAN SEMAKIN HEBAT YANG MENGANCAM NYAWA BAGINDA SAW DAN KAUM MULIMIN , BAGINDA HANYA DAPAT MENUMPUKAN DAKWAH KEPADA ROMBONGAN2 HAJI DARI YATHRIB DAN TEMPAT2 LAIN DI SEMENANJUNG TANAH ARAB SAHAJA.
5. KEMUNGKINAN DAKWAH DI TERIMA DI YATHRIB. PENDUDUK YATHRIB MENGETAHUI DARI KAUM YAHUDI (DARI AHLI KITAB) BERITA TENTANG KEBANGKITAN SESEORANG NABI YANG TERAKHIR. SEBAB ITULAH MEREKA LEBIH BERSEDIA DARI SEGI PSIKOLOGINYA UNTUK MENERIMA NABI MUHAMMAD SAW , TIDAK SEPERTI MANA PENDUDUK MAKKAH YANG TIADA SEDIKIT PENGETAHUAN PUN MENGENAI BAGINDA SAW.
6. TABIAT YANG SEDERHANA DAN LEMAH LEMBUT PENDUDUK YATHRIB. PENDUDUK YATHRIB YANG TERDIRI DARIPADA PETANI2 YANG MENDUDUKI BUMI YANG SUBUR ITU LEBIH LEMBUT DAN SEDERHAN SIIFATNYA DARIPADA PENDUDUK MAKKAH YANG MENDIAMI MUKA BUMI YANG KERING DAN BERPASIR ITU. SEBAB ITULAH PENDUDUK YATHRIB LEBIH MUDAH MENERIMA ISLAM BERBANDING DENGAN PENDUDUK MAKKAH.
7. TIADA PENENTANGAN DI YATHRIB. PENENTANGAN ORANG QURAISY, KELUARGA YANG MEMERINTAH MAKKAH DAN PENJAGA KAABAH ADALAH HEBAT SEKALI TETAPI NABI MUHAMMAD SAW DAN KAUM MUSLIMIN TIDAK MENGALAMI SEBARANG PENENTANGAN YANG DEMIKIAN DI YATHRIB.
8. TIADA GOLONGAN PADERI DAN BANGSAWAN DI YATHRIB. GOLONGAN PADERI DAN BANGSAWAN QURAISY DI MAKKAH MENENTANG KERAS KEHADIRAN AGAMA BARU (ISLAM) , KERANA MENURUT MEREKA IA BERTENTANGAN DENGAN KEPENTINGAN MEREKA, TETAPI DI YATHRIB TIDAK TERDAPAT GOLONGAN2 INI. OLEH ITU SENANGLAH BAGINDA SAW MENDAKWAHKAN ISLAM DI YATHRIB DARIPADA DI MAKKAH.
9. PERINTAH ALLAH SWT . AKHIRNYA NABI MUHAMMAD SAW TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT MELALUI SUATU WAHYU YANG MENGARAHKAN BAGINDA SAW DAN KAUM MUSLIMIN SUPAYA MENINGGALKAN MAKKAH DAN PERGI KE YATHRIB (MADINAH) BAGI MENJALANKAN DAKWAH SELANJUTNYA.
BERSAMBUNG...............4
No comments:
Post a Comment