Category: Life
LAMBAIAN KAABAH
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA HEBAT LAGI BIJAKSANA, MENCIPTAKAN MANUSIA DI MUKA BUMI INI DENGAN PELBAGAI RUPA, RAGAM, KAUM, BANGSA , KETURUNAN YANG SEMUANYA BERASAL DARI NENEK MOYANG KITA IAITU NABI ADAM AS BERSAMA SITI HAWA. PUNYA SATU ALLAH YANG MAHA ESA, SATU AGAMA, SATU PANDUAN , UNTUK MENUJU SATU JALAN.
DIBERIKAN AKAL, PANDUAN AL-QURAN YANG MAHA HEBAT DAN , IKUTAN SUNNAH YANG AMAT MULIA DI SISI ALLAH SWT. MAKA TERCIPTA DAN TERPILIHLAH KITA MANUSIA MAKHLUK-NYA YANG SEMPURNA DAN MULIA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI YANG LUAS TERBENTANG AMAN DAMAI INDAH PERMAI.. MAKA HADAPILAH KITA DENGAN SEGALA CUBAAN, DUGAAN DAN GODAAN DENGAN FIKIRAN YANG BERASASKAN IMAN DAN TAQWA.
DIJADIKAN LANGIT DAN BUMI, DENGAN PELBAGAI ILMU YANG AMAT LUAS HINGGA TIDAK TERJANGKAU DENGAN AKAL YANG AMAT LEMAH. ILMU ALLAH TERLALU HEBAT, MAHA BESAR-NYA ENGKAU YA ALLAH..
MAHA ADILNYA ENGKAU TIDAK MEMILIH KASIH PADA HAMBA-HAMBA-MU INI. APA YANG ENGKAU LIHAT IMAN DAN TAQWA.
LAMBAIAN KAABAH MERUPAKAN SERUAN-MU ILAHI SEBAGAI TETAMU YANG DIUNDANG KE RUMAH-MU. SEBAGAI MENYEMPURNAKAN RUKUN IMAN YANG KELIMA, IAITU MENUNAIKAN FAUDU HAJI KE BAITULALLAH YANG MAHA SUCI ITU.
IBADAT HAJI TIDAK SAMA SEPERTI IBADAT-IBADAT YANG LAIN. IA MEMERLUKAN PENGORBANAN HARTA, KASIHSAYANG, TENAGA, KESIHATAN YANG BAIK, KESABARAN, WAKTU-WAKTU YANG TELAH DITETAPKAN DAN TEMPAT YANG TELAH DITETAPKAN. MELALUI IBADAT HAJI INI, MANUSIA DAPAT MEMPELAJARI SIFAT PERSAUDARAAN ISLAM, KEPERIHATINAN SESAMA MANUSIA DAN SAMA TARAF TANPA KENAL PANGKAT, HARTA DAN KETURUNAN.
SERUAN HAJI INI JUGA MERUPAKAN SERUAN NABI IBRAHIM AS DAN DITERUSKAN DENGAN NABI KITA YANG MULIA IAITU NABI MUHAMMAD SAW. BANYAK KESAH-KESAH NABI IBRAHIM, NABI ISMAIL DAN SITI HAJAR YANG SETIAP BERBUATAN YANG KITA LAKUKAN SEBAGAI MENINGGIKAN SYIAR ISLAM.
TALBIYAH ERTINYA: "HAMBA-MU DATANG MENYAHUT PANGGILAN-MU YA ALLAH. HAMBA-MU DATANG MENYAHUT PANGGILAN-MU YANG TIDAK ADA SEKUTU BAGI-MU. SESUNGGUHNYA SEGALA PUJIAN DAN NIKMAT ADALAH KEPUNYAAN-MU YANG TIDAK ADA SEKUTU BAGI-MU ".
DI BAWAH INI SAYA SERTAKAN SERBA SEDIKIT BERKENAAN IBADAT HAJI DAN UMRAH SECARA RINGKAS.
SYARAT-SYARAT HAJI IALAH BERAGAMA ISLAM, AKIL BALIGH, BERAKAL, MERDEKA DAN BERKUASA SERTA MAMPU. BAGI PEREMPUAN MESTILAH DISERTAI MAHRAMNYA.
( JABAL RAHMAH MERUPAKAN TEMPAT PERTEMUAN NABI ADAM AS BERSAMA ISTERINYA SITA HAWA SETELAH SEKIAN LAMA BERPISAH DI MUKA BUMI APABILA ALLAH SWT TELAH MENURUNKAN MEREKA DARI SYURGA KERANA TELAH TERGODA DENGAN TIPU DAYA IBLIS DENGAN MEMAKAN BUAH QOLDI )
HAJI TERBAHAGI KEPADA TIGA CARA :
1. HAJI IFRAD : MENGERJAKAN HAJI DAHULU DALAM BULAN-BULAN HAJI KEMUDIAN BARULAH DIKERJAKAN UMRAH.
BULAN HAJI BERMULA DARI 1 SYAWAL HINGGA TERBIT FAJAR 10 ZULHIJJAH ( HARI RAYA AIDILADHA) .
2. HAJI TAMATTUK : MENGERJAKAN UMRAH DAHULU DALAM BULAN HAJI DAN KEMUDIAN BARULAH DIKERJAKAN HAJI DALAM TAHUN ITU JUGA. CARA INI JEMAAH BERNIAT IHRAM UMRAH SAHAJA DAN TUNAIKAN SEGALA RUKUN-RUKUN SERTA WAJIBNYA. APABILA TIBA WAKTU HAJI BARULAH BERIHRAM HAJI PULA. IA DIKENA DAM MENGIKUT SYARATNYA.
3. HAJI QIRAN : BERNIAT MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH SERENTAK DALAM BULAN HAJI DENGAN MENGERJAKAN AMALAN HAJI SAHAJA ATAU BERNIAT MENGERJAKAN UMRAH SAHAJA TETAPI SEBELAUM TAWAF IA BERNIAT MENGERJAKAN HAJI.
UMRAH PULA BERBEZA KERANA DIKERJAKAN PADA BILA-BILA MASA. RUKUNNYA PULA TIDAK MELIPUTI WUKUF DAN TIDAK MELONTAR JAMRAH.
JIKA SESEORANG MENGERJAKAN IBADAT UMRAH, TIDAK BERMAKNA DIA TELAH MENGERJAKAN IBADAT HAJI, TETAPI FARDU HAJI DISERTAI DENGAN IBADAT UMRAH, SAMA ADA DIKERJAKAN SECARA SERENTAK ATAU PUN BERASINGAN.
RUKUN HAJI : IALAH PERBUATAN YANG MESTI DILAKUKAN. JIKA DITINGGALKAN SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA MAKA HAJI DAN UMRAH NYA TIDAK SAH DAN BERDOSA.
WAJIB HAJI : IALAH PERBUATAN YANG WAJIB DIKERJAKAN, SEKIRANYA TIDAK DILAKUKAN SALAH SATU DARIPADANYA MAKA HAJI ITU TETAP SAH TETAPI DIWAJIBKAN MEMBAYAR DAM DAN BERDOSA SEKITANYA DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA.
( DAM DIBAYAR DENGAN MENYEMBELIH UNTA,LEMBU, KAMBING ATAU BIRI-BIRI )
RUKUN HAJI :
1. NIAT IHRAM
2. WUKUF DI ARAFAH
3. TAWAF
4. SAIE
5. BERCUKUR ATAU BERGUNTING
6.TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN
WAJIB HAJI :
1. NIAT IHRAM DI MIQAT
2. BERMALAM DI MUZDALIFAH
3.MELONTAR JAMRAH AQABAH
4. BERMALAM DI MINA
5. MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH PADA HARI TASYRIK (11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH)
6. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA LARANGAN DALAM MASA BERIHRAM.
PARA JEMAAH MESTILAH MEMAHAMI CARA-CARA, PERATURAN, SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN DENGAN MENGIKUTI KURSUS YANG DIANJURKAN OLEH LEMBAGA TABUNG HAJI ATAU PAKAJ-PAKAJ SWASTA. TANPA MEMAHAMI ILMU IBADAT HAJI INI AKAN MEROSAKKAN IBADAT HAJI DAN SIA-SIA SERTA BERDOSA. HARUSLAH DIPELAJARI SECARA TEORI DAN PREKTIKAL..BENAR-BENAR YAKIN DAN FAHAM..
BETAUBAT NASUHA DAN BERSIHKAN DIRI, HATI DAN NIAT YANG SEBENAR BERIBADAT SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT SAHAJA..MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN KELAPANGAN DADA.
SENTIASA MENJAGA PANTANG-LARANG YANG TELAH DITETAPKAN DAN SENTIASA TABAH, TEKUN DALAM MELAKSANAKAN SETIAP IBADAT DAN SABAR DENGAN DUGAAN ALLAH.
MELONTAR JAMRAH MELAMBANGKAN TANDA KESUCIAN ROHANI DALAM MEMPERHAMBAKAN DIRI DAN KESABARAN TERHADAP PERINTAH ALLAH DAN SEBAGAI TELADAN ATAS PENGORBANAN DAN UJIAN ALLAH YANG HEBAT KEPADA NABI IBRAHIM SEWAKTU HENDAK MENYEMBELIH ANAKNYA NABI ISMAIL. SYAITAN PULA DENGAN TIPU DAYA DAN HELAH HENDAK MEMPERDAYAKAN NABI IBRAHIM TETAPI NABI IBRAHIM DAPAT MENEMPUH UJIAN ITU DENGAN MEMBALING SYAITAN DENGAN KESUNGGUHAN HATINYA.
SAIE PULA MENGINGATI PERISTIWA SITI HAJAR YANG BERLARI-LARI MENCARI AIR UNTUK ANAKNYA NABI ISMAIL YANG KEHAUSAN MENANGIS SETELAH DI TINGGALKAN OLEH NABI IBRAHIM ATAS PERINTAH ALLAH. DARI BUKIT SAFA KE BUKIT MARWAH BERULANG ALIK SEBANYAK 7 KALI. SEHINGGALAH TERPANCARNYA AIR ZAM-ZAM DI BUMI YANG DIBERKATI. IA MENANAM SEMANGAT PERJUANGAN DALAM JIWA SETIAP UMAT ISLAM SUPAYA BERUSAHA DAN JANGAN MUDAH PUTUS ASA. PERTOLONGAN ALLAH SENTIASA DEKAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERSABAR, BERUSAHA, BERDOA DAN REDHA DENGAN SETIAP UJIAN DARI ALLAH SWT.
( RAUDHA MERUPAKAN TAMAN-TAMAN SYURGA )
( DI SINI TERDAPAT MAQAM NABI MUHAMMAD SAW , MAQAM SYAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ DAN SYAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB )
ZIARAH DI MASJID NABAWI SERTA BERSOLAT DI RAUDHAH DAN BERZIARAH DI MAKAM NABI MUHAMMAD SAW SERTA PARA SAHABAT DAN KELUARGA BAGINDA.
KEPADA PARA JEMAAH YANG TELAH DAN AKAN BERANGKAT BAGI MENUNAIKAN IBADAT HAJI TAHUN INI DIDOAKAN AGAR SELAMAT PERJALANAN PERGI DAN BALIK DALAM KEADAAN SIHAT DAN SELAMAT. DIBERI KESIHATAN YANG BAIK, KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL, KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN, SESABARAN DAN KETABAHAN DALAM MENEMPUH DUGAAN, CABARAN DAN DALAM MELAKSANAKAN SETIAP IBADAT DAN KEHIDUPAN DI SANA. SERTA DI KUATKAN IMAN DENGAN PENUH KETAQWAAN...MOGA MEMPEROLEHI HAJI YANG MABRUR..
AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN...
SELAMAT MENJALANI IBADAT QURBAN KEPADA YANG BERKEMAMPUAN DAN MENGERTI FADILAT-FADILATNYA .
P/S: SEGALA YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN SEGALA YANG SILAP DARI KEKURANGAN DIRI SAYA SENDIRI. MOHON DI TUNJUKI DAN DIPERBETULKAN..
No comments:
Post a Comment