CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Photobucket
SALAHUDDIN YUSUF AL-AYYUBI

SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG TERHADAP SEKALIAN MAKHLUK CIPTAAN-MU.Photobucket

TIADA TUHAN YANG DISEMBAH DAN DIPUJI HANYA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHSAYANG LAGI MAHA BIJAKSANA DAN AKU BERSAKSI BAHAWA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN-MU YANG ADIL LAGI TERPUJI.Photobucket

SELAWAT SERTA SALAM BUAT RASULULLAH SAW, AHLI KELUARGA BAGINDA, PARA SAHABAT BAGINDA YANG BERJUANG DIBAWAH PANJI2 AGAMA ISLAM SERTA UMAT2 ISLAM YANG BERPEGANG TEGUH PADA WAHYU AL-QURAN DAN HADIS NABI SWT...

ISLAM AGAMA ALLAH SWT YANG SUCI, BERSIH, SEMPURNA DAN LENGKAP, YANG MENYATUPADUKAN SELURUH UMAT DAN MANUSIA HIDUP AMAN, HARMONI DAN BERKASIH SAYANG..

AL-QURAN DAN SUNNAH PELENGKAP DAN PETUNJUK YANG ALLAH SWT ATURKAN BUAT SEKALIAN MANUSIA AGAR HIDUP TIDAK TERBIAR...MAKA BERHAKIMKANLAH DENGANNYA SUPAYA HIDUP AMAN DAN BAHAGIA...

SESUNGGUHNYA PENCIPTAAN MANUSIA DI MUKA BUMI INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH UNTUK DIUJI DAN DIDUGA DENGAN SETIAP KEJADIAN YANG BERULANG-ULANG DARI ZAMAN NABI ADAM AS SEHINGGA DI HARI PENGHABISAN...

UNTUK MENILAI YANG MANA HAMBA-NYA YANG BERIMAN DAN YANG KUFUR...

KITA AKAN MENUJU SATU ANTARA DUA PERJALANAN,IAITU SYURGA DAN NERAKA...ANTARA IKUTAN DI JALAN YANG LURUS, JALAN ALLAH SWT ATAU JALAN AJAKAN SYAITAN YANG DIREJAM.....JAUHKAN YA ALLAH...

SEJARAH MENGAJAR DAN MEMBERI BANYAK IKTIBAR UNTUK KITA MENGHARUNGI PERJALANAN DI KEHIDUPAN YANG PENUH PANCA ROBA...JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PERINGANTAN BAGI ORANG2 YANG BEIMAN DAN BERFIKIR....Photobucket


SALAHUDDIN YUSUF AL-AYYUBI -

PENGASAS KERAJAAN AYYUBIYAH DI MESIR IALAH SALAHUDDIN YUSUF AL-AYYUBI, YANG TERKENAL SEBAGAI PANGLIMA ISLAM YANG MEMERANGI PERANG SALIB. ORANG EROPAH MENGENALINYA SEBAGAI SALADIN. BELIAU LAHIR DI TARKIT,IRAQ. SEJAK USIA MUDANYA BELIAU MENJADI TENTERA GABENOR SYRIA, NURUDDIN ZANGI. ATAS PERMINTAAN PEMERINTAH FATIMIYAH BELIAU BERSAMA-SAMA BAPA SAUDARANYA ASADUDDIN SYIRKUH BERJAYA MENGUSIR TENTERA KRISTIAN DARI MESIR DALAM PERANG SALIB 564H/1169M.

SETELAH SYIRKUH MENINGGAL DUNIA, KERAJAANNYA SEMAKIN CEMERLANG. TAMBAHAN PULA KHALIFAH FATIMIYAH ( AL-ADID LIDINILLAH) KETIKA ITU MASIH MUDA, SEHINGGA BANYAK TUGASNYA DIAMBIL ALIH OLAH SALAHUDDIN. MESKIPUN MEMPUNYAI PERANAN PENTING, SALAHUDDIN TIDAK MENGGANGU FAHAMAN SYIAH YANG DIIKUTI OLEH KERAJAAN FATIMIYAH. SETELAH AL-ADID MENINGGAL DUNIA, SALAHUDDIN MENJADI PERDANA MENTERI MESIR, LALU MENGGANTIKAN FAHAMAN SYIAH DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. BELIAU BERJAYA MENAWAN BAITULMAQADDIS PADA 1187 DARIPADA PASUKAN KRISTIAN.Photobucket


PERANG SALIB:

SEJAK KERAJAAN AYYUBIYAH BERKUASA DI MESIR, KHALIFAH ABBASIYAH, AL-MUSTADI MEMBERIKAN BEBERAPA DAERAH SEPERTI YAMAN, PALESTIN, SYRIA TENGAH DAN MAGHRIBI KEPADA SALAHUDDIN. SETELAH KUASANYA KUKUH, SALAHUDDIN BERPERANG MENENTANG TENTERA SALIB YANG INGIN MENGUASAI WILAYAH ISLAM. DENGAN BANTUAN PASUKAN TURKI, KURDI DAN ARAB, BELIAU TERUS BERPERANG MENENTANG BANYAK PASUKAN ASING, YAKNI ALMARIC I ( RAJA BAITULMUQADDIS), BALDWIN IV (PUTERA ALMARIC I), PAUS GREGORY, CLEMENT III, PHILIP ( PERANCIS), RICHARD I (BRITAIN), WILLIAM (SICILIA). GUY DE LUSIGNAN (BAITULMUQADDIS) DAN RATU SYBIL (SAUDARA PEREMPUAN BALDWIN IV ; ISTERI GUY DE LUSIGNAN). SALAHUDDIN BERJAYA MENAWAN TIBERIAS, NASIRAH (NASARET), SAMARIA, SIDON, BEIRUT, AKKA, RAMULAH, GAZA, HEBRON DAN BAITULMUQADDIS.


PERANG HATTIN:

HATTIN TERLETAK BERDEKATAN DANAU GALILEA DI PALESTIN. DI SITULAH TERJADINYA PERANG ANTARA PASUKAN SALAHUDDIN DENGAN PASUKAN KRISTIAN DI BAWAH PIMPINAN RAJA BAITULMUQADDIS, GUY DE LASIGNAN PADA TAHUN 1187M. PERANG INI TERJADI DALAM USAHA MENAWAN KEMBALI KOTA PENTING SEPERTI BAITULMUQADDOS DAM ANTIOCH DARIPADA TANGAN KRISTIAN. DALAM PERANG INI KIRA2 18,000 TENTERA SALAHUDDIN BERJAYA MENGALAHKAN 15,000 TENTERA KRISTIAN DENGAN MENGGUNAKAN TAKTIK MENGAWAL SUMBER AIR MINUMAN. SEBAHAGIAN BESAR ANGGOTA PASUKAN KRISTIAN YANG KEHAUSAN MENINGGAL DUNIA, NAMUN SALAHUDDIN TIDAK MENCEDERAKAN GUY DE LASIGNAN. KEESOKAN HARINYA, SALAHUDDIN MENAWAN SEMULA BAITULMUQADDIS. PERANG HATTIN TELAH MENCETUSKAN PERANG SALIB III.


PENZIARAH KRISTIAN ;

MENURUT SALAHUDDIN , PERANG HANYA SEBAGAI SARANA PEMBELAAN AGAMA. BELIAU BERSIKAP TOLERAN TERHADAP AGAMA LAIN. SEMASA BERDAMAI DENGAN PASUKAN KRISTIAN, BELIAU MENGIZINKAN PENZIARAH KRISTIAN KE BAITULMUQADDIS. KETIKA BELIAU MEMERINTAH MESIR, ORANG KRISTIAN BEBAS MELAKUKAN KERJA MEREKA BAHKAN SEBAHAGIAN CIKAI DIHAPUSKAN.

SEJAK KECIL SALAHUDDIN DIDIDIK DI MADRASAH DAN MUDAH BERBINCANG TENTANG ILMU KALAM, FIKAH, AL-QURAN DAN HADIS. KETIKA MENJADI PERDANA MENTERI MESIR, BELIAU MEMBUAT PEMBAHARUAN DALAM BIDANG AGAMA DENGAN MENGEMBALIKAN KEMURNIAAN MAZHAB AHLI SUNNAH WAL JAMMAH, MENDIRIKAN MADRASAH MAZHAB SYAFIE DAN MALIKI SERTA MENGGANTIKAN KAID SYIAH DENGAN KADI SUNNAH WAL JAMAAH.Photobucket

SALAHUDDIN MEMINDAHKAN PUSAT PEMERINTAHAN KE DAMSYIK . TIDAK LAMA SETELAH ITU, BELIAU MENINGGAL DUANI PADA 589H/ 1193M DAN MEWARISKAN PEMERINTAHAN YANG KUKUH KEPADA KETURUNANNYA. YANG PALING MENONJOL IALAH AL-MALIK, AL-ADIL DAN AL-KAMIL. SELEPAS 636H/1238M, PEMERINTAHAN MENJADI SEMAKIN LEMAH KERANA PEREBUTAN KUASA ANTARA MEREKA. PEMERINTAHAN AYYUBIYAH BERALIH KE TANGAN KERAJAAN MAMLUK PADA 648H/ 1250M.Photobucket

SALAHUDDIN AL-AYYUBI:
1138M LAHIR DI TARKIT, IRAQ
1164 MENENTANG MESIR
1169 MENGUSIR PASUKAN KRISTIAN DARI MESIR, DIPILIH MENJADI PERDANA MENTERI MESIR
1171 MENYERANG DAN MENAWAN PALESTIN
1173 MENYERANG DAN MENGUASAI YAMAN
1175 DIPILIH MENJADI PEMERINTAH MESIR, TERMASUK PALESTIN YAMAN DAN SYRIA TENGAH DAN MAGHRIBI (AFRIKA UTARA)
1183 ALEPPO MENAKLUKI SYRIA UTARA
1187 PERANG HATTIN, MENAWAN BAITUMUQADDIS
1192 PERJANJIAN DAMAI DENGAN RICHARD I (RAJA BRITAIN)
1193 MENINGGAL DUNIA DI DAMSYIK, SYRIA

1 comment:

  1. Ada cerita mat saleh tajuk kingdom of heaven ttg salahudin al ayubi masa perang salib,

    ReplyDelete