CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

PhotobucketBAITULMAQDISPhotobucket

SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG TERHADAP TETIAP MAKHLUK CIPTAAN-MU.Photobucket

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH DAN DIPUJI HANYA PADA-MU YA ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA PERKASA DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI JUNJUNGAN MUHAMMAD SAW UTUSAN-MU YANG BIJAK LAGI AMANAH.Photobucket

SELAWAT SERTA SALAM BUAT RASULULLAH SAW KECINTAAN-MU , AHLI KELUARGA BAGINDA YANG MULIA, PARA SAHABAT BAGINDA YANG BERJUANG DI BAWAH PANJI2 ALLAH SWT SERTA PARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH YANG MENURUT AJARAN BAGINDA..Photobucket

ISLAM AGAMA ALLAH SWT YANG SUCI , MURNI , ADIL DAN BAHAGIA.. PELIHARALAH BERSAMA AGAR MENJADI UMMAH YANG BERKASIH SAYANG, BERSAUDARA DAN BERSATU PADU...YANG BAHAGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...ALHAMDULILLAH...

MENGENAL BAITULMAQDIS..Photobucket

BATULMAQDIS IALAH KOTA LAMA YANG TERLETAK DI PALESTIN, KIrA2 5 KM DARI JAFA DAN TIDAK JAUH DARI BUKIT ZAITUN (2638KAKI ) DI TIMUR JERUSALEM TEMPAT NABI MUSA AS, MULA2 MENERIMA WAHYU DARI TUHAN.

"KAMI AKAN MEMBANTUMU DENGAN SAUDARAMU, DAN KAMI BERIKAN KEPADAMU BERDUA KEKUASAAN YANG BESAR, MAKA MEREKA TIDAK DAPAT MENCAPAIMU, DENGAN MEMBAWA MUKJIZAT KAMI, KAMU BERDUA DAN ORANG YANG MENGIKUTI KAMULAH YANG MENANG:. ( Q28:35)

KOTA LAMA BAITULMAQDIS INI PENUH DENGAN KESAN2 SEJARAH YANG BERHUBUNG DENGAN AGAMA DI JORDAN. HINGGA HARI INI BAITULMAQDIS ADALAH KOTA SUCI BAGI ORANG ISLAM, YAHUDI DAN KRISTIAN.Photobucket

DI BAITULMAQDIS INI TERDAPAT QUBBAH AL-SUKHRAH (KUBAH BATU), MASJID AL-AQSA, TERMASUK MUZIUM MASJID AL-MAGHARIBA. TAPAK BANGUNAN INI TELAH DIBINA DALAM TAHUN 662 , IAITU 60 TAHUN SELEPAS MANGKATNYA RASULULLAH SAW. BATU INILAH YANG MENANDAKAN TEMPAT BERLAKUNYA NABI SAW NAIK KE LANGIT (ISRAK DAN MIKRAJ) DARI MEKAH, MENJADIKAN BAITULMAQDIS INI TEMPAT KETIGA SUCI SELEPAS MEKAH DAN MADINAH.

KOTA TUA JERUSALEM INI TERLETAK DI PESISIR GURUN JUDEA KIRA2 27KM DARI LAUT MATI. KOTA LAMA INI TELAH MELIHAT PERKEMBANGAN HAMPIR2 4,000 TAHUN YANG LALU. ADA REKOD SEJARAH DI ANTARA 1 000 TAHUN SEBELUM MASIHI SEHINGGA SEKARANG. KIRA2 800 TAHUN SELEPAS NABI IBRAHIM AS SEMASA BAGINDA HAMPIR2 MENGORBANKAN ANAKNYA ISHAK DI SINI (MENGIKUT KITAB INJIL LAMA), NABI DAUD AS TELAH MENALUKI JERUSALEM DAN MENJADIKAN KOTA INI SEBAGAI IBU NEGARA. DALAM TAHUN 586 SEBELUM MASIHI KOTA INI DIBAKAR DAN ORANG YAHUDI TELAH DIHALAU KE BABYLON (IRAQ) . PADA TAHUN 538 SM, RAJA PERSIA MEMBERNARKAN ORANG YAHUDI BERPINDAH BALIK KE JERUSALEM.Photobucket

DALAM TAHUN 30 MASIHI DIPERCAYAI NABI ISA AS MASUK SEMULA KE JERUSALEM. SELEPAS 300 TAHUN JERUSALEM DIKUASAI OLEH EMPAYER KRISTIAN BIZANTIN DAN ENAM TAHUN SELEPAS KEMANGKATAN NABI MUHAMMAD SAW IAITU DALAM TAHUN 632 SM, ORANG ISLAM TELAH BERJAYA MENAKLUKI JERUSALEM. KHALIFAH ABD AL-MALIK BIN MARWAN KEMUDIAN MEMBINA QUBBAH AL-SUKHRAH DI ATAS BATU ASAS, TEMPAT RASULULLAH SAW NAIK KE LANGIT (ISRAK DAN MIKRAJ).Photobucket

DALAM TAHUN 1099-1187 , POPE URBAN II BERJAYA MENAWAN JERUSALEM DARIPADA KUASA ISLAM DENGAN MEMBUNUH RAMAI KAUM MUSLIM DAN YAHUDI. TETAPI ERA ISLAM BERMULA SEMULA APABILA SALAHHUDDIN (SALADIN) , PENGLIMA ISLAM MENAWAN SEMULA JERUSALEM DARIPADA TENTERA SALIB (CRUSADERS) DALAM TAHUN 1187 .

KEMUDIAN WUJUD PULA DINASTI MAMLUK YANG MEMERINTAH MESIR DAN SYRIA. MAMLUK BERERTI " HAMBA ABDI) YANG BERJAYA MENJADI PEMERINTAH SELEPAS MENUNJUKKAN KEBOLEHAN KEREKA KEPADA KEPIMPINAN NEGARA.. DI ANTARA TAHUN 1250-1450, DINASTI MAMLUK TELAH MEMBINA SEMULA IBU KOTA JERUSALEM INI DENGAN BEBERAPA BANGUNAN BARU. KEBANYAKAN DARIPADA BANGUNAN YANG KITA LIHAT HARI INI DI JERUSALEM INI ADALAH DI ZAMAN INI. KEMUDIAN BERMULALAH ZAMAN OTTOMAN DIARI TURKI YANG MENGAMBIL ALIH JERUSALEM 1517-1917). SEHINGGA HUJUNG PEPERANGAN DUNIA 1 DENGAN KEMENANGAN BRITISH YANG MENDUDUKI JERUSALEM.

EMPAT SEKTOR AGAMA DI BAITULMAQDIS

KOTA SUCI BAITULMAQDIS INI TERBAHAGI KEPADA EMPAT SEKTOR IAITU,Photobucket

1, SEKTOR MUSLIM, TERMASUK QUBBAH AL-SUKHRAH DAN MASJIK AL-AQSA TERMASUK MUZIUM ISLAM.Photobucket

2, SEKTOR KRISTIAN, TERMASUK MAKAM NABI ISA AS ( THE HOLY SEPULCHRE) YANG DIPERCAYAI MEREKA SEBAGAI TEMPAT NABI AS DISALIB DI BUKIT AL-JALJATHAN

3, SEKTOR ARMENIA, SEBUAH KUBU KRISTIAN LAMA DI GEREJA ST. JAMES DI SELATAN DANPhotobucket

4, SEKTOR YAHUDI TERMASUK DINDING BARAT, DI SEBELAH LUAR DINDING MASJID AL-AQSA, IAITU TEMPAT SUCI BAGI ORANG2 YAHUDI YANG BERSEMBAHYANG DENGAN MENANGIS DAN MERATAP MEMOHON KEAMPUNAN DOSA.

KOTA JERUSALEM TUA TERLETAK DI PERSISIR GUNUN JUDEA, KITA2 27 KM INI TELAH MENJADI IBU NEGARA SEJAK 3000 TAHUN YANG LALU. KOTA INI TELAH DISERANG DAN DITAKLUK BERTALU-TALU OLEH EMPAYAR FIRAUN, ISRAEL DAN BABYLONIA.

KUBAH AL-SUKHRAH

KUBAH AL-SUKHRAH INI IALAH MASJID YANG MENGANDUNGI BATU (ISRAK DAN MAKRAJ) DI BAITULMAQDIS (AL-QUDS) YANG DI BINA OLEH ABD AL-MALIK BIN MARWAH PADA ZAMAN KHALIFAH UMAYYAH DI ANTARA TAHUN 688 DAN 691 DI DALAM KAWASAN YANG DINAMAKAN HARAM AL-SHARIF, TERMASUK DI DALAMNYA IALAH MASJID AL-AQSA. KUBAH INI DIDIRIKAN UNTUK MELINDUNGI BATU TEMPAT DI MANA RASULULLAH SAW TELAH MEMULAKAN PERJALANAN KE ATAS LANGIT PADA SUATU MALAM MEKRAJ.

TEMPAT INILAH MENJADI KIBLAT PERTAMA BAGI PERMULAAN BAGI ORANG ISLAM BERSEMBAHYANG, SEHINGGA RASULULLAH SAW MENGUBAH KIBLAT INI KE MEKAH. HINGGA HARI INI TEMPAT INI MASIH DIANGGAP TEMPAT SUCI YANG KETIGA DI DALAM ISLAM, SELEPAS MASJIDIL HARAM (MEKAH) DAN MASJIDIL NABAWI (MADINAH).

BATU INI BERBENTUK BUJUR DENGAN BERUKURAN 18 DENGAN 14 M (56-42 KAKI). BANGUNAN INI MULA2NYA DIBINA DENGAN KAYU DENGAN DIAMETER SEPANJANG 20.5 M. HARI INI BUMBUNG LUAR KUBAH INI DISALUT DENGAN ALUMINIUM YANG BERANODKAN EMAS DAN TERLETAK DI ATAS EMPAT TIANG SEGIEMPAT DENGAN TIGA LENGKONGAN DINDING RENDAH DI ANTARA SETIAP DUA TIANG BESAR ITU.

KANDUNGAN INI DENGAN SENDIRINYA MENJADI SATU SEMPADAN BULATAN YANG MENGELILINGI BATU SUCI ITU. PADA KELILING BULATAN INI IALAH SUATU STRUKTUR OKTAGON (LAPAN DINDING) YANG JELAS JUGA KELIHATAN DARI LUAR YANG DISOKONGI DENGAN LAPAN TIANG YANG BESAR. DINDING LUARNYA IALAH 12M TINGGINYA. TIADA BUKTI YANG DICADANGKAN BAHAWA BATU INI TERGANTUNG TERAPUNG-APUNG DI UDARA.Photobucket

DI BAWAHNYA ADA RUANGAN GUA DAN ADA JUGA TANGGA UNTUK ORANG TURUN KE BAWAH KE SEBUAH BILIK SOLAT KHAS YANG KECIL SAHAJA.. KUBAH BATU INI SUNGGUH ISTIMEWA DAN TERLALU INDAH DENGAN STRUKTUR BUMBUNGNYA YANG BERSEGI LAPAN (OKTAGON). BINAAN INI TELAH MENJADI SUATU MODEL BAGI MASJID2 LAIN YANG DIBINA DARI MOROCCO HINGGA KE CHINA.

SEMASA PENYERANG KRISTIAN (CRUSADERS) MENAKLUKI JERUSALEM, BENTUK LAPAN SEGI INI MENJADI MODEL BAGI MEREKA MEMBINA GEREJA KRISTIAN, TERUTAMANYA DI SEPANYOL DAN PORTUGAL. SALAHUDDIN, PAHLAWAN ISLAM YANG MENGALAHKAN ORANG KRISTIAN INI TELAH MEMPERKEMAS LAGI MASJID INI. HARAM AL-SHARIF INI TELAH DIUBAHSUAIKAN OLEH PENTADBIR ZAMAN POLITIK DI JERUSALEM. DALAM TAHUN 1548 OTTOMAN, SULTAN SULAIMAN I TELAH MEMBAIKI BANGUNAN INI. DI BAHAGIAN DINDING DI LUARNYA DILAPISKAN DENGAN JUBIN SERAMIK DAN BUMBUNGNYA PULA DIPASANGKAN DENGAN KEPINGAN PELUMBUM. KEROSAKKAN DALAM TAHUN 1948 TALAH BANYAK MENYEBABKAN PENGUBAHSUAIAN DI BAHAGIAN LUAR DAN LOGAM ALUMINIUM YANG BERSALUT DENGAN EMAS DIPASANG PADA LUAR KUBAHNYA YANG HINGGA HARI INI LEBIH CEMERLANG DARI KUBAH2 GEREJA DI PERSISIRAN INI. PROFESOR MADYA DR. MAHAYUDIN BIN HAJI YAHYA MENULIS DALAM TAHUN 1967.

"RUPA BENTUK BUMBUNG INI MELAMBANGKAN KETINGGIAN MUTU SENI BINA ORANG ISLAM PADA KETIKA ITU. IA TELAH DITATAHKAN DENGAN BATU2 YANG BERHARGA DAN INDAH YANG BERWARNA BIRU DAN EMAS."

No comments:

Post a Comment