PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADINAH
MADINAH ADALAH SEBUAH KOTA YANG TERLETAK DALAM SEMENANJUNG TANAH ARAB. KEISTIMEWAAN MADINAH JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MAKKAH IALAH PADA CORAK MASYARAKATNYA YANG TERDIRI DARIPADA BERBILANG BANGSA. INI DAPAT DILIHAT KETIKA NABI MUHAMMAD SAW TIBA DI MADINAH PADA BULAN JUN, TAHUN 622 MASIHI. BAGINDA SAW TERPAKSA MENGHADAPI EMPAT GOLONGAN PENDUDUK IAITU ORANG ANSAR, ORANG YAHUDI, ORANG MUSYRIKIN, DAN MUNAFIQIN, DAN JUGA ORANG MUHAJIRIN YANG TELAH DATANG KE SITU MENDAHULUI BAGINDA SAW.
SEBELUM ITU PENDUDUK MADINAH TERBAHAGI KEPADA GOLONGAN (SUKU) YANG BERTENTANGAN . SUKU ARAB YANG BESAR IAITU SUKU AUS DAN KHAZRAJ SALING BERTENTANGAN ANTARA MEREKA MANAKALA BANGSA YAHUDI TERPISAH PULA KEPADA GOLONGAN BANI QAINUQA', BANI QURAIZAH DAN BANI NADIR, JUGA BERTENTANGAN ANTARA SATU SAMA LAIN. PERTENTANGAN DAN PERSELISIHAN INI AMAT SUKAR DISELESAIKAN KERANA ADA PIHAK YAHUDI YANG MENYEBELAHI SUKU2 ARAB DAN MENGHASUT MEREKA DAN MENJADIKAN JURANG PERSENGKETAAN MAKIN MELUAS. JESTERU ITU UNTUK MEMBENTUK DAN MENYATUKAN PENDUDUK MADINAH YANG TERDIRI DARIPADA BERBAGAI-BAGAI GOLONGAN DAN SUKU TERSEBUT, NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENGAMBIL BEBERAPA LANGKAH YANG POSITIF DAN BERKESAN DENGAN MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH MENJADI UMAT YANG SATU.
MAKSUDNYA:
BAHAWA MEREKA ADALAH SATU UMAT BERBEZA DARIPADA MANUSIA LAIN.
STRATEGI DASAR NABI MUHAMMAD SAW
PERPINDAHAN DAN HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH MEMBERI ERTI KELAHIRAN SEBUAH NEGARA ISLAM YANG PERTAMA DI ALAM INI PADA MASA ITU DAN WUJUDNYA SEBUAH KHALIFAH PEMERINTAHAN ISLAM DI BAWAH KELOLAAN PENGASASNYA YANG PERTAMA NABI MUHAMMAD SAW.
OLEH YANG DEMIKIAN , NABI MUHAMMAD SAW TELAH MENYEDIAKAN SUATU ASAS YANG KUKUH UNTUK NEGARA INI. ASAS DAN DASAR TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :
PEMBINAAN MASJID
MEMBINA MASJID ADALAH LANGKAH PERMULAAN DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN PENTADBIRAN NEGARA. MASJID ADALAH MARKAS BAGI MENGGERAKKAN PERJUANGAN DAN PENTADBIRAN. MASJID PERTAMA YANG DIDIRIKAN IALAH MASJID QUBA'. KEMUDIAN DIIKUTI DENGAN PEMBINAAN MASJID NABAWI PADA AWAL TAHUN PERTAMA HIJRAH.
SEMUA IBADAT YANG TERDAPAT DALAM ISLAM BERTUJUAN UNTUK MENSUCIKAN JIWA, MENINGKATKAN AKHLAK, MEMPERKUATKAN PERSAUDARAAN DAN SEMANGAT GOTONG-ROYONG ANTARA SESAMA MUSLIM. SOLAT BERJEMAAH, SOLAT JUMAAT DAN SOLAT IDAIN (DUA HARI RAYA) ADALAH CERMIN PERSAUDARAAN SOSIAL, PERSATUAN KATA DAN TUJUAN. DENGAN DEMIKIAN MASJID ITU MEMBAWA TUJUAN SOSIAL, KEMASYARAKATAN DAN KEROHANIAN YANG AMAT BESAR MAKNANYA BAGI MASYARAKAT ISLAM.
MEMPERSAUDARAKAN ANTARA MUHAJIRIN DAN ANSAR
ASAS KEIMANAN YANG KUKUH DI KALANGAN UMAT ISLAM TELAH MENYEMAIKAN SEMANGAT PERSAUDARAAN DI KALANGAN MEREKA . SETIAP ORANG ISLAM MENJADI SAUDARA SEAGAMA TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN DARI MANA MEREKA DATANG. BEGITULAH HALNYA YANG BERLAKU KEPADA ORANG ISLAM ANSAR DENGAN ORANG ISLAM MUHAJIRIN. KERANA ITU USAHA PERTAMA YANG DIJALANKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW IALAH MEMPERSAUDARAKAN ORANG ISLAM ANSAR DENGAN MUHAJIRIN. SEORANG MUHAJIRIN DAN SEORANG ANSAR DIIKATKAN PERSAUDARAANNYA DENGAN DITENTUKAN NAMA2 MEREKA OLEH BAGINDA SAW SEPERTI PERSAUDARAAN. JAAFAR BIN ABI TALIB (MUHAJIRIN) DENGAN MU'AZ BIN JABAL (ANSAR), ABU BAKAR AS-SIDDIQ (MUHAJIRIN) DENGAN KHARIJAH BIN ZUBAIR (ANSAR) DAN UMAR BIN AL-KHATTAB(MUHAJIRIN ) DENGAN ITBAH BIN MALIK (ANSAR). DALAM PERSAUDARAAN ITU,ORANG ANSAR SANGGUP MENOLONG ORANG MUHAJIRIN DENGAN MEMBERIKAN TEMPAT TINGGAL, SEBAHAGIAN HARTA BENDA SEBAGAI MODAL UNTUK PENCARIAN HIDUP, MAKANAN, PAKAIAN DAN MEMISAHKAN SEBAHAGIAN ISTERI LALU DIBERIKAN KEPADA ORANG MUHAJIRIN. DALAM HUBUNGAN INI ALLAH SWT BERFIRMAN :
"DAN ORANG (ANSAR) YANG MENDIAMI NEGERI (MADINAH) SERTA BERIMAN SEBELUM MEREKA , MENGASIHI ORANG YANG BERHIJRAH KE NEGERI MEREKA, DAN TIDAK ADA PULA DALAM HATI MEREKA PERASAAN BERHAJATKAN APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BERHIJRAH ITU LEBIH DARIPADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEKALIPUN MEREKA DALAM KEADAAN YANG BERKURANGAN DAN SANGAT2 BERHAJAT. DAN (INGATLAH), SESIAPA YANG MENJAGA DIRINYA DARIPADA DIPENGARUHI OLEH TABIAT BAKHILNYA MAKA MEREKALAH ORANG YANG BERJAYA." (SURAH AL-HASY :9)
DENGAN PERSAUDARAAN CORAK LUAR BIASA ANTARA SESAMA ISLAM MAKA WUJUDLAH SEBUAH MASYARAKAT ISLAM YANG KUKUH DI MADINAH. MEREKA BUKAN SAHAJA BERSATU DALAM CITA2 DAN MATLAMAT HIDUP, MALAHAN JUGA MEREKA TOLONG-MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN DAN INI MERUPAKAN ASAS BAGI MEMBENTUK SEBUAH NEGARA ISLAM YANG PERTAMA DAN BERDAULAT.
PERLEMBAGAAN MADINAH (PERJANJIAN UMAT ISLAM DENGAN BUKAN ISLAM)
ASAS KETIGA MERUPAKAN PERKARA YANG PENTING SEKALI DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK MENENTUKAN NILAI PERLEMBAGAAN NEGARA BARU INI. IBNU HISHAM MERIWAYATKAN TIDAK BEBERAPA LAMA NABI MUHAMMAD SAW TINGGAL DI MADINAH, SELURUH PENDUDUK MADINAH DARIPADA KETURUNAN ARAB MEMELUK ISLAM, SELURUH ANSAR MEMELUK ISLAM KECUALI BEBERAPA ORANG DARI KABILAH AUS YANG TIDAK. SETELAH ITU NABI MUHAMMAD SAW PUN MENGGUBAL CARTA PERJANJIAN DAN DIKETERAI ANTARA (ANSAR DAN MUHAJIRIN) DAN ORANG YAHUDI - DIAKUI KEBEBASAN BERAGAMA DAN PEMILIKAN HARTA DISERTA DENGAN SYARAT2 TERTENTU KEPADA MEREKA . IBNNU HISHAM MENYIFATKAN PIAGAM INI SEBAGAI UNDANG2 DASAR NEGARA ISLAM YANG PERTAMA. ISINYA MENCUKUPI PERIKEMANUSIAAN, KEADILAN SOSIAL, TOLERANSI BERAGAMA, GOTONG-ROYONG UNTUK KEBAIKAN MESYARAKAT DAN LAIN2. INTIPATINYA ADALAH SEBAGAI BERIKUT :
1. KESATUAN UMAT ISLAM. TANPA MENGENAL PERBEZAAN.
2. PERSAMAAN HAK DAN KEWAJIPAN.
3. GOTONG-ROYONG DALAM SEGALA HAL YANG TIDAK TERMASUK KEZALIMAN , DOSA DAN PERMUSUHAN.
4. SEPAKAT DAN PADU DALAM MENENTUKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG YANG MEMUSUHI UMAT.
5. MEMBANGUN SUATU MASYARAKAT DALAM SUATU SISTEM YANG SEBAIK-BAIKNYA.
6. MELAWAN ORANG YANG MEMUSUHI NEGARA DAN MEMBANGKANG, TANPA BOLEH MEMBERIKAN BANTUAN KEPADA MEREKA.
7. MELINDUNGI SETIAP ORANG YANG INGIN HIDUP BERDAMPINGAN DENGAN MUSLIMIN DAN TIDAK BOLEH BERBUAT ZALIM ATAU ANIAYA TERHADAPNYA.
8. UMAT YANG DI LUAR ISLAM BEBAS MELAKSANAKAN AGAMANYA. MEREKA TIDAK BOLEH DIPAKSA MEMELUK ISLAM DAN TIDAK BOLEH DIGANGGU HARTA BENDANYA.
9. UMAT YANG DI LUAR ISLAM HARUS MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PEMBAYAAN NEGARA, SEBAGAIMANA UMAT ISLAM SENDIRI.
10. UMAT YANG DI LUAR ISLAM HARUS MEMBANTU DAN TURUT MEMIKUL BIAYA NEGARA SELAMA NEGARA DALAM KEADAAN TERANCAM.
11. UMAT YANG DI LUAR ISLAM HARUS MEMBANTU UMAT ISLAM DALAM MELINDUNGI NEGARA DARIPADA ANCAMAN MUSUH.
12. NEGARA MELINDUNGI SEMUA WARGANEGARA , BAIK YANG MUSLIM MAHU PUN BUKAN MUSLIM.
13. UMAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH MELINDUNGI MUSUH NEGARA DAN ORANG YANG MEMBANTU MUSUH NEGARA ITU.
14. APABILA SUATU PERDAMAIAN AKAN MEMBAWA KEBAIKAN BAGI MASYARAKAT, MAKA SEMUA WARGANEGARA, BAIK MUSLIM MAHUPUN BUKAN MUSLIM , HARUS RELA MENERIMA PERDAMAIAN.
15. SEORANG WARGANEGARA TIDAK DAPAT DIHUKUM KERANA KESALAHAN ORANG LAIN. HUKUMAN YANG MENGENAI SESEORANG YANG DIMAKSUDKAN, HANYA BOLEH DIKENAKAN KEPADA DIRI PELAKU SENDIRI DAN KELAURGANYA.
16. WARGANEGARA BEBAS KELUAR MASUK WILAYAH NEGARA, SELAGI TIDAK MERUGIKAN NEGARA.
17. SETIAP WARGANEGARA TIDAK BOLEH MELINDUNGI ORANG YANG BERBUAT SALAH ATAU BERBUAT ZALIM.
18. IKATAN SESAMA ANGGOTA MESYARAKAT DIDASARKAN ATAS PRINSIP TOLONG -MENOLONG UNTUK KEBAIKAN DAN KETAQWAAN , TIDAK ATAS DOSA PERMUSUHAN.
19. DASAR2 TERSEBUT DIJUNJANG OLEH DUA KEKUATAN. KEKUATAN ROHANI (SPIRITUAL) YANG MELIPUTI KEIMANAN SELURUH ANGGOTA MASYARAKAT KEPADA ALLAH SWT, KEIMANAN AKAN PENGAWASAN DAN PERLINDUNGAN-NYA BAGI ORANG YANG BAIK. KEKUATAN MATERIAL, IAITU KEPIMPINAN NEGARA OLEH NABI MUHAMMAD SAW.
No comments:
Post a Comment