(SAMBUNGAN DARI PEPERANGAN UHUD..)
SEBENARNYA RINGKASAN PERISTIWA2 PERANG UHUD INI TIDAK MENGGAMBARKAN SEGALA SUDUTNYA DAN TIDAK PULA MERAKAMKAN SEGALA KEJADIAN YANG BERLAKU DI DALAM YANG MENJADI CONTOH TELADAN DAN PENGAJARAN. OLEH SEBAB ITULAH DI SINI DISEBUTKAN PULA DI BAWAH INI BEBERAPA PERISTIWA YANG MENARIK UNTUK MENYEMPURNAKAN GAMBARAN PERISTIWA PERANG ITU DAN MENJADIKANNYA SUATU PERISTIWA YANG BENAR2 HIDUP.
'AMR IBN QAMI'AH ADALAH DI ANTARA TENTERA2 MUSYRIKIN YANG MENYERBU KE ARAH RASULULLAH SAW KETIKA BELIAU BERADA DALAM KEADAAN TERPENCIL SEMASA BERLAKUNYA SUASANA KELAM-KABUT DAN KUCAR-KACIR AKIBAT PASUKAN PEMANAH KAUM MUSLIMIN MENINGGAL TEMPAT2 MEREKA DAN AKIBAT TENTERA2 MUSLIMIN DIKEPUNG OLEH TENTERA2 KAFIR, JUGA AKIBAT TERIAKAN YANG MENGATAKAN MUHAMMAD SAW SUDAH MATI DIBUNUH DAN KESAN2NYA YANG MENGGEGARKAN BARISAN KAUM MUSLIMIN DAN MELEMAHKAN SEMANGAT MEREKA.
DALAM KEADAAN KEKACAUAN YANG MEMBUAT ORANG YANG SABAR HILANG KESABARANNYA ITU UMMU 'UMARAH NASIBAH BINTI KA'AB AL-MAZINIYAH BERJUANG BERMATI-MATIAN MEMPERTAHANKAN RASULULLAH SAW. DIA TELAH MENIKAM 'AMR IBN QAMI'AH BEBERAPA KALI DENGAN PEDANGNYA, TETAPI DI WAKTU ITU 'AMR MEMAKAI BAJU BESI DUA LAPIS DAN DIA TELAH MEMBALAS TIKAMAN ITU DAN MENYEBABKAN UMMU 'UMARAH CEDERA PARAH DI LEHERNYA.
ABU DUJANAH MELINDUNGI RASULULLAH SAW DENGAN BELAKANGNYA DAN ANAK2 PANAH MUSUH GUGUR DI ATASNYA, TETAPI DIA TIDAK BERGERAK DAN TIDAK PULA MENDEDAHKAN RASULULLAH SAW.
TALHAH IBN 'UBAYDILLAH DENGAN SEGERA PULANG KEPADA RASULULLAH SAW DAN BERDIRI MENJAGANYA SEORANG DIRI SEHINGGA IA JATUH REBAH. TERSEBUT DI DALAM SAHIH IBN HIBBAN DARIPADA AISYAH KATANYA : KATA ABU BAKAR , "PADA HARI PEPERANGAN UHUD SEMUA ORANG MENINGGALKAN NABI SAW DAN AKULAH ORANG YANG PERTAMA PULANG MENDAPATKAN NABI SAW LALU AKU TERNAMPAK SEORANG LELAKI SEDANG BERJUANG MEMPERTAHAN DAN MELINDUNGI BELIAU LALU AKU BERKATA: SEMOGA DIA ITU TALHAH! AYAHKU DAN IBUKU ADALAH TEBUSAN UNTUKMU! SEMOGA DIA ITU TALHAH ! AYAH KU DAN IBUKU ADALAH TEBUSAN UNTUKMU! SEBENTAR KEMUDIAN ABU 'UBAYDAH IBN AL-JARRAH DATANG LALU DIA MELURU SEOLAH-OLAH SEEKOR BURUNG SEHINGGA IA MENDAPATKAN AKU LALU KAMI TEUS BERKEJAR KEPADA RASULULLAH SAW DAN DI SANA KAMI DAPATI TALHAH GUGUR DI HADAPAN BELIAU LALU BELIAU BERSABDA : "TOLONGLAH SAUDARAMU DIA TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG TELAH MEWAJIBKANNYA MASUK SYURGA, KETIKA ITU NABI SAW TELAH TERKENA PANAH DI PIPINYA. SEHINGGA MENYEBABKAN SATU CINCIN DARI CINCIN BAJU BESI TERBENAM DALAM PIPINYA LALU AKU PERGI UNTUK MENCABUTNYA DARI PIPI NABI SAW, LANTAS ABU'UBAYDAH PUN BERKATA: "SAYA PINTA DENGAN NAMA ALLAH SWT TINGGALKAN KEPADA SAYA MENCABUTNYA." UJAR ABU BAKAR :"KEMUDIAN AKU PERGI UNTUK MENCABTU SEBATANG ANAK PANAH YANG SATU LAGI, LALU ABU 'UBAYDAH BERKATA KEPADAKU :"UJAR ABU BAKAR : "ABU 'UBAYDAH PUN MENCABUTNYA DENGAN HATI2 SEHINGGA ANAK PANAH ITU TERKELUAR DAN PATAH PULA SEBATANG LAGI GIGI DEPANNYA. KEMUDIAN RASULULLAH SAW BERSABDA :"LIHATLAH SAUDARA KAMU (TALHAH) DIA TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG MEWAJIBKANNYA MASUK SYURGA". LALU KAMI PUN PERGI MENDAPATKAN TALHAH UNTUK MERAWATKANNYA. DIA TELAH MENDAPAT LEBIH DARI SEPULUH TIKAMAN MUSUH".
KEMUDIAN ALI KARRAMALLAHU'WAJHAH MEMBAWA AIR UNTUK MEMBASUH LUKA RASULULLAH SAW . DIA MENUANG AIR KE ATAS LUKA2 ITU DAN FATIMAH RA MENCUCIKANNYA. DAN APABILA FATIMAH MELIHAT DARAH TIDAK BERHENTI-HENTI MENGALIR DIA PUN MENGAMBIL SEKEPING TIKAR LALU MEMBAKARKANNYA KEMUDIAN MENAMPALKAN ABUNYA PADA LUKA ITU DAN ALIRAN DARAH PUN BERUS BERHENTI.
MALIK BAPA KEPADA ABU SA'ID AL-KHUDRI TELAH MENGHISAP LUKA RASULULLAH SAW SEHINGGA BERSIH LALU BELIAU BERSABDA KEPADANYA :"LUAHKAN DARAH YANG ENGKAU HISAPKAN ITU !" JAWAB MALIK :"DEMI ALLAH, SAYA TIDAK AKAN LUAHKANNYA SEKALI-KALI!" LALU NABI SAW PUN BERSABDA :"SIAPA YANG INGIN MELIHAT SEORANG DARI AHLI SYURGA, MAKA LIHATLAH KEPADA ORANG INI".
TERSEBUT DI DALAM SAHIH MUSLIM BAHAWA RASULULLAH SAW TELAH TERPENCIL PADA HARI PEPERANGAN UHUD BERSAMA-SAMA TUJUH ORANG ANSAR DAN DUA ORANG QURAYSY. APABILA MEREKA (MUSUH) MARA MENDEKATI BELIAU, BELIAU PUN BERSABDA :"SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG MEREKA DARI AKU AKAN MEMPEROLEHI SYURGA". LALU SEORANG ANSAR TAMPIL MELAWAN MEREKA HINGGA IA GUGUR SYAHID. KEMUDIAN MUSUH TERUS MARA MENDEKATI BELIAU DAN BELIAU BERSABDA PULA :" SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG MEREKA DARI AKU AKAN MEMPEROLEHI SYURGA DAN DIALAH YANG AKAN MENJADI TEMANKU DI DALAM SYURGA", DAN DEMIKIANLAH MEREKA BERJUANG SEHINGGA TUJUH ORANG ANSAR ITU GUGUR SYAHID BELAKA. LALU BELIAU BERSABDA : (KEPADA DUA ORANG QURAYSY SAHABATNYA YANG MASIH ADA BERSAMANYA): " KITA TIDAK BERLAKU ADIL TERHADAP SAHABAT2 KITA (KERANA MEMBIARKAN MEREKA) ". KEMUDIAN TALHAH MELAWAN MUSUH SEHINGGA IA DAPAT MENJAUHKAN MEREKA DARI BELIAU SEMENTARA ABU DUJANAH PULA MELINDUNGI BELIAU DENGAN BELAKANGNYA SEBAGAIMANA TELAH KAMI JELASKAN SEBELUM INI SEHINGGA KEADAAN YANG BURUK ITU HILANG. RASULULLAH SAW KELIHATAN BEGITU LETIH LESU KETIKA BELIAU HENDAK MENDAKI SEBUAH BATU BESAR HINGGA BELIAU NAIK DI ATASNYA. KEMUDIAN WAKTU SOLAT PUN TIBA DAN BELIAU MENJADI IMAM MEREKA DENGAN KEADAAN DUDUK.
DI ANTARA PERISTIWA2 PADA HARI PERANG UHUD ITU LAGI IALAH :
(SEORANG SAHABAT) YANG BERNAMA HANZHALAH AL-ANSARI (YANG DIGELAR DENGAN GELARAN HANZHALAH YANG DIMANDIKAN MALAIKAT) TELAH MENYERANG ABU SUFFIAN DAN APABILA DIA BERJAYA MENGALAHKAN ABU SUFFIAN, TIBA2 DATANG SYADAD IBN AL-ASWAD MEMBUNUHNYA. KETIKA ITU HANZALAH SEDANG BERADA DALAM KEADAAN JUBUB, DIA SEDANG TIDUR DENGAN ISTERINYA SEWAKTU MENDENGAR SERUAN PERANG DAN DIA TELAH BANGKIT DENGAN SEGERA KELUAR BERJIHAD. RASULULLAH SAW TELAH MENCERITAKAN KEPADA SAHABAT-SAHABARNYA BAHAWA PARA MALAIKAT TELAH MEMANDIKAN HANZALAH KEMUDIAN BELIAU BERSABDA ( KEPADA SAHABAT2NYA) :" TANYAKANLAH ISTERINYA APAKAH CERITANYA YANG SEBENAR?" LALU MERKA PUN BERTANYA ISTERINYA DAN DIA PUN MENCERITAKAN APA YANG SEBENAR BERLAKU.
UJAR ZAYD IBN THABIT PULA :"RASULULLAH SAW TELAH MENGHANTAR AKU PADA HARI PEPERANGAN UHUD UNTUK MENCARI SA'AD IBN AR-RABI'. KATA ZAYD :" AKU PUN BERPUSING -PUSING DI ANTARA MAYAT YANG TERBUNUH, KEMUDIAN AKU MENEMUI SA'AD SEDANG DALAM HEMBUSAN2 NAFASNYA YANG AKHIR. ADA TUJUH PULUH LUKA2 DI BADANNYA, IAITU DI ANTARANYA LUKA2 TERKENA TIKAMAN LEMBING, LUKA2 KERANA TETAKAN PEDANG DAN LUKA2 KERANA TERKENA ANAK PANAH LALU AKU BERKATA: WAHAI SA'AD! SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW MENYAMPAIKAN SALAM KEPADAMU DAN BERPESAN BERITAHULAH KEPADA KU BAGAIMANA ENGKAU DAPATI DIRI ENGKAU? DIA MENJAWAB :" SALAM KEPADA RASULULLAH SAW, DAN KATAKAN KEPADANYA : "WAHAI RASULULLAH SAW! AKU DAPATI BAU SYURGA DAN KATAKANLAH KEPADA KAUMKU ANSAR :"TIADA MAAF BAGI KAMU DI SISI ALLAH SWT JIKA ADA ORANG DAPAT MENYERANG RASULULLAH SAW, SEDANGKAN DI KALANGAN KAMU MASIH ADA MATA YANG BERKELIP" SETELAH ITU DIA PUN MENGHEMBUSKAN NAFASNYA YANG TERAKHIR.
ADA SEORANG LELAKI MUHAJIRIN BERTEMU DENGAN SEORANG ANSAR YANG SEDANG BERLUMURAN DARAH LALU DIA BERKATA :"ADAKAH AWAK TAHU BAHAWA MUHAMMAD SAW TELAH MATI DI BUNUH? " JAWAB ORANG ANSAR : "JIKA MUHAMMAD SAW MATI DIBUNUH BELIAU TELAH PUN MENYAMPAIKAN RISALAHNYA. OLEH ITU HENDAKLAH KAMU BERPERANG MEMPERTAHANKAN AGAMA KAMU."
ABDULLLAH IBN 'AMR IBN HARAM PULA BERCERITA : "SEBELUM BERLAKU PEPERANGAN UHUD AKU BERMIMPI BERTEMU DENGAN MABASYSYIR IBN ABDUL MUNZIR. DIA BERKATA KEPADAKU :"TIDAK BERAPA HARI LAGI ENGKAU AKAN DATANG KEPADA KAMI ". LALU AKU BERTANYA :"ENGKAU DI MANA SEKARANG ?, BUKANKAH ENGKAU TELAH DIBUNUH PADA HARI PEPERANGAN BADAR ?" JAWABNYA :"YA!, KEMUDIAN AKU DIHIDUPKAN ! " LALU AKU CERITAKAN MIMPI INI KEPADA RASULULLAH SAW, BELIAU PUN BERSABDA :"INILAH KELEBIHAN MATI SYAHID! ".
UJAR KHYTHAMAH - ANAKNYA TELAH GUGUR SYAHID DI DALAM PEPERANGAN BADAR BERSAMA RASULULLAH SAW :" SAYA TIDAK DAPAT IKUT SERTA DI DALAM PEPERANGAN BADAR. DEMI ALLAH SWT SAYA MEMANG SANGAT BERHASRAT UNTUK MENGIKUTNYA SEHINGGA SAYA DAN ANAK SAYA TERPAKSA MEMBUANG UNDI UNTUK MENENTUKAN SIAPAKAH YANG BERHAK KELUAR BERPERANG. LALU UNDINYA KELUAR DAN DIA TELAH DIKURNIAKAN KEHORMATAN MATI SYAHID. SEMALAN SAYA BERMIMPI MELIHAT ANAKKU DENGAN RUPANYA YANG AMAT COMEL SEDANG MENIKMATI BUAH-BUAHAN SYURGA DAN SUNGAI2NYA DENGAN SESUKAHATINYA. DIA BERKATA KEPADA KU :"MARILAH AYAHANDA HIDUP BERSAMA KAMI DI DALAM SYURGA. ANAKANDA DAPATI BAHAWA SEGALA APA YANG DIJANJIKAN ALLAH SWT KEPADA ANAKANDA ADALAH BENAR". DEMI ALLAH SWT WAHAI RASULULLAH SAW! SAYA SUNGGUH RINDU HIDUP BERSAMANYA DI DALAM SYURGA. USIA SAYA TELAH TUA DAN TULANG TEMULANG SAYA TELAH LEMAH DAN SAYA INGIN BERTEMU DENGAN ALLAH SWT. OLEH ITU DOAKANLAH KEPADA ALLAH SWT, WAHAI RASULULLAH SAW ! AGAR MENGURNIAKAN KEPADA SAYA NIKMAT MATI SYAHID DAN HIDUP BERSAMA SA'AD DI DALAM SYURGA. LALU RASULULLAH SAW MENDOAKAN HAJATNYA ITU KEPADA ALLAH SWT, KEMUDIAN IA GUGUR SYAHID DI DALAM PEPERANGAN UHUD.
ABDULLAH IBN JAHSY TELAH BERDOA PADA HARI PEPERANGAN UHUD ITU :" YA ALLAH, YA TUHANKU! AKAU BERSUMPAH DENGAN NAMA-MU BAHAWA AKU AKAN MENENTANG MUSUH BESOK. BIARLAH MEREKA MEMBUNUHKU KEMUDIAN MEMBELAH PERUTKU DAN MEMOTONG HIDUNGKU DAN TELINGAKU, KEMUDIAN ENGKAU BERTANYA AKU UNTUK APA SEMUANYA ITU? AKU AKAN JAWAB: UNTUK-MU".
'AMR IBN AL-JAMUH SEORANG YANG SANGAT TEMPANG. DIA MEMPUNYA EMPAT ANAK YANG MUDA BELIA. MEREKA IKUT BERPERANG BERSAMA RASULULLAH SAW APABILA BELIAU BERPERANG. KETIKA BELIAU HENDAK BERTOLAK KE UHUD, MAKA 'AMR PUN MAHU IKUT BERSAMA BELIAU, LALU ANAK2NYA BERKATA KEPADANYA :"ALLAH SWT TELAH MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA BAPA. BAPA BOLEH DUDUK DI RUMAH SAHAJA, BIARLAH KAMI MENGGANTIKAN BAPA KERANA ALLAH SWT TIDAK MEWAJIBKAN JIHAD KE ATAS BAPA ". "LALU 'AMR IBN AL-JAMUH DATANG MENEMUI RASULULLAH SAW DAN BERKATA KEPADA BELIAU :"WAHAI RASULULLAH SAW! ANAK2 SAYA ITU MENGHALANG SAYA KELUAR BERPERANG BERSAMA ANDA. DEMI ALLAH SWT SAYA SANGAT BERHARAP HENDAK MATI SYAHID AGAR SAYA DAPAT BERJALAN DENGAN KAKI TEMPANG SAYA INI DI DALAM SYURGA." LALU RASULULLAH SAW BERSABDA KEPADA ANAKNYA :"APAKAH SALAHNYA KAMU BERDOA KEPADANYA SEMOGA ALLAH SWT MENGURNIAKAN KEPADANYA NIKMAT MATI SYAHID? " KEMUDIAN 'AMR KELUAR BERSAMA RASULULLAH SAW LALU IA GUGUR SYAHID PADA HARI PEPERANGAN UHUD.
DI DALAM KEADAAN KACAU-BILAU PERTEMPURAN ITU HUZAYFAH IBN AL-YAMAN TERNAMPAK BAPANYA HENDAK DIBUNUH OLEH ORANG2 ISLAM KERANA MEREKA TIDAK MENGENALINYA DAN MENYANGKANNYA DARI ORANG2 MUSYRIKIN LALU HUZAYFAH BERTERIAK :"WAHAI HAMBA2 ALLAH! DIA ITU BAPAKU! " TETAPI MEREKA TIDAK SEMPAT MEMAHAMI PERKATAAN HUZAYFAH MELAINKAN SESUDAH MEREKA MEMBUNUHNYA . LALU DIA BERKATA :"SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI KEAMPUNAN KEPADA KAMU". RASULULLAH SAW HENDAK MEMBAYAR DIATNYA, TETAPI HUZAYFAH MENJAWAB : "SAYA SEDEKAH DIATNYA KEPADA ORANG2 ISLAM". SIKAP HUZAYFAH ITU TELAH MENAMBAHKAN MARTABATNYA DI SISI RASULULLAH SAW.
UJAR WAHSYI HAMBA JUBAYR IBN MUT'AM MENCERITAKAN KEMATIAN HAMZAH PENGHULU PARA SYUHADAH DI DALAM PEPERANGAN UHUD INI. "JIKA AWAK DAPAT MEMBUNUH HAMZAH BAPA SAUDARA MUHAMMAD, AWAK AKAN DIBEBASKAN (DARI PERHAMBAAN)." KATA WAHSYI :" LALU AKU PUN KELUAR (BERPERANG) BERSAMA ORANG RAMAI (MUSYRIKIN) , AKU ADALAH SEORANG HABSYI YANG PANDAI MELONTAR LEMBING MENGIKUT CARA ORANG2 HABSYI DAN LONTARAN AKU ITU JARANG SEKALI TERSILAP DARI SASARANNYA. APABILA PERTEMPURAN BERLAKU AKU KELUAR MELIHAT DAN MEMERHATI HAMZAH. AKU LIHAT DIA SEOLAH-OLAH UNTA KELABU. DIA MENUMBANG DAN MEMBUNUH MUSUHNYA DENGAN PEDANGNYA DENGAN BEGITU GAGAH, TIADA SUATU PUN YANG DAPAT MELAWANNYA. DEMI ALLAH, AKU PUN BERSEDIA UNTUK MENYERANGNYA. AKU BERLINDUNG DARINYA DI SEBALIK POKOK ATAU BATU SUPAYA DIA BERADA DEKAT DARIKU. TIBA2 SIBA' IBN ABDUL 'UZZA MENDAHULUIKU TAMPIL HENDAK MELAWANNYA, APABILA HAMZAH MELIHAT SIBA' DIA TERUS MENGHAYUN SATU TETAKAN YANG SEOLAH-OLAH IA MENYAMBAR KEPALANYA, DI WAKTU INILAH AKU MENGACAH-ACAHKAN LEMBINGKU SEHINGGA APABILA AKU CUKUP PUAS HATI DENGAN SASARANNYA AKUPUN MELONTARKANNYA DAN LONTARAN ITU TEPAT TERKENA DI BAWAH PERUTNYA SEHINGGA LEMBING ITU TERKELUAR DI ANTARA DUA KAKINYA. DIA CUBA BANGKIT MENERKAM KE ARAH KU TETAPI IA TERJATUH. AKU BIARKANNYA DENGAN LEMBING ITU SEHINGGA DIA MATI KEMUDIAN AKU DATANG MENGAMBIL LEMBINGKU DAN PULANG KE KHEMAH DAN DUDUK BEREHAT DI SANA KERANA AKU TIDAK MEMPUNYAI APA2 KEPERLUAN YANG LAIN DARI HAMZAH. AKU HANYA MEMBUNUH UNTUK MENDAPAT KEBEBASAN SAHAJA".
KEMUDIAN HINDUN BINTI 'UTBAH ISTERI ABU SUFFIAN DATANG LALU MEMBELAH PERUT HAMZAH DAN MENGELUARKAN HATINYA DAN CUBA MEMAMAHNYA TETAPI TIDAK DAPAT DAN TERUS MENCAMPAKKANNYA.
APABILA RASULULLAH SAW - SELEPAS PERTEMPURAN- BERDIRI DI HADAPAN MAYAT HAMZAH RA, BELIAU KELIHATAN AMAT TERHARU. BELIAU BERSABDA :" AKU SEKALI-KALI TIDAK PERNAH DITIMPA KESEDIHAN SEPERTI INI DAN TIDAK PERNAH MENGHADAPI SATU PERBUATAN YANG LEBIH MENIMBULKAN KEMARAHAN DARI PERBUATAN INI. "KEMUDIAN RASULULLAH SAW BERTANYA :"ADAKAH DIA (HINDUN) MAKAN SESUATU (DARI HATI HAMZAH) ?" JAWAB MEREKA :"TIDAK". SABDA BELIAU :"ALLAH SWT TIDAK SEKALI-KALI MEMASUKKAN SESUATU DARI ANGGOTA HAMZAH KE DALAM API NERAKA ".
KEMUDIAN RASULULLAH SAW MEMERINTAH SUPAYA SYUHADAH UHUD ITU DI TANAM DI TEMPAT GUGUR MEREKA DAN MELARANG MEMINDAHKAN MEREKA KE TANAH2 PERKUBURAN DI MADINAH. SETENGAH2 SAHABAT TELAH MEMINDAHKAN MAYAT2 KELUARGA KEREKA LALU JURUHEBAH RASULULLAH SAW MENYERU MEREKA MEMINDAHKANNYA KEMBALI. RASULULLAH SAW MENANAM MEREKA DUA ATAU TIGA ORANG DALAM SATU KUBUR DAN SEBELUM ITU BELIAU BERTANYA SIAPAKAH DI ANTARA MEREKA YANG PALING BANYAK MENGHAFAL AL-QURAN? APABILA MEREKA MENUNJUKKAN KEPADA SEORANG YANG TERTENTU, BELIAU DAHULUKANNYA DALAM LAHAD BELIAU TELAH MENGKEBUMIKAN ABDULLAH IBN 'AMR IBN HARAM DAN 'AMR IBN AL-JAMUH DALAM SATU KUBUR KERANA MEREKA BERDUA MEMPUNYAI PERHUNUNGAN PERSAHABATAN YANG MESRA. SABDA BELIAU :" KEBUMIKAN KEDUA-DUA ORANG YANG BERSAHABAT MESRA DI DUNIA INI DALAM SATU KUBUR".
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD :
"DAN (KENANGILAH ) KETIKA ENGKAU DI PAGI HARI DARI RUMAH KELUARGA ENGKAU UNTUK MENEMPATKAN PARA MUKMININ DI TEMPAT2 PERTEMPURAN DAN ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI. KENANGILAH KETIKA DUA KUMPULAN DARI KAMU INGIN BERUNDUR KERANA TAKUT, DAN ALLAHLAH PELINDUNG KEDUA MEREKA DAN HANYA KEPADA ALLAH SWT HENDAKLAH PARA MUKMININ ITU BERTAWAKKAL". ( SURAH AALI IMRAN : 121-122)
INILAH BEBERAPA PETIKAN PERISTIWA DI DALAM PEPERANGAN UHUD, DI MANA KEMENANGAN DAN KEKALAHAN BERDAMPINGAN BEGITU DEKAT. IA HANYA DIPISAHKAN OLEH SATU LINTASAN WAKTU YANG PENDEK , SATU PELANGGARAN PERINTAH , SATU TINDAKAN HAWA NAFSU DAN SATU TARIKAN KEINGINAN SAHAJA. IA ADALAH SATU PEPERANGAN DI MANA NILAI2 YANG TINGGI DAN NILAI2 YANG RENDAH BERDAMPINGAN BERGITU DEKAT. IA MEMPERLIHATKAN CONTOH2 YANG UNIK DI DALAM SEJARAH KEIMANAN DAN KEPAHLAWANAN DI DALAM SEJARAH NIFAQ DAN KEKALAHAN.br>
ITULAH SEKUMPULAN PERISTIWA2 YANG MENDEDAHKAN KEADAAN YANG TIDAK SEIMBANG YANG WUJUD DALAM BARISAN KAUM MUSLIMIN DI MASA ITU DI SAMPING MENDEDAHKAN KEADAAN2 YANG KELIRU DI DALAM PEMIKIRAN2 SETENGAH2 ORANG ISLAM. KEDUA-DUA KEADAAN INI - MENGIKUT SUNNATULLAH DAN TAKDIR-NYA - TELAH MENGHASILKAN NATIJAH2 YANG TELAH DIALAMI OLEH KAUM MUSLIMIN DAN MENGAKIBATKAN PENGORBANAN2 MEREKA YANG BESAR DAN KEMUNCAK DARI PENGORBANAN ITU IALAH KECEDERAAN2 YANG MENIMPA RASULULLAH SAW DAN TIDAK SYAK LAGI PARA SAHABAT DI WAKTU ITU MERASA PERISTIWA ITU BEGITU MENDALAM DAN BERAT. MEREKA MERASAKAN LEBIH PEDIH DARI KESAKITAN YANG TELAH DIALAMI MEREKA SENDIRI. MEREKA TELAH MEMBAYAR HARGA YANG AMAT TINGGI UNTUK MENERIMA PELAJARAN YANG AMAT TINGGI DARI ALLAH SWT UNTUK MEMBERSIHKAN HTI MEREKA DAN MEMBEZAKAN BARISAN2 (MUKMININ DAN MUNAFIKIN) DAN UNTUK MENYEDIAKAN KELOMPOK MUSLIMIN BAGI MEMIKUL TUGAS AGUNG YANG DISERAHKAN KEPADA MEREKA, IAITU TUGAS KEPIMPINAN YANG BETUL BAGI UMAT MANUSIA DAN TUGAS MENEGAKKAN SISTEM HIDUP ILAHI DI BUMI DALAM BENTUKNYA YANG MITHALI DAN REALISTIK.

No comments:
Post a Comment