CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

BERILMU DAN BERIMAN BENTUK GENERASI CEMERLANG





Photobucket

Photobucket




Membangunkan generasi Islam berwibawa harus di mulakan dengan pembinaan iman sebagai asasnya. Syeikh Ridha menegaskan , iman membangkitkan sinar dalam akal dan menjadi petunjuk kepada kebajikan. Dengan iman seseorang akan dapat memiliki pusat penelitian atas setiap perkara hatta yang terlintas daripada setiap pandangan yang terbentang.

Dengan iman, seseorang dapat melihat sesuatu yang tersurat daripada tersirat. Akhlak memiliki karakter yang berkait rapat dengan pembinaan iman. Jika iman umpama akar pohon, ibadat adalah batang, ranting dan daunnya, maka akhlak menjadi buahnya. Iman yang kuat dimanifestasikan melalui ibadat yang teratur dan membuahkan akhlak yg terpuji. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu ada teladan yang baik".

Photobucket



Firman Allah swt bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) adalah orang berakhlak sangat mulia."

Itulah keagungan dan keanggunan peribadi Rasulullah saw, hanya Rasulullah saw mendapat pujian setinggi itu dan menjadi teladan umatnya..

Aisyah ra ketika ditanya mengenai akhlak Rasulullah saw menjawab:
"Akhlaknya adalah Al-Qurannul Karim".

Hanya 23 tahun baginda saw membawa perubahan besar kepada dunia Islam, ia mengubah sejarah dan masyarakat jahiliah jadi berasab.

Tiada manusia agung yang mampu melakukan tugas sesingkat itu dan membawa hasil gilang-gemilang. Kuncinya adalah peribadi Rasulullah saw yang ditampilkan dalam kehidupannya. Antara misi risalah Muhammad saw seperti ayat pertama iaitu firman Allah swt bermaksud :

"Bacalah (iqra) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan . Yang menjadikan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan kalam. Mengajarkan manusia apa2 yang belum diketahuinya."

Iqra yang diambil daripada kata qara-a , pada mulanya bererti menghimpun dan membaca. Maksud dasar kata iqra tidak mengharuskan ada suatu teks bertulis yang dibaca, tidak pula harus diucapkan sehingga terdengar oleh orang lain. Oleh itu, dalam kamus bahasa Arab, mencul erti lain seperti menyampaikan, menelaah, mendalami, meneliti dan dapat dikembalikan kepada hakikat menghimpun ilmu yang menjadi makna belajar menurut perspektif islam. Persoalannya apa yang harus dibaca "ma-aqra", demikian pertanyaan Baginda saw selepas berulang kali Jibril menyampaikan perintah itu sambil merangkul Baginda saw. Puncanya, selepas ungkapan iqra tidak disertai (maful) yang harus dibaca.

Quraish Shihab mentafsirkan : " yang harus dibaca adalah apa saja, baik ayat yang ada dalam alam Allah swt (sunnatullah )".

Photobucket



Dalam hadis Rasulullah saw bersabda bermaksud :

" Hidup hati dengan ilmu kerana itu miliklah ia dan mati hati dengan kebodohan kerana itu jauhilah ia. Bukalah ilmu, apa yang ada di almari buku, bukalah ilmu kecuali apa yang tersimpan di dalam dada".

Firman Allah swt yang bermaksud :

" Hai orang yang berselimut, bangkit untuk berseru ( kepada manusia ) dan kepada Tuhan-Mu bertakbirlah ".

Masyarakat berilmu dilingkari tradisi membaca dan menerokai pelbagai ilmu. Kegemilangan pernah diraih kaum muslimin, namun kini umat islam seolah kehilangan semangat untuk menimba ilmu kian pudar. Peranan ibubapa dan diri sendiri atas kesedaran amat diharapkan agar minat membaca dipetingkatkan. Adalah malang sikap malas dan membiarkan masa tidak didik dan dibiarkan berlalu dgn ruginya. Asuhan , perhatian, tanggungjawab, kasihsayang setiap pihak amat perlu bagi melahirkan generasi berilmu yang terdidik dengan keimanan.

Firman Allah swt bermaksud:

" Aku tidak memilih kepadamu sesuatu upah atas seruan-ku kecuali kasihsayang dalam kekeluargaan." (as-Syura :23)

Photobucket



Kalau dulu, selepas maghrib kita pergi mengaji Al-Quran, ada ceramah di masjid atau di surau di mestikan pergi. untuk mendengar ceramah atau bersolat berjemaah. Belajar, membuat kerja sekolah sehingga selesai. Belajar bersama-sama keluarga, saling bantu-membantu dengan tunjuk ajar secara berjemaah.

Sudah kurang genersi muda yang berilmu dan beriman. Allah swt tidak memandang kepada kekayaan, keturunan dan pangkat, Iman dan taqwa yang Allah swt pandang dan terima. Hanya orang2 yang beriman akan memakmurkan rumah2 Allah swt dan orang2 yang memakmurkan rumah2 Allah swt itulah orang2 yang beriman dan bertaqwa.

Sesungguhnya umat islam kini ibarat buih di lautan, umat yang sakit. Ada pesakit yang boleh pergi ke klinik sendiri, ada pesakit yang perlu orang hantar ke klinik dan ada pesakit yang perlu doktor datang ke rumah...begitulah dengan umat islam di masa kini memerlukan pendakwah datang ke rumah untuk memberikan kesedaran tentang fadilat bersembahyang berjemaah. Bukan hanya Bersembahyang ketika maghrib atau di hari Jumaat sahaja.

Masjid di bina tersergam indah, cantaik dan indah...sungguh malang setiap waktu solat, hanya segelintir sahaja yang bersolat berjemaah. Dapatkah kita sama2 memakmurkan semula rumah2 Allah swt ...?? Fikir2 kan , renung2 kan dan bertindaklah ,berubahlah, agar kita menjadi umat islam yang bersatu hati dan kuat..Rasailah hikmahnya...tak buat, tak amalkan , tak tahu...nak seribu daya, buat seribu cara....tak nak seribu dalih dan seribu helah....

Sampaikah umur hamba-MU ini ya Allah untuk melihat umat islam benar2 berpegang dan berpandukan kepada kata2-Mu dan hadis2 Rasulullah saw.....berdoa dan berharap agar sinar islam yang gemilang akan bersinar kembali...insyaalah, Amin, amin ya Rabbal 'alamin....





Photobucket




Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment