CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP, KASIH ALLAH JANGAN DILUPA

APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP,KASIH ALLAH JANGAN DILUPA.



Photobucket


SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.



SEGENAP PUJIAN BAGI ALLAH TUHAN SERU SEKELIAN ALAM, YANG MAHA PENCIPTA YANG MENGATUR SEGALA KEJADIAN DI LANGIT DAN DI BUMI. YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA KEADAAN MAKHLUK-NYA, YANG MAHA MENGUTUS PARA RASUL-NYA YANG MENYAMPAI SEGALA AJARAN SEBAGAI PEMBIMBING, PETUJUK JALAN ILAHI , SELAWAT DAN KESEJAHTERAAN BUAT RASULULLAH SAW, KAUM KELUARGA SERTA SAHABAT DAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGIKUT JEJAKNYA.



Photobucket


MAHA SUCI ALLAH YANG MENGURNIAKAN SEGALA NIKMAT-NYA, SEGALA PENGHARAPAN DAN SEGALA DOA DIPANJATKAN HANYA PADA-NYA TUHAN YANG MAHA ESA.



TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH YANG MAHA BESAR, DAN AKU BERSAKSI BAHAWA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW HAMBA SERTA PESURUH-NYA, KEKASIH SERTA KECINTAAN-NYA. KEPADANYA DI TURUNKAN MUKJIZAT YANG MAHA BESAR DAN MAHA TINGGI LAGI MAHA AGONG.



Photobucket


MAHA HEBATNYA ALLAH MELAHIRKAN KITA DALAM KEADAAN YANG AMAT SEMPURNA, ZAHIR DAN BATIN. BERPANDUKAN PADA AKIDAH YANG SATU, AGAMA YANG SATU IAITU AGAMA ISLAM YANG SUCI DAN MURNI.



Photobucket


BERLANDASKAN PADA PEGANGAN DAN SUNNAH YANG CUKUP INDAH, LENGKAP DAN SEMPURNA, AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW MAKA BERPEGANG TEGUHLAH PADA TALI ALLAH DENGAN IMAN.



PATUH SERTA TAAT DENGAN AJARAN YANG TELAH TERCIPTA LANDASANNYA. PEMBIMBING, MEMBENTUK, BERAMAL, MENUJU JALAN YANG SATU KE GERBANG MAHLIGAI IAITU JALAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.



TAKUTLAH KITA KEPADANYA JANGAN ABAIKAN ATAU PERMAINKAN SURUHAN-NYA DAN JAUHKAN SEGALA TEGAHAN-NYA.




Photobucket


MUHASABAH DIRI, PERBAIKI KELEMAHAN DIRI, TINGKATKAN USAHA DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI HAMBA PADA ALLAH YANG MAHA ESA.



BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ADA PADA DIRI KITA DAN ALAM SEJAGAT. SYUKUR DALAM ERTI KATA, BUATLAH DAN LAKSANAKAN YANG TERBAIK DAN TERMAMPU KITA UNTUK MENCAPAI SESUATU MATLAMAT. HANYA ALLAH SAHAJA YANG MENILAI DAN MENGETAHUI ERTI KESABARAN, KESYUKURAN DAN KEIKHLASAN SESEORANG.



INGATLAH SEGALA KURNIAAN ANUGERAH, DAN KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN YANG ADA PADA KITA, GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN. JANGAN MENYOMBONG DIRI, RIAK ATAU TAKBUR. BILA-BILA ALLAH BOLEH MENARIK SETIAP PEMBERIAN-NYA YANG SEKUMIT CUMA.






KESIHATAN DAN KELAPANGAN YANG INDAH, DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA. ITULAH ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI NIKMATNYA.



Photobucket


DARINYA KITA DATANG DAN KEPADANYA JUGA KITA KEMBALI. BUATLAH SEHABIS BAIK UNTUK DIRI KITA AGAR DAPAT MENIKMATI ERTI KEHIDUPAN DENGAN AMAN , TENANG DAN PENUH KASIHSAYANG.



INGATLAH HIDUP INI HANYA SEMENTARA DAN SEGALA KEBAHAGIAAN, KESENANGAN, PANGKAT, DARJAT, KEKUATAN , ILMU HANYA PINJAMAN. USAH RIAK ATAU TAKBUR DENGAN NIKMAT KURNIAAN-NYA.



CARILAH, KEJARLAH SEBERAPA BANYAK PAHALA UNTUK BEKALAN MENUJU AKHIRAT SANA. ITULAH KEBAHAGIAN YANG KEKAL ABADI.




Photobucket


SEMUANYA PESAN BUAT DIRI SAYA, ANAK KETURUNAN SAYA SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG BUDIMAN.



YA ALLAH YANG MAHA BIJAKSANA LAGI MAHA MENGETAHUI, AMPUNILAH SEGALA DOSA2 SERTA SEGALA KESILAPAN YANG LALU DAN YANG AKAN DATANG. SEDARKAN AKU KIRANYA AKU TERLALAI, KEJUTKAN AKU KIRANYA AKU TERLENA, KASINANILAH DAKU AMPUNIKAN SEGALA DOSA2 KU.



Photobucket


AMIN, AMIN YA RABBAL ALAMIN



Photobucket

No comments:

Post a Comment