CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

FADILAT BERSOLAT BERJEMAAN


Photobucket

Photobucket



Masjid dibina untuk menampung para jemaah beribadat tetapi sayang , sekarang ini tidak dizahirkan dengan sempurna.

Masjid yang tersergam indah, besar dan luas hanya di penuhi ketika waktu solat cuma dua atau 3 saf sahaja, sungguh kriktikal..

Sedarkah kita, pahala bagi orang bersolat berjemaah bermula ketika berjalan keluar rumah menuju masjid hingga selesai menunaikan solat secara berjemaah diikuti sehingga pulang ke rumah.

Antara hikmahnya , bekas perjalanan bagi mereka yang menuju ke masjid untuk bersolat berjemaah akan dihitung dan dibalas dengan ganjaran pahala.

Daripada Jabir Bin Abdullah, dia berkata:

"Bani Salimah ingin berpindah supaya lebih hampir dengan masjid, lantas menyatakan bahawa tempat itu banyak kosong.

Maka sampailah berita itu kepada Baginda saw, lalu Baginda saw bersabda yg bermaksud:

"Hai Bani Salimah! , tetaplah di rumah kalian, sesungguhnya akan dicatit bekas perjalanan kalian ( ke masjik). Mereka berkata: tidaklah menyenagkan bagi kami, kalau kami berpindah". (hadis diyawat Muslim)

Photobucket



Setiap langkah menuju ke masjid untuk bersolat jemaah akan menghapuskan dosa dan meninggikan darjat seseorang manusia di sisi Allah swt. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah swt akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? "

Mereka menjawab :Ya wahai Rasulullah.

Baginda saw bersabda yg bermaksud:

"Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkan lah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Dengan demikian itu bagi kalian pertalian". (hadis riyawat Muslim)

Orang yg keluar ke masjid dalam keadaan berwuduk untuk mengerjakan solat berjemaah akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji dan juga dianggap melakukan solat daripada permulaan perjalanan hingga dia kembali ke rumahnya.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw daripada Abu Umamah yg bermaksud :

Barang siapa keluar dari rumahnya dalam keadaan suci (berwuduk ) menuju solat wajib (dengan berjemaah) maka pahalanya seperti pahala orang yang mengerjakan haji dengna memakai ihram". (hadis riwayat Imam Abu Dawud_

Allah swt menyediakan syurga bagi orang yang pergi dan pulang dari masjid. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Baginda saw bersabda yang bermaksud :

"Barang siapa pergi ke masjid dan kembali, Allah akan menyediakan tempat baginya di syurga setiap kali dia pergi ke masjid dan kembali dari masjid". ( hadis riwayat al-Bukhari)

Photobucket



Keutamaan ketika di dalam masjid dan mengerjakan solat secara berjemaah. Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan insan untuk berasa bangga jika menjadi tetamu kepada orang kenamaan seperti Sultan dan Perdana Menteri.

Ramai kurang memahami dengan menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat kita sebenarnya sedang menjadi tetamu Allah .

Masjid adalah rumah Allah dan tentu sekali sebagai tuan rumah, Allah memuliakan tetamu-nya.

Rasulullha saw bersabda yang bermaksud:

" Barang siapa yang berwuduk dalam rumahnya dan menyempurnakn wuduknya kemudian pergi ke masjid maka dia adalah tetamu Allah dan kewajipan bagi yang dikunjungi untuk memuliakan yang mengunjunginya".

Photobucket



Apabila seseorang itu berada dalam masjid untuk menunggu masuknya waktu solat sesungguhnya dia mendapat pahala seperti berada dalam keadaan bersolat di sisi Allah dan malaikat pula sentiasa mendoakan keampunan serta rahmat baginya.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Seseorang daripada kalian yang menunggu waktu solat, (dia berada) dalam masjid selama tidak batal, maka malaikat mendoakan baginya: Ya Allah, ampunkan dia, ya Allah rahmatilah dia". (hadis riwayat Muslim)

Mengerjakan solat berjemaah memiliki keutamaan berlipat ganda jika dibandingkan solat sendirian. Daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat:. (hadis riwayat Bukhari)

Di samping itu, keutamaan solat berjemaah bertambah dengan jumlah orang bersolat. Semakin ramai makmum , semakin tinggi nilai pahala diperolehi oleh semua makmum. DAripada Ubai bin Ka'ab, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya solat seseorang bersama seseorang lebih utama daripada solatnya sendirian, dan solatnya bersama dua orang lebih utama daripada solatnya dengan seorang dan jumlah yang lebih banyak, maka itulah lebih disukai olah Allah". (hadis riwayat Abu Dawud)

Allah swt juga memberi perlindungan daripada syaitan kepada mereka ygn mengerjakan solat berjemaah.

Photobucket

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu bagaikan serigala bagi manusia seperti serigala bagi kambing, yang menjadikan kambing yang di dalam keadaaan sendirian dan lalai sebagai mangsa, maka waspadalah kalian daripada bersendirian dan wajib bagi kalian untuk berjemaah dan pergi ke masjid:. (hadis riwayat Ahmad)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Barang siapa yang solat kerana Allah selama 40 hari di dalam jemaah dengan mengikuti takbir yang pertama, ditulis baginya dua kebebasan, iaitu bebas dari api neraka dan kemunafikan ".

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

" Apabila salah seorang di antara kalian berwuduk di rumahnya kemudian datang ke masjid adalah dia berada dalam solat sampai dia pulang"

Photobucket



Kelebihan dan keutamaan solat jemaah yang menjanjikan banyak kebaikan sewajarnya menjadi aspirasi bagi kita semua untuk mengerjakan solat secara berjemaah .

Bersemangatlah setiap kali mendengar panggilah azan yg memanggil kita untuk berjumpa , menyucikan diri dan menyampaikan segala hajat ketika bersama Allah swt..

Moga2 kita mendapat manfaat darinya...insyaallah..amin.





No comments:

Post a Comment