RASULULLAH SAW BERSABDA YG BERMAKSUD:" SESUNGGUHNYA ZAMAN BERPUTAR SEPERTI KEADAANNYA TATKALA ALLAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI. SETAHUN ADA 12 BULAN . ANTARANYA ADA EMPAT BULAN HARAM. TIGA BULAN BERURUTAN IAITU ZULKAEDAH, ZULHIJAH, MUHARAM DAN REJAB YG TERLETAK ANTARA JAMADULAKHIR DAN SYAABAN". ( HADIS RIYAWAT BUKHARI)
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:" SESUNGGUHNYA BILANGAN BULAN PADA SISI ALLAH ADALAH 12 BULAN, DALAM KETETAPAN ALLAH DI WAKTU -DIA MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, ANTARANYA EMPAT BULAN HARAM. ITULAH (KETETAPAN) AGAMA YG LURUS, MAKA JANGANLAH KAMU MENGANIAYA DIRI KAMU DALAM BULAN YG EMPAT ITU". (SURAH AT-TAUBAH: 36)
MENGHUBUNGKAN REJAB DENGAN SEJARAH ISLAM, BULAN INI TIDAK BENYAK MENCATAT PERISTIWA BESAR, TETAPI SATU DARIPADA PERISTIWA YG BERLAKU ITU BOLEH DIJADIKAN BAHAN RENUNGAN SELURUH PENGIKUT NABI MUHAMMAD SAW.
REJAB ADALAH BULAN KETUJUH DALAM KALENDAR ISLAM MENCATAT DUA PERISTIWA SEDIH MEMILUKAN HATI DALAM SEJARAH PERJALANAN HIDUP RASUL KESAYANGAN KITA, IAITU NABI MUHAMMAD SAW.
DUA PERISTIWA SEDIH DIMAKSUDKAN ITU IALAH KEMATIAN SITI KHADIJAH , ISTERI YG SANGAT DISAYANGI BAGINDA SAW YG BANYAK BERKORBAN HARTA BENDA DAN WANG RINGGIT UNTUK MEMBANTU BAGINDA SAW BERDAKWAH MENGEMBANGKAN ISLAM. SITU KHADIJAH DENGAN PENUH IKHLAS DAN RELA HATI MENYUMBANG SEMUA HARTA MILIKNYA UNTUK KEPENTINGAN DAN KEMAJUAN DAKWAH RASULULLAH SAW DALAM USAHA MENEGAKKAN RISALAH ISLAMIAH.
KEMURAMAN TERUS MELANDA HIDUP RASULULLAH SAW . SELEPAS KEMATIAN SITU KHADIJAH DISUSULI PULA DENGAN KEMATIAN BAPA SAUDARA NABI SAW, ABU TALIB YG BEGITU RAPAT DENGAN HIDUP NABI SAW. JESTERU, ABU TALIB BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERMATI-MATIAN MEMBELA DAN MELINDUNGI RASULULLAH SAW DARIPADA ANCAMAN ORANG KAFIR QURAISY.
ABU TALIB ADALAH ORANG YG SANGAT DIHORMATI DAN DISEGANI DI KALANGAN BANGSA ARAB KETIKA ITU MENYEBABKAN ORANG KAFIR QURAISY TIDAK BERANI MENGANGGU RASULULLAH SAW. PEMERGIAN DUA ORANG YG SANGAT RAPAT DAN DISAYANGI BAGINDA SAW INI, AMAT DIRASAI OLEH BAGINDA SAW SELEPAS ITU KERANA PERGERAKAN DAKWAH BAGINDA SAW DI KOTA MAKKAH SEMAKIN SEMPIT DAN SERING MENDAPAT GANGGUAN DARIPADA ORANG KAFIR QURAISY. BAGINDA SAW MENDAPAT EJEKAN SERTA MEREKA MENGANCAM KESELAMATAN BAGINDA SAW. RASULULLAH SAW AKHIRNYA MEMUTUSKAN UNTUK BERHIJRAH KE TAIF.
MALANGNYA DI TAIF JUGA RASULULLAH SAW MENERIMA CACIAN, EJEKAN SERTA PENGHINAAN PENDUDUK TAIF. RASULULLAH SAW KEMBALI SEMULA KE MAKKAH. PENDERITAAN DITANGGUNG RASULULLAH SAW CUKUP BERAT KETIKA ITU. MELIHAT KEADAAN RASULULLAH SAW ITU MAKA ALLAH MEMERINTAHKAN JIBRIL MEMBAWA RASULULLAH SAW MELALUI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ. PERISTIWA MENAKJUBKAN ITU BERLAKU PADA 27 REJAB TAHUN KE 11 MENJADI RASUL.
ALLAH SWT BERFIRMAN YG BERMAKSUD:'DAN KAMI MENGANGKAT KE MARTABAT YG TINGGI" ( SURAH MARYAM: 57)
INILAH PERISTIWA PENTING DAN BESAR BAGI ORANG ISLAM KERANA PERISTIWA ITU MEMBERI HIKMAH DAN PELAJARAN YG SANGAT MENDALAM BAGI NABI MUHAMMAD SAW DAN SEKALI GUS IAJUGA MENJADI CERMIN BAGI UMAT MUHAMMAD SAW PADA HARI INI, SEBELUM INI DAN YG AKAN DATANG.
SUATU YG DIKIRA PENTING BILA BERCAKAP MENGENAI ISRAK MIKRAJ INI IALAH SEJARAH PENSYARIATAN SOLAT KINI DIFARDUKAN BAGI UMAT ISLAM LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM. PADA MULANYA ALLAH SWT MENETAPKAN 50 WAKTU SEHARI SEMALAM.KETIKA NABI MUHAMMAD SAW KALI PERTAMA MENGHADAP ALLAH SWT DI SIDRATUL MUNTAHA. SELEPAS TURUN NAIK BERULANG KALI MENGHADAP ALLAH SWT SELEPAS DIMINTA OLEH NABI MUSA, MAKA AKHIRNYA ALLAH SWT MENETAPKAN LIMA WAKTU SAJA SEHARI SEMALAM.
SESUNGGUHNYA PERISTIWA ISRAK MIKRAJ YG DIALAMI NABI MUHAMMAD SAW RIBUAN TAHUN LALU ITU SENTIASA SEGAR DALAM INGATAN SELURUH UMAT ISLAM KERANA PERISTIWA ITU DIINAGATI SETIAP TAHUN. PERISTIWA ITU MEMBERI PENGAJARAN YG CUKUP BERMAKNA KEPADA ORANG MUKMIN UNTUK MENINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN MEREKA KEPADA ALLAH SWT HINGGA KIAMAT. JELAS DIPERLIHATKAN KEBESARAN DAN KEAGUNGAN ALLAH SWT MELALUI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ.
ALLAH SWT YG BERMAKSUD:" MAHA SUCI ALLAH , YG MENJALANKAN HAMBA-NYA PADA SUATU MALAM DARI MASJIDIL HARAM KE MASJIDIL AQSA YG KAMI PERLIHATKAN KEPADANYA SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA2 (KEBESARAN) KAMI, SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI." (SURAH AL-ISRA' : 1)
MEMPELAJARI KEJADIAN YG BERLAKU SEPANJANG PERISTIWA ISRAK MAKRAJ YG DIALAMI OLEH NABI MUHAMMAD SAW PADA MASA TIGA SUKU MALAM ITU BOLEH MEMBERI KESEDARAN DAN KEINSAFAN MENDALAM BAGI UMAT MUHAMMAD SAW.
SEBAGAI CONTOH IALAH SATU KEJADIAN YG DISAKSIKAN RASULULLAH SAW KETIKA PERJALANAN (ISRAK), SEKUMPULAN ORANG YG SEDANG MEMECAHKAN KEPALA MEREKA . SETIAP KALI DIPECAHKAN, KEPALA MEREKA SEMBUH KEMBALI, LALU MEREKA MEMECAHKAN SEMULA. MEREKA MELAKUKANNYA BERULANG-ULANG KALI. JIBRIL MEMBERITAHU RASULULLAH SAW ITULAH ORANG YG BERAT KEPALA MEREKA UNTUK SUJUD (SOLAT ) KEPADA ALLAH SWT .
KEJADIAN DI ATAS ITU BOLEH MENGINSAFKAN MEREKA YG SELAMA INI MENGABAIKAN ATAU TIDAK SOLAT. ALLAH SWT TETAP AKAN MEMBERI BALASAN KEPADA MEREKA YG TIDAK SUJUD KEPADA-NYA DAN ALLAH SWT TIDAK MEMUNGKIRI JANJI-NYA
No comments:
Post a Comment