PERLAKSANAAN SISTEM ZAKAT
TINDAKAN SELANJUTNYA YANG DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW SELEPAS HIJRAH KE MADINAH IALAH MENGAGIHKAN SUMBER KEKAYAAN YANG TERDAPAT DI MADINAH DENGAN ADIL ANTARA RAKYAT. LANGKAH INI BERTUJUAN MENGELAKKAN WUJUDNYA JURANG PERBEZAAN ANTARA GOLONGAN2 TERSEBUT. OLEH HAL YANG DEMIKIAN, PERLAKSANAAN SISTEM ZAKAT DI MADINAH ADALAH SEBAGAI LANGKAH KE ARAH MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT.
PERLAKSANAAN SISTEM ZAKAT YANG DISYARATKAN SELEPAS BERLAKUNYA HIJRAH ADALAH SELARAS DENGAN KEADAAN MASYARAKAT PADA MASA ITU. DI SAMPING ITU IA MENEKANKAN SEMANGAT BEKERJA DAN BERUSAHA DI KALANGAN UMAT ISLAM UNTUK MENGUMPUL HARTA KEKAYAAN BAGI MEMBOLEHKAN MEREKA MENYEMPURNAKAN IBADAT BERZAKAT. IBADAT ZAKAT JUGA MENGANDUNGI UNSUR2 PEMBENTUKAN SEMANGAT BERJIHAT DAN BERKORBAN DI KALANGAN MESYARAKAT ISLAM DEMI KEPENTINGAN AGAMA ISLAM.
DASAR PEMERINTAHAN YANG ADIL
PERISTIWA HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE KOTA MADINAH TELAH MEMBUKA SUATU LEMBARAN BARU DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM. IA MERUPAKAN SATU PENINGKATAN DI ZAMAN BERDAKWAH UNTUK MENGAJAK MANUSIA MENTAUHIDKAN ALLAH SWT KE ZAMAN PERLAKSANAAN DAN PENGHAYATAN SYARIAT ISLAM DALAM SUSUN CARA HIDUP BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA.
AJARAN ISLAM YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW TELAH MELETAKKAN ASAS2 STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN ISLAM DI KOTA MADINAH ATAS DASAR DAN LANDASAN SYARIAT ISLAM DI SAMPING MENGAMBIL KIRA REALITI MASYARAKAT MAJMUK YANG TERDAPAT DI MADINAH KETIKA ITU. DALAM ERTI KATA LAIN PERLAKSANAAN UNDANG2 ATAU SISTEM PEMERINTAHAN DI KOTA MADINAH YANG DI ANJURKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW BUKAN SAHAJA UNTUK KEPENTINGAN UMAT ISLAM., BAHKAN IA TELAH MEMBERI PERLINDUNGAN UNDANG2 KEPADA GOLONGAN BUKAN ISLAM DARI SEGI HAK KEBEBASAN BERAGAMA DAN HAK2 ASASI YANG LAYAK DINIKMATI SEBAGAI WARGANEGARA YANG TAAT SETIA KEPADA PEMERINTAH.
DASAR PEMERINTAHAN ISLAM DI MADINAH INI MELETAKAKN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI KETUA NEGARA YANG BERFUNGSI MELAKSANAKAN HUKUM DAN PERATURAN DENGAN BERLANDASKAN WAHYU ALLAH SWT. FIRMAH ALLAH SWT BERMAKSUD :
"SESUNGGUHNYA KAMI MENURUNKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD SWT) KITAB AL-QURAN DENGAN (MEMBAWA ) KEBENARAN , SUPAYA ENGKAU MENGHUKUMKAN ANTARA MANUSIA MENURUT APA YANG ALLAH SWT TELAH TUNJUKKAN KEPADAMU (MELALUI WAHYUNYA) DAN JANGANLAH ENGKAU MENJADIKAN PEMBELA BAGI YANG MELAKUKAN KHIANAT. (SURAH AN-NISA' : 105)
DI SAMPING ITU NABI MUHAMMAD SWT JUGA MELANTIK BEBERAPA ORANG SAHABAT BAGI MEMBANTU BAGINDA SAW DALAM MENJALANKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT DAN NEGARA. BAGI MENGATASI SEBARANG PERSOALAN YANG DIHADAPI OLEH UMAT ISLAM YANG BERHUBUNG DENGAN SOAL URUSAN HIDUP YANG TIDAK MENYENTUH SOAL HUKUM YANG DIJELASKAN OLEH ALLAH SWT DALAM AL-QURAN, PERSOALAN TERSEBUT AKAN DIKEMUKAKAN KE MAJLIS SYURA BAGI MENDAPATKAN PERSETUJUAN DAN KEPUTUSAN. OLEH ITU PERANAN MAJLIS SYURA DALAM PEMERINTAHAN ISLAM ADALAH PENTING DEMI KEPENTINGAN NEGARA DALAM MENGEKALKAN KEADILAN.
PENGUKUHAN PERTAHANAN
KETAHANAN SERTA KEDAULATAN NEGARA MADINAH PERLU DIPERKUKUHKAN BAGI MENGHADAPI SEBARANG ANCAMAN DARI LUAR DAN DALAM. OLEH HAL YANG DEMIKIAN NABI MUHAMMAD SAW TELAH MEWUJUDKAN BARISAN KETENTERAAN YANG DIKETAHUI OLEH BAGINDA SENDIRI. PENGUKUHAN SERTA KEKUATAN PERTAHANAN NEGARA ADALAH ANTARA CIRI2 PENTING DALAM PEMERINTAHAN ISLAM SEBAGAI PERSEDIAAN BAGI MENGHADAPI ANCAMAN MUSUH. FIRMAH ALLAH SWT BERMAKSUD:
"DAN SEDIAKAN UNTUK (MENENTANG) MEREKA (MUSUH YANG MENCEROBOH) SEGALA JENIS KEKUATAN YANG DAPAT KAMU SEDIAKAN DAN DARI PASUKAN BERKUDA YANG LENGKAP SEDIA, UNTUK MENGGERUNKAN DENGAN PERSEDIAAN ITU MUSUH ALLAH SWT DAN MUSUH KAMU SERTA MUSUH2 YANG LAIN DARIPADA MEREKA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA, DAN APA SAHAJA YANG KAMU BELANJAKAN PADA JALAN ALLAH SWT AKAN DISEMPURNAKAN BALASANNYA KEPADA KAMU, DAN KAMU TIDAK AKAN DIANIAYA." ( SURAH AL-ANFAL: 60)
HUBUNGAN ANTARABANGSA
DARIPADA PERHUBUNGAN DIPLOMATIK ATAU PERSAHABATAN DENGAN NEGARA2 LUAR KHUSUSNYA KUASA2 BESAR YANG ADA KETIKA ITU, NABI MUHAMMAD SAW MENGHANTAR DUTANYA DAHIYYAH BIN KAHLIFAH AL-KALBY KE ROM DAN ABDULLAH BIN GHUZAFAH KE PARSI DAN BEBERAPA DUTA LAGI KE NEGARA LAIN. INI BERTUJUAN MENJELASKAN SIKAP DAN DASAR KERAJAAN ISLAM PIMPINAN NABI MUHAMMAD SWT YANG INGIN BERBAIK-BAIK ATAS PRINSIP PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN SEJAGAT, DI SAMPING IA MERUPAKAN MEDIA DAKWAH YANG BERKESAN DAN KONTEKS PENYEBARAN ISLAM SECARA DIPLOMASI DAN HIKMAT.
LANJUTAN DARIPADA DASAR PERHUBUNGAN DENGAN NEGARA2 LUAR YANG TELAH DIASASKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW MAKA BEBERAPA BULAN NEGARA DI TELUK PARSI DAN ARAB TELAH DAPAT DITAKLUKI DAN DIPERINTAH MENGIKUT SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
DASAR PENAKLUKAN NEGARA LUAR BUKAN BERERTI MERAMPAS SECARA KEKERASAN ATAU KEKEJAMAN, TETAPI HAKIKAT SEBENARNYA ADALAH UNTUK MENYELAMATKAN MANUSIA DARIPADA TERUS MENJADI MANGSA CENGKAMAN KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN PEMERINTAH YANG TAMAKKAN KUASA DAN SANGGUP MELAKUKAN PELBAGAI TINDAKAN DI LUAR BATS PERI KEMANISAN .
OLEH YANG DEMIKIAN DASAR PEMERINTAHAN ISLAM DIASASKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW ADALAH LAKSANA PAYUNG YANG BERFUNGSI SEBAGAI PELINDUNG DAN PENYELAMAT.
DI MADINAH, NABI MUHAMMAD SAW TERUS BERJIHAD BERSAMA-SAMA ORANG BERIMAN UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH SWT . LANGKAH2 YANG DIAMBIL OLEH BAGINDA SAW IALAH MEMPERKUKUHKAN MASYARAKAT ISLAM DAN MENYATUKAN UMAT ISLAM YANG TERDIRI DARIPADA PELBAGAI KAUM ITU MENJADI SATU GOLONGAN MASYARAKAT BERIMAN YANG BERSAUDARA.
SETETUSNYA, BAGINDA SAW BERUSAHA MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA ISLAM YANG PERTAMA YANG MEMPUNYAI KEMERDEKAAN DAN KEDAULATAN. BAGINDA SAW MEWUJUDKAN PIAGAM MADINAH YANG MENJADI ASAS PENTADBIRAN NEGARA ISLAM ITU. BAGINDA SAW BERUSAHA MENDAPATKAN SOKONGAN ORANG YAHUDI, DAN MEMPEROLEH PERSETUJUAN MEREKA TERHADAP KANDUNGAN PIAGAM ITU.
MISKIPUN ORANG YAHUDI, KEBANYAKANNYA TIDAK BERIMAN DENGAN KERASULAN BAGINDA SAW TETAPI MEREKA TETAP DITERIMA SEBAGAI RAKYAT NEGARA ISLAM ITU. BAGINDA SAW BERUSAHA MENDAPATKAN SOKONGAN ORANG YAHUDI DAN MEMPEROLEH PERSETUJUAN MEREKA TERHADAP KANDUNGAN PIAGAM ITU. MEREKA DILAYANI DENGAN ADIL DAN HIDUP DENGAN AMAN SELAGI MEREKA TIDAK MELANGGAR PIAGAM YANG TELAH DIPERSETUJUI BERSAMA.
DARI PENGKALAN ISLAM DI MADINAH INI, ORANG ISLAM TERUS BERGERAK UNTUK MENGHAPUSKAN WATANIAH DAN MENGEMBANGKAN ISLAM. DENGAN MEMILIKI TAPAK YANG KUKUH INI, NABI MUHAMMAD SAW MERENCANAKA TINDAKAN TERHADAP ORANG MUSYRIKIN QURAISY YANG MENINDAS ORANG YANG BERIMAN . KALI INI KEKUATAN DIHADAPI DENGAN KEKUATAN DAN SENJATA DIHADAPI DENGAN SENJATA. PERINGKAT MUQAWAMAH SIMIYYAH TELAH BERAKHIR DAN PERSEDIAAN JIHAD DIATUR DILAKSANAKAN SETELAH DIBERIKAN KEIZINAN OLEH ALLAH SWT.
No comments:
Post a Comment