CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

NABI MUHAMMAD SAW TELADAN INSAN SEPANJANG ZAMAN...

Photobucket


SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG TERHADAP SEGALA MAKHLUK CIPTAAN-NYA...

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH SWT YANG MAHA ESA DAN SAYA BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN-MU YANG AMAT BENAR, JUJUR, AMANAH LAGI MENYAMPAIKAN SEGALA UTUSAN-MU TERHADAP UMAT2NYA..Photobucket

SELAWAT SERTA SALAM BUAT JUNJUNGAN RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA BAGINDA SAW YANG MULIA, PARA SAHABAT YANG TAAT SETIA DALAM MEMPERJUANGKAN SYIAR ISLAM, SERTA SELURUH UMATNYA YANG MENGIKUT JEJAK2 BAGINDA SAW.Photobucket

ISLAM AGAMA KEDAMAIAN , YANG BERKASIH SAYANG, BERSATU HATI DAN AMAN LAGI SUCI..

RASULULLAH SAW ADALAH INSAN TELADAN YANG DIUTUS, DIPILIH OLEH ALLAH SWT BUAT UMAT DI MUKA BUMI INI...PENYAMPAIKAN WAHYU UNTUK MENERANGI KEGELAPAN DAN PEDOMAN UNTUK MEMBENTUK UMMAH YANG DISANJUNG TINGGI .Photobucket

KEBANGKITAN NABI MUHAMMAD SAW.

SALASILAH DAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW ( SECARA RINGKAS):

RASULULLAH SAW DILAHIRKAN PADA 12 RABIULAWAL TAHUN GAJAH. BAGINDA SAW ADALAH DARI SALASILAH YANG BAIK DAN MULIA DI KALANGAN BANGSA ARAB, KETURUNAN YANG TERHORMAT DAN TERSUCI, IAITU MUHAMMAD BIN ABDULLLAH BIN ABDUL MUTALIB BIN HASHIM BIN ABDUL MANAF BIN QUSAI BIN KILAB BIN MURRAH BIN MAAD BIN ADNAN (SEHINGGA NABI ISMAIL BIN IBRAHIM AS) .

MENGENAI HAL TERSEBUT, BAGINDA SAW TELAH BERSABDA:

"SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MEMILIH KINANAH DI KALANGAN KETURUNAN ISMAIL. DIA MEMILIH QURAISY DARIPADA KALANGAN KINANAH. DIA MEMILIH BANI HASHIM DARIPADA KALANGAN QURAISY DAN DIA MEMILIHKU DARIPADA KALANGAN BANI HASHIM. (RIWAYAT MUSLIM)

RIWAYAT IBNU ABBAS RA, SABDA RASULULLAH SAW :

"AKU IALAH MUHAMMAD BIN ABDULLLAH BIN ABDUL MUTTALIB. SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELAH MENJADIKAN MAKHLUK INI, KEMUDIAN DIA MENJADIKANNYA DUA GOLONGAN. MAKA DIA TELAH MENJADIKAN AKU GOLONGAN YANG PALING BAIK. KEMUDIAN DIA MENJADIKAN MEREKA DARIPADA BERMACAM-MACAM KABILAH, LALU DIAN MENJADIKAN MEREKA DARIPADA KALANGAN RUMAH2 YANG BANYAK, LALU DIA MENJADIKAN AKU DARI RUMAH YANG PALING BAIK DAN MENJADIKAN ORANG YANG PALING BAIK." ( TARMIZI)Photobucket

SESUNGGUHNYA PERANAN KELUARGA YANG KUAT ADALAH PENTING KEPADA DAKWAH YANG AKAN DISAMPAIKAN KEPADA MANUSIA.

PERKARA INI PERNAH DINYATAKAN OLEH NABI LUT AS KETIKA DIKEPUNG OLEH KAUMNYA.:

" SEANDAINYA AKU ADA MEMPUNYAI KEKUATAN ATAU KALAU AKU DAPAT BERLINDUNG DARI KELUARGA YANG KUAT". (SURAH HUD : 80)

SEJAK KECIL BAGINDA SAW TELAH TERPELIHARA, SEGALA KELAKUAN MENDAPAT BIMBINGAN DARI ALLAH SWT. BAGINDA SAW TIDAK MELAKUKAN PERBUATAN KEJI, TIDAK MENGIKUT TABIAT JAHILIAH. BAGINDA SAW DIKENALI SEBAGAI SEORANG YANG JUJUR, AMANAH, DAN TIDAK PERNAH BERBOHONG. DIKENALI DENGAN PANGGILAN AL-AMIN ( ORANG YANG AMANAH). BAGINDA SAW DISENANGI, SUKA MENOLONG KAUM YANG LEMAH, SUKA MENYAMPAIKAN HAJAT SESEORANG DAN MENGHORMATI TETAMU. SEJAK KECIL BAGINDA SAW HIDUP SEDERHANA DAN SUKA MENCARI REZEKI DARI TITIK PELUHNYA SENDIRI.

KETIKA BAGINDA SAW BERUMUR 25 TAHUN, BANGSA QURAISY DIKEJUTKAN DENGAH SERANGAN BANU QAIS, BAGINDA SAW TELAH MENGIKUT MEMBANTU TENTERA QURAISY DENGAN MENGAMBIL TOMBAK DAN ANAK PANAH YANG DILEMPAR OLEH MUSUH , DI LEMPARKAN KEMBALI KE ARAH MUSUH. SEJAK KECIL BAGINDA SAW TELAH MENGENAL MEDAN PERANG DAN TAKTIK PEPERANGAN. DALAM SEJARAH, PEPERANGAN TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI PEPERANGAN MARBUL FAJAR.

BAGINDA SAW TELAH MELIHAT PERISTIWA PERJANJIAN AL-FUDUL YANG DIMETERAIKAN DI RUMAH ABDULLAH BIN JADAN OLEH KABILAH2 QURAISY DAN BANI HASHIM, BANI MUTTALIB, BANI ASAD BIN ABDUL UZZA, ZAHRAH BIN KALLAB DAN TYAM BIN MURRAH.

MEREKA BERJANJI UNTUK MEMBERIKAN PERTOLONGAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI DI MAKKAH DAN BERUSAHA UNTUK MEMBASMIKAN KEZALIMAN DI MAKKAH.

INI MENUNJUKKAN SIFAT YANG MULIA, AKHLAK YANG BAIK, BENCIKAN KEMUNGKARAN, BERANI DAN MENERIMA SEGALA KEBAIKAN ADALAH SIFAT2 YANG SEBATI DALAM DIRI BAGINDA SAW.

BUKAN MELALUI HASIL BELAJAR DENGAN MANA2 GURU, ATAU PENGARUH DENGAN MANA2 AHLI FALSAFAH. SEGALA FITRAH YANG BERSIH YANG ADA PADA DIRI BAGINDA SAW, MEMBUAHKAN SIFAT2 YANG BAIK.

SIFAT INI DINYATAKAN DALAM FIRMAN ALLAH SWT :

"DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH ANUGERAHKAN KEPADA IBRAHIM SEJAK DAHULU AKAN PETUNJUK KEBENARAN. DAN KAMI MENGETAHUI KEADAANNYA KETIKA DIA BERKATA KEPADA BAPANYA DAN KAUMNYA : PATUNG2 APAKAH INI YANG KAMU TEKUN BERIBADAT KEPADANYA?" (SURAH AL-ANBIYA' : 51-52)

INILAH KEADAAN YANG DIALAMI OLEH BAGINDA SAW YANG MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN DALAM MENDAPATKAN TARBIAH TANPA GANGGUAN OLEH KELEMAHAN2 MAKHLUK YANG BERGELUMANG DENGAN UNSUR2 JAHILIAH.

OLEH ITU BAGINDA SAW MEMPUNYAI KEKUATAN ROHANI DAN JASMANI. MALAH DI SANA LAHIRLAH KEKUATAN HUJAH AKAN KEAZAMAN DALAM MELAKSANAKAN AMANAH KERASULAN DARIPADA ALLAH SWT.

KEMAMPUAN BAGINDA SAW PADA MASA REMAJA DALAM MENILAI SOAL2 YANG BAIK DAN BURUK DI TENGAH2 KEMUNCAK JAHILIAH DARI SEGI AKIDAH, POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL, WALAUPUN TIDAK PERNAH MENUNTUT ILMU DARIPADA ORANG TUANYA, ATAU DARI MANA2 GURU DAN AHLI2 FALSAFAH KEBANGGAAN ZAMANNYA, MENUNJUKKAN SIFAT KEMURNIAAN ISLAM DARIPADA ALLAH SWT YANG TERLETAK PADA DARINYA SEBELUM DIWAHYUKAN MENJADI RASUL PILIHAN.


BERSAMBUNG.........1Photobucket


No comments:

Post a Comment