CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 2, 2009

PUASA CARA MUDAH SIHATKAN BADAN, MINDA


BAGI ORANG ISLAM, MEREKA MEMPUNYAI SATU LAGI CARA UNTUK MENJAGA KESIHATAN IAITU MENGERJAKAN PUASA SUNAT. DI SAMPING DAPAT GANJARAN PAHALA ISTIMEWA DARIPADA ALLAH SWT, BERPUASA DAPAT MENYEMBUHKAN PELBAGAI MACAM PENYAKIT ROHANI KHUSUSNYA BERKAITAN NAFSU.

DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN, SEBENARNYA IBADAH PUASA DAPAT MELATIH SERTA MENDIDIK MANUSIA SENTIASA TENANG DAN SABAR YG JUGA SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

SABDA RASULULLAH SAW YG BERMAKSUD:" PUASA ADALAH SEPARUH DARIPADA SABAR". ( HADIS RIWAYAT TIRMIZI DAN IBNU MAJAH)

MENGIKUT KAJIAN, ORANG BERPUASA MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA PEMAKANAN SEPERTI SAKIT PERUT DAN GASTRIK JIKA IBADAH ITU DILAKUKAN BERTERUSAN DENGAN TERATUR. HAL INI DIAKUI KEBENARANNYA OLEH AHLI PERUBATAN.

IMAM AL-GHAZALI PERNAH MENJELASKAN SEBAHAGIAN BESAR PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA MAKANAN DAN MINUMAN. KATANYA, BERPUASA DAPAT MEMBERI KESAN POSITIF TERHADAP PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA MAKANAN DAN MINUMAN. SEMENTARA IMAM BUKHARI BERPENDAPAT DENGAN BERPUASA SESEORANG MAMPU MENYEMBUHKAN PENYAKIT ROHANI.

SELAIN PUASA WAJIB SEBULAN KETIKA RAMADAN, UMAT ISLAM DIGALAK MELAKUKAN PUASA SUNAT PADA MASA TERTENTU DALAM KALENDER ISLAM SEPERTI PUASA PADA 9 ZULHIJJAH, 9 DAN 10 MUHARAM, ENAM HARI PADA SYAWAL (PUASA ENAM), NISFU SYAABAN DAN TIGA HARI SETIAP BULAN IAITU PADA 13, 14 DAN 15.

UMAT ISLAM JUGA DISARAN MENGERJAKAN PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS SETIAP MINGGU. AMALAN INI MENJADI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN SESETENGAH UMAT ISLAM DI NEGARA INI SEPERTI DILAKUKAN PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2008 YG MEMPEROLEHI 20A, NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL. BELIAU MENGAMALKAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS SEJAK BERUSIA 12 TAHUN.

DALAM CATATAN SEJARAH ISLAM, AMALAN BERPUASA ISNIN DAN KHAMIS DILAKUKAN NABI MUHAMMAD SAW . BAGINDA SAW BERSUNGGUH-..SUNGGUH MELAKUKANNYA SEPERTI DIJELASKAN HADIS DIRIWAYATKAN MUSLIM DAN AT-TARMIDZI.

ABU QATADAH BERKATA, PERNAH RASULULLAH SAW DITANYA MENGENAI PUASA ISNIN . JAWAB BAGINDA SAW :" HARI ITU AKU DILAHIRKAN DAN HARI ITU AKU DIUTUS MENJADI RASUL DAN DITURUNKAN KEPADAKU AL-QURAN." HADIS RIWAYAT MUSLIM)

MENGENAI RASULULLAH SAW YG MENGAMALKAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS, ABU HURAIRAH BERKATA, RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD:" PADA DUA HARI ITU AMAL PERBUATAN MANUSIA DIANGKAT KEPADA ALLAH DAN AKU SUKA PADA SAAT AMALKU DILAPORKAN AKU DALAM KEADAAN BERPUASA". (HADIS RIWAYAT AT-TIRMIDZI)

ALLAH SWT MENGINGATKAN UMAT ISLAM SUPAYA BERIBADAT KEPADA-NYA SEPERTI IBADAT NABI SAW.

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:"APA (AJARAN) YG DIBAWAKAN RASUL KEPADA KAMU, MAKA KAMU AMBILLAH DIA, DAN APA YG DILARANG KAMU (MEMBUATNYA), MAKA BERHENTILAH (JADIKAN SEMPADAN; JGN LANGKAUI". (SURAH AL-HASYR :7)

FIRMAN ALLAH SWT YG BERMAKSUD:" SIAPA YG MEMATUHI ALLAH DAN RASUL-NYA, MAKA SESUNGGUHNYA DIA MEMPEROLEH KEJAYAAN PALING BESAR". (SURAH AL-AHZAAB :71)

IMAM MUSLIM MERIWAYATKAN DARIPADA ABU HURAIRAH :"PINTU SYURGA DIBUKA PADA ISNIN DAN KHAMIS, MAKA SETIAP HAMBA YG TIDAK MUSYRIK AKAN DIAMPUNI KECUALI LELAKI YG MASIH BERMUSUHAN DENGAN SAUDARANYA MAKA DIKATAKAN: LIHATLAH (WAHAI MALAIKAT) KEDUA-DUA ORANG INI SEHINGGA MEREKA BERDAMAI".

HIKMAH PUASA BAGI KESIHATAN JASMANI DAN ROHANI SERTA KECERDASAN OTAK TIDAK DAPAT DIPANDANG SEBELAH MATA.

AMALAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS SECARA BERTERUSAN MEMBUAHKAN DAYA GERAK DAN KETAHANAN JASMANI SERTA KECERDASA OTAK YG LUAR BIASA. HAL INI BIKAN OMONG KOSONG TANPA BUKTI. KAJIAN DARI SEGI KESIHATAN MENUNJUKKAN DALAM KEADAAAN PERUT LAPAR OTAK AKAN BERFUNGSI SECARA MAKSIMUM SERTA HATI SEMAKIN DEKAT DGN YG MAHA BESAR".

MEMANG TIDAK DINAFIKAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS BANYAK MEMBANTU PENGAMALNYA MENJADI SEMAKIN SIHAT, CERGAS DAN TIDAK MUDAH DISERANG PENYAKIT SEPERTI SAKIT KEPALA. MEREKA YG BERTERUSAN MENGAMALKANNYA,.. TERUTAMA PELAJAR DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM BIDANG PELAJARAN.

ORANG BERPUASA SAMA ADA WAJIB DAN SUNAT MENDAPAT KEDUDUKAN ISTIMEWA DI SISI ALLAH SWT DENGAN SYARAT PUASANYA DIKERJAKAN DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

DARIPADA ABU SAIID AL-KHUDRI MENCERITAKAN, RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD:" SIAPA BERPUASA PADA SUATU HARI DI JALAN ALLAH (SECARA IKHLAS SERTA MENCONTOHI NABI SAW), NESCAYA ALLAH SWT AKAN MENJAUHKAN MUKANYA (DIRINYA) DARIPADA NERAKA SEJAUH 70 TAHUN (PERJALANAN )". (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

DIRIWAYATKAN DARIPADA ABU HURAIRAH, RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD:" PUASA ITU PERISAI DAN BENTENG YG BENAR2 MENYEKATKAN DARIPADA NERAKA". ( HADIS RIWAYAT AHMAD)

No comments:

Post a Comment